28 Mac 2009

"Earth Hour" - Sambutan Labuan Dingin?

LabuanKini ada membuat tinjauan sekitar jam 9 malam tadi untuk melihat kesanggupan warga Labuan bergelam selama sejam.

Apa yang Labuan dapat perhatikan bahawa sambutan di Labuan tidak begitu memberangsangkan, bandar masih lagi terang benderang, bangunan kerajaan, hotel-hotel, kedai-kedai, semuanya terang benderang. Ini termasuklah Kompleks Sukan Air, Terminal Ferry, Grand Dorsett Hotel, Hotel Pulau Labuan, Sara Hotel, Pejabat Pos, dan kesemua kedai-kedai yang berada di sekitar bandar Labuan.

Sepanjang pemerhatian LabuanKini, Hanya Mariner Hotel dan Perbadanan Labuan sahaja yang bergelap. Pertandingan Futsal yang berlangsung semenjak siang tadi juga berehat seketika dan bergelap menyahut cabaran. Turut kelihatan, konsert "gelap" yang berlangsung di Dataran Labuan. Tinjauan rakan LabuanKini ke kampung-kampung juga ada menyaksikan agak banyak rumah-rumah yang bergelap menyahut seruan "Earth Hour".

26 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO

Berikut ada keputusan pengundian ahli MKT UMNO yang berlangsung di PWTC sebentar tadi,

Presiden :
Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak

Timbalan Presiden :
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Naib Presiden :
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussein
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Dengan Keputusan yang diumumkan sebentar tadi, bermakna kesemua penjawat tertinggi UMNO adalah muka baru, termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

LabuanKini juga ingin mengucapkah setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique kerana berjaya dalan perebutan kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO

Berikut adakah Ketua dan Naib bagi sayap-sayap parti UMNO selepas pengundian yang berlangsung pada Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, kelmarin.

Pergerakan Wanita UMNO

Ketua : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib : Datuk Kamilia Ibrahim

Pergerakan Pemuda UMNO

Ketua : Khairy Jamaluddin
Naib : Datuk Razali Ibrahim

Pergerakan Puteri UMNO

Ketua : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Naib : Shahanim Mohamad Yussof

LabuanKini tidak membuat liputan dari masa ke semasa mengenai perhimpunan agung UMNO ini, kerana tiada wakil dari Labuan yang ikut bertanding.

25 Mac 2009

Hari Polis Ke- 202 Tahun

Tengahari tadi berlangsung satu pertandingan golf sempena sambutan Hari Polis yang ke-202 tahun, bertempat di Kelab Golf Labuan.

Antara yang turut serta memeriahkan pertandingan golf yang bermula sekitar jam 1.30 tengahari tadi antaranya, KPD Labuan dan timbalannya, KPE Perbadanan Labuan, Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan, Kapten LGC dan beberapa pemain golf dari Perbadanan Labuan, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pelajaran, Polis, Bomba dan LGC.

Menurut KPD Labuan, pertandingan tersebut sebenarnya tidak dirancang, hanya terlintas disaat-saat akhir, dan beliau merakamkan terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan pertandingan golf yang dibuat secara ad-hoc sebentar tadi.

23 Mac 2009

Forum Perdana Ehwal Islam

Jabatan Pelajaran WP. Labuan akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam 26 Mac ini pada jam 8 malam. Forum tersebut akan diadakan di Convention Hall, Ujana Kewangan.

"Flyers" juga telah di tampal di jabatan-jabatan kerajaan untuk memaklumkan perkara berkenaan. Orang ramai juga dijemput hadir.

22 Mac 2009

Artis Di Labuan?

Sepanjang minggu ini, kelihatan beberapa artis tempatan berlegar-legar sekitar bandar Labuan. Antaranya termasuklah, Danny X-Faxtor, Ahmad Tarmimi Siregar, Daphne Iking, dan Bront Palarae.

Mereka dikatakan sedang membuat pengambaran di sekitar Labuan dan Kota Kinabalu, diarahkan oleh Jason Chong.

Rabu lepas, rakan LabuanKini juga ada mengatakan yang Ahnad Tarmimi Siregar ada bermain golf di Kelab Golf Labuan.

05 Mac 2009

Labuan Sebagai Pusat Pengedaran Serantau

Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussof Mahal kelmarin membuat kenyataan didada akhbar bahawa Labuan berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat pengedaran serantau. Menurut beliau lagi, rancangan tersebut sedang diatur, membabitkan pelbagai produk terutamanya dari China dan Filipina.

Labuan merupakan tempat yang strategik, berada didalam kawasan BIMP-EAGA, membabitkan Malaysia, Filipina, Indonesia dan Brunei. Perkara ini, sekiranya menjadi akan mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan mengurangkan pergantungan kita kepada barangan import, tambah beliau lagi.

Kerajaan Pusat Sedia Timbang Bina Jambatan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyatakan yang kerajaan sedia menimbang untuk membina jambatan menghubungkan Labuan dengan Sabah. Perkara itu dinyatakan ketika beliau merasmikan upacara pecah tanah tapak Hab Halal Labuan, di Kiansam hari ini.

Perkara ini sememangnya sudah lama diminta oleh sebahagian besar warga Labuan, ketika di era Ybhg. Datuk Mulok menjadi Ahli Parlimen lagi. Pembinaan jambatan tersebut juga "terkeluar" dari Rancangan Malaysia ke-9, namun dikatakan akan dimasukkan sebagai projek "add-on".

04 Mac 2009

Pak Lah Ke Labuan

Perdana Menteri Malaysia, Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka tiba di Labuan pada jam 10 malam ini. Antara yang turut menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Labuan antaranya ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dan beberapa pemimpin setempat.

Beliau dijadualkan merasmikan upacara pecah tanah tapak Halal Hub Labuan, esok. Turut mengiringi beliau dari Kuala Lumpur, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, dan timbalan beliau, Datuk M. Saravanan.

Update : Tinjauan LabuanKini sepanjang lawatan PM ke Labuan menyaksikan YB Datuk Yussof ada mengiringi PM, dari mula tiba hingga lawatan ke Pulau Terumbu Layang-Layang. Laporan sebelum ini mengatakan YB tiada di Labuan adalah tidak tepat.

03 Mac 2009

Labuan Kini Berwajah Baru


Sedikit perubahan dari segi tema dan susunan gadget. Disertakan snapshot Labuan Kini sebelum perubahan untuk kenang-kenangan.