Majlis Rumah Terbuka sempena Aidil Fitri Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussof Mahal dilihat begitu meriah malam minggu yang lepas. Majlis yang bermula pada jam 8 malam itu tidak putus-putus dihadiri tetamu. Cuaca yang baik, tidak menepati ramalan awal juga antara punca orang ramai berpusu-pusu menghadiri majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Labuan itu.
Antara yang turut kelihatan hadir termasuklah Ketua Pemuda UMNO Labuan, Ketua Wanita UMNO Labuan, beberapa Ketua Cawangan UMNO, Ketua-ketua Parti Komponen BN, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta beberapa ketua kampung.
Tahniah YB Datuk,khabarnya mencecah 10,000 tetamu, bukti warga Labuan menyayangi YB Datuk.. teruskan usaha murni...
BalasPadam