28 Februari 2009

Universiti Labuan - Tidak Kesampaian?


Petikan dari Utusan Malaysia, 20 Februari 2009 (klik artikel untuk baca)

26 Februari 2009

Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah

Labuan sekali lagi menjadi tuan rumah untuk sambutan penutupan Hari Wilayah, tahun ini. Tinjauan LabuanKini mendapati Perbadanan Labuan sedang giat menyiapkan pentas dan khemah VIP di Dataran Labuan.

Dikhabarkan juga ratu rock negara, Ella sekali lagi dijemput untuk memeriahkan sambutan hari penutupan Hari Wilayah pada 28 Februari ini. Ella juga dijangka akan mengadakan sessi rehearsal di Blue Wave, malam esok, dan Blue Wave dijangka akan ditutup untuk kunjungan ramai.

Segala "update" yang diterima LabuanKini akan dipos disini dari masa ke semasa.

Update : Tinjauan LabuanKini sebentar tadi menyaksikan ada sidang rehearsal diadakan di Dataran Labuan. Ella juga kedengaran ada menyanyi di Blue Wave, yang ketika ini ditutup untuk kunjungan awam. Antara yang dijangka turut memeriahkan sambutan malam esok termasuklah Adam AF, Farah AF, dab Blues Gang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dijangka tiba di Labuan pada jam 9.10 malam ini.

17 Februari 2009

isu Pasar Babi - Sudah Selesai?


Hari ini sekali lagi Labuan dilawati oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, bertujuan untuk membuat follow-up mengenai isu pasar babi di Labuan ini yang masih lagi belum ada kata putusnya.

Setelah menghadiri mesyuarat dengan Perbadanan Labuan, parti-parti komponen BN dan beberapa pemimpin setempat, Timbalan Menteri sempat membuat lawatan ke pasar babi yang telah siap dibina di Kampung Sungai Keling.

Walaupun sudah dua kali YB Timbalan Menteri turun padang ke Labuan, masih belum ada kata putus dibuat sama ada mereka akan dipindahkan ke Sungai Keling atau sebaliknya. Laporan sebelum ini yang kononnya mereka akan dipindahkan ke pasar baru yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan juga disangkal oleh beberapa pegawai Perbadanan Labuan yang LabuanKini temui.

"Segala keputusan muktamad nanti akan dibuat oleh Menteri Wilayah sendiri dan akan dimaklumkan oleh Perbadanan Labuan", tambah mereka lagi.

Tinjauan LabuanKini melalui satu undian maya mendapati 55% dari pengunjung Labuan Kini mahukan lesen diberi kepada mereka yang sanggup berpindah, 10% mahukan mereka berpindah, 8% mahukan pasar baru di Sg Keling digunakan untuk tujuan lain, dan 7% mencadangkan supaya perniagaan di pasar baru tersebut dipelbagaikan.

Senarai Wakil Ahli Parlimen

Berikut adakah senarai nama penerima watikat perlantikan wakil YB Ahli Parlimen ke kampung-kampung;

1. Abas B. Mohamat (Pohon Batu)
2. Abdul Rahman B. Ramli (Pantai)
3. Adanan B. Ahad (Sg Buton)
4. Adnan B. Talipudin (Bebuloh)
5. Ali Hj Mohd Han (Ganggarak)
6. Chew Chin Hui (Sg Keling)
7. Hj Ahad Ahmad (Durian Tunjung)
8. Hj Ibrahim Malan (Kilan Pulau Akar)
9. Hj Md Yusof Hj Chuchu (Sg Miri/Pagar)
10. ISmail Hj Samad (Batu Manikar)
11. Jali Mumin (Sg Lada)
12. Jaludin B Arif (Sg Bangat)
13. Johhan Shimin (Gersik/Saguking)
14. Kasdi Kurdi (Kerupang/Nagalang)
15. Kassim Yussof (Belukut)
16. Kudil Hj Talip (Layang-Layangan)
17. Madzlan Hj Yunus (Bukit Kuda)
18. Mazlan Mohd. Din (Batu Arang)
19. Mat Jaini B. Ali (Sg Labu)
20. Nordin Ahmad (Lubuk Temiang)
21. Osman Matusin (Patau-Patau 1)
22. Sahari Amdan (Sg. Bedaun)
23. Sairan Ibrahim (Patau-Patau 2)
24. Suhaili Amir (Lajau)
25. Yahya Hj Bakri (Tanjung Aru)
26. Yahya Ganal (Bukit Kalam)
27. Zakaria Bidin (Rancha-Rancha)

16 Februari 2009

MP vs Ketua-Ketua Kampung?



Sabtu lepas, belangsung satu majlis perlantikan wakil Ahli Parlimen di kampung-kampung, bertujuan supaya saluran dari Ahli Parlimen dapat disampaikan ke kampung-kampung melalui wakil-wakil yang baru dilantik. Majlis yang berlangsung di Tiara Hotel itu bagaimanapun mengundang pelbagai persoalan, spekulasi dan kontroversi.

Adakah Pejabat Parlimen tidak dapat bekerjasama dengan ketua-ketua kampung di Labuan ini? Adakah Ahli Parlimen tidak mendapat sokongan dari ketua-ketua kampung? Adakah ini ada kaitan dengan peristiwa senarai calon-calon ketua kampung yang dicadangkan oleh ahli parlimen tidak digunapakai oleh Perbadanan Labuan, Oktober lepas? Adakah ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO Bahagian, November lepas? Dimana rasionalnya melantik wakil-wakil Ahli Parlimen ke kampung-kampung, padahal kesemua ketua-ketua kampung adalah dari parti komponen BN sendiri? - ini adalah antara persoalan yang dikumpul LabuanKini melalui tinjauan rambang dua hari lepas.

Walau sebanyak mana persoalan pun dibangkitkan, hanya Pejabat Ahli Parlimen sahaja yang ada jawapannya.

Antara yang turut dilantik sebagai wakil Ahli Parlimen ke kampung-kampung termasuklah bekas ketua kampung Sungai Bedaun, Sahari Amdan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Lajau, Suhaili Amir.

13 Februari 2009

Paintball

Berikut adalah keputusan untuk Kejohanan Paintball Terbuka Labuan 2009 bagi kategori khas;

Sekolah-Sekolah dan Belia
1. Majlis Belia Labuan
2. Bukit Kuda
3. SK St. Anne

Swasta dan Kerajaan
1. River Side (KK)
2. Asian Supply Base
3. Spartan X (Labuan)

12 Februari 2009

Isu Pasar Babi - Masih Belum Selesai?

LabuanKini difahamkan ada mesyuarat diadakan Selasa lepas membabitkan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan dan pemimpin-pemimpin setempat mengenai isu peniaga daging babi di Labuan.

Menurut dari apa yang LabuanKini difahamkan, mesyuarat tersebut adalah untuk mendapatkan reaksi masyarakat Labuan dan mengumpul segala komen dan cadangan dari pemimpin-pemimpin tempatan. Segala isi kandungan mesyuarat kemudiannya akan diberi kepada YAB Menteri Wilayah, yang akan dibentangkan ke kabinet (kelmarin) untuk keputusan lanjut.

LabuanKini tidak dapat mengulas mengenai sebarang keputusan yang dibuat, kerana ianya akan diterangkan sendiri oleh YAB Menteri sendiri.

Namun ada desas-desus mengatakan berlaku sedikit pertikaman lidah ketika mesyuarat apabila ada sedikit salah faham, sehingga keluar kenyataan dari salah satu wakil dari parti komponen BN mengatakan yang kononnya kerajaan tidak tahu buat kerja, yang kemudiannya  ditegur oleh Timbalan Menteri. Salah seorang dari wakil parti komponen BN yang lain juga dikatakan bertindak meninggalkan bilik mesyuarat kerana tidak puas hati dengan kenyataan dari wakil tersebut.

LabuanKini akan mengulas lanjut mengenai isu ini bila YAB Menteri sudah mengumumkan keputusannya nanti.

07 Februari 2009

PATI - Labuan "Diserbu"

Polis buru pendatang asing

07/02/2009 2:41pm

LABUAN 7 Feb. — Polis terus memperhebatkan usaha memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di pulau ini dengan 304 disyaki rakyat asing diperiksa awal pagi ini.

Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran yang mengetuai 42 anggota polis menyerbu Kampung Muslim sebuah perkampungan yang menjadi tumpuan rakyat asing.

Operasi dua jam bermula pukul 5 pagi membabitkan pelbagai jabatan seperti jenayah, narkotik, trafik, komersial dan cawangan khas itu menyaksikan tiga rakyat asing ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Kami akan memperhebat operasi dari semasa ke semasa dan serbuan dari rumah ke rumah,” katanya.

Sementara itu, selepas kejayaan mematahkan sindiket haram terbabit dalam kegiatan mengambil wanita rakyat asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) pada 2 Februari, polis juga dapat melumpuhkan sindiket perjudian di kawasan terbuka selepas menangkap tiga lelaki dan merampas enam unit komputer, kelmarin.

Saiman berkata, kegiatan perjudian itu telah beroperasi sejak dua bulan lepas di sebuah premis di Jalan Jati.

Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 4 B (a) 1953 Akta Perjudian di kawasan terbuka.

Dalam kes lain, polis juga menangkap seorang lelaki rakyat tempatan yang terbabit dalam kegiatan loteri haram.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 4 A (a) 1963 akta yang sama.

Pada 4 Februari, polis juga menangkap dua rakyat Filipina kerana mengedar dadah. - Bernama


Petikan dari Utusan Malaysia Online, 7 November

06 Februari 2009

Kelab Golf Labuan - Ahli Melayu Mengeluh?

Kelab Golf Labuan akan mengadakan Pertandingan Golf pada 8 Februari ini, bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina.

Disebalik kemeriahan tersebut, ada juga kedengaran beberapa ahli kelab tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kerana pertandingan sedemikian tidak pernah diadakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih menghairankan lagi apabila pertandingan yang serupa pernah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai, padahal warga Labuan tidak menyambut Hari Gawai, yang hanya disambut di Sarawak.

Ada yang berpendapat ini disebabkan oleh kekurangan "sponsor", dan ada juga berpendapat suara ahli-ahli berbangsa melayu tidak kuat dalam jawatankuasa kelab.

Walaubagaimanapun, Kelab Golf Labuan harus peka dengan perkara ini kerana pemain golf yang berbangsa melayu tidak kurang juga banyaknya di Labuan ini.

03 Februari 2009

Urusan Letak Kereta Diambil Alih LDA Holdings

Labuan: LDA Labuan (Holdings) Sdn Bhd, which is under Labuan Corporation (LC), has taken over the administration of parking lots here, effective yesterday (February 1).
Announcing this in a notice, LC said it was mandatory for all vehicles parked at designated parking lots to display their parking coupons. 
Parking fees remain at 50 sen for the first hour and 70 sen for each subsequent hour.
Purchase of season parking coupons could be made at the LDA office on the first floor of the Labuan International Ferry Terminal, while normal parking coupons could be purchased at the booths around town. These booths also accept payments for over-parking compounds.
Parking fees were introduced in Labuan in 1995 based on the Road Transport Rules for Parking Spaces and Taxi Stands. 
Initially, the administration of parking fees was under LC but it was later privatised to at least two companies.
What had been reported was over RM1 million in parking fees remained unpaid despite various actions by LC, including warnings and an amnesty period for payment at a lesser charge. 
At one point, the names of errant vehicles with huge outstanding amounts were also displayed at the booths.
According to some motorists, unpaid parking fees would remain a recurrent problem no matter which entity operates the service. 
They noted that Labuan is an island and hundreds of vehicles from Sabah, in particular, drive over here via the ro-ro ferry.
"These motorists would likely not be bothered to pay the parking fines since they are on short-term stay on the island, and there is little LC could do," said one motorist.
Some suggested that all the parking fee booths sell the coupons as a way of encouraging motorists to buy coupons and pay for over-parking. 
They said though LC had appointed agents to sell coupons there were no signages on premises selling such coupons.

Petikan dari Daily Express, 1 Februari 2008.

01 Februari 2009

Kejohanan Futsal Anjuran Pemuda UMNO

Berikut adalah keputusan Kejohanan Futsal anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Labuan;

Final

Bukit Kuda vs Sungai Labu (3 - 1)
Rancha-Rancha Laut vs Patau-Patau 1 (2 - 1)

Keputusan 
Tempat Pertama : Rancha-Rancha Laut
Tempat Kedua : Patau-Patau 1
Tempat Ketiga : Bukit Kuda


Aktiviti Hari Wilayah




Sungguhpun tidak ada sambutan secara besar-besaran semalam, Hari ini pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuklah Kejohanan Futsal anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Kejohanan Paintball Terbuka Labuan dan pameran Volkswagen Beetle di pintu masuk utama Ujana Kewangan