31 Oktober 2008

2 Hari Sebelum Mesyuarat UMNO


Sedikit snippet menjelang mesyuarat UMNO Labuan.

1. Sayap Pemuda UMNO akan bermesyuarat sehari lebih awal, khuatir ianya akan mengambil masa yang lama untuk selesai, memandangkan adanya pertandingan.
2. Hj. Tony Noolan mempunyai 16 pencalonan manakala Mohd. Rafi mendapat 7 pencalonan.
3. Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia masih samar-samar, kerana ada pihak yang juga ingin Datuk Seri Khir Toyo dicalonkan.
4. Dato` Suhaili, Datuk Yunus dan Tn. Hj. Alias yang sebelum ini diberi amaran keras oleh ibupejabat disahkan layak bertanding dalam pemilihan bahagian kelak. Untuk rekod. Dato` Suhaili bertanding mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, manakala Datuk Yunus bertanding merebut jawatan Timbalan, yang dikosongkan oleh YB Datuk Yussof Mahal.
5. 4 cawangan yang sebelum ini digantung oleh UMNO Bahagian, bertukar status kepada "sah" setelah mendapat surat pengesahan dari ibu pejabat. Cawangan-cawangan tersebut adalah, Sungai Bedaun, Durian Tunjung, Patau-Patau 1 dan Tanjung Aru.
6. Dengan ini, Dato` Suhaili masih mengekalkan 18 pencalonan yang diterimanya, manakala YB Datuk Yussof Mahal mengumpul 10 pencalonan. Datuk Yunus akan dicabar oleh Dr. Harun Pudin untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
7. Sayap Puteri UMNO akan bermesyuarat pada pagi 2 November, diikuti dengan sayap Wanita UMNO. Kedua-dua sayap ini tidak menghadapi sebarang masalah, kerana tiada pertandingan diperingkat bahagian.

28 Oktober 2008

Takziah


Allahyarham Datin Fatimah Wanchi, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ini pukul 7.15 pagi dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.35 pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Allahyarham yang sebelum ini ditempatkan di Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan kecil, dijangka akan diterbangkan ke Labuan petang ini dan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Ganggarak.

Untuk makluman, Allahyarham adalah isteri kepada mantan Ahli Parlimen Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Al-Fatihah.

27 Oktober 2008

Bencana Alam 2

Dipetik dari New Sabah Times, 27 Oktober


Batu Manikar kini dilanda banjir lumpur

27th October, 2008

LABUAN: Hujan turun yang melanda pulau ini sejak Jumaat lalu menyebabkan Kampung Batu Manikar terjejas teruk dilanda banjir lumpur, manakala sebatang jalan raya di Jalan Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang pula tidak dapat dilalui kerana tertimbus tanah runtuh, pagi kelmarin.

Seorang penduduk kampung Batu Manikar, Haji Ismail Abdul Rahman, berkata hujan lebat yang turun tanpa henti malam kelmarin adalah yang paling buruk apabila sebahagian besar rumah penduduk kampung digenangi banjir lumpur.

Katanya, hujan lebat yang bermula pada Jumaat itu mulai dirasai pagi kelmarin, apabila air hujan yang turun dari kawasan pemotongan bukit berhampiran rumah penduduk tidak dapat ditampung oleh parit yang sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur.

Menurutnya, kira-kira 10 buah rumah membabitkan kawasan simpang 19 hingga simpang 22 digenangi banjir lumpur antara paras buku lali hingga ke paras lutut.

“Apa yang saya kesalkan dalam kejadian ini ialah sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat berfungsi kerana tersumbat dan dipenuhi oleh tanah lumpur yang dibawa arus dari kawasan bukit yang digondol.

“Sebuah bukit berhampiran kawasan ini telah digondol oleh sebuah syarikat untuk menimbus tapak pembesaran lapangan terbang baru-baru ini, namun apa yang mengecewakan kami, pemotongan bukit itu tidak dibuat secara terancang, menyebabkan kami teraniaya terkena limpahan tanah lumpur setiap kali hujan lebat turun,” katanya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Haji Ismail bersama penduduk yang terlibat meminta kepada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) supaya dapat membesarkan dan menyegerakan pembesaran sistem perparitan yang lebih sempurna.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu Manikar, Ismail Pg. Haji Mohd. Yassin yang turut ditemui di tempat kejadian berkata, beliau akan menyuarakan kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal supaya campur tangan untuk menyelesaikan ‘isu perparitan’ yang sentiasa menghantui penduduk kampung dapat disegerakan.

“Kita telah banyak kali menyuarakan kepada jabatan yang berkenaan supaya isu perparitan yang terdapat di kampung Batu Manikar ini di ambil perhatian yang sewajarnya agar sistem perparitan yang ada di kampung ini dapat diperbesarkan bagi mengelak banjir seperti yang berlaku pagi ini” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini, turut memberi bantuan untuk mengeluarkan air yang memasuki ru-mah mereka menggunakan pam termasuk membantu membersihkan parit yang tersumbat.

Sementara itu, sebatang jalan raya di Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang tidak dapat dilalui oleh kenderaan awam kerana tertimbus tanah runtuh dari sebuah lereng bukit berhampiran jalan tersebut, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun jalan yang menghubungkan kampung Lubuk Temiang, Tanjung Kubong dan Batu Manikar itu boleh digunakan semula kira-kira jam 1 petang selepas dibersihkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Labuan yang turut dipanggil untuk memberi bantuan, selain itu mereka juga terlibat dengan pemotongan beberapa pokok kayu yang tumbang di sekitar jalan raya di pulau ini.

Sementara itu, Radio Labuan FM kelmarin turut melaporkan kejadian hujan lebat yang tidak menentu ini dijangka akan berterusan sehingga petang hari ini (Isnin).

Happy Deepavali



Labuan Kini ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Deepavali
kepada semua penduduk Labuan yang beragama Hindu.

Universiti Labuan

Dipetik dari Utusan Malaysia, 27 Oktober.


Kementerian sedia timbang cadangan Universiti Labuan

LABUAN 26 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menimbangkan cadangan menjadikan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sebagai universiti penuh.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, hasrat menjadikan kampus cawangan tersebut sebagai Universiti Labuan boleh direalisasikan jika UMS-KAL dapat memenuhi keperluan atau syarat penubuhan sebuah universiti awam.

"Saya percaya akan sampai masanya satu ketika nanti, UMS-KAL akan dapat mencapai status sebuah universiti yang mempunyai identiti sendiri.

"Ini sejajar dengan pembangunan Labuan yang begitu aktif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa dan industri minyak serta gas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup Simposium Kemahasiswaan III peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia anjuran UMS-KAL di Manikar Beach Resort, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Amran Ahmed dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) UMS-KAL, Mohd. Azri Ibrahim.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusuf Mahal yang berharap UMS-KAL dapat dijadikan sebagai sebuah universiti penuh di pulau itu.

Idris berkata, cadangan tersebut adalah satu langkah proaktif dan memberi ruang kepada kementerian untuk mengkaji dan menganalisis keperluannya.

"Cadangan Ahli Parlimen itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai 60 peratus daripada penduduk negara ini memiliki kelulusan diploma sekali gus mampu mengeluarkan graduan yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, setiap universiti yang hendak diwujudkan perlu melalui proses yang panjang termasuk mengkaji pandangan pelbagai pihak serta keperluan masyarakat dan negara.

"Ia penting bagi menjadikan sesebuah universiti itu mampu mengeluarkan graduan yang berkualiti selain menjadikannya sebuah universiti yang unggul di Malaysia," katanya.

26 Oktober 2008

Bencana Alam

Labuan yang mengalami hujan sepanjang hari mulai kelmarin, mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir dibeberapa tempat. Tinjauan Labuan Kini mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di Lubuk Temiang, dan banjir kilat di Batu Manikar.



Kejadian tanah runtuh di Lubuk Temiang


Mangsa banjir di Batu ManikarPemuda UMNO berhenti rehat setelah bergotong royong membantu mangsa banjir di Batu Manikar.

24 Oktober 2008

Ketua Kampung Labuan : Hanya 2 Ditukar

Dipetik dari Daily Express, 23 Oktober. Komen dari Labuan Kini di bawah.

Labuan SAPP chief is reappointed village head

Labuan: SAPP Chief here, Ronnie Tan Beng Hian, was reappointed Ketua Kampong (village head) for Kampong Sungei Kealing for a two-year term. Ronnie whose party is no longer in the Barisan Nasional is also serving as a member of the Advisory Council.

He was among 25 re-appointed by Federal Territories Minister, Dato Sri Zulhasnan Rafique. There are 27 Ketua Kampongs with two being new faces, A Latiff Abdul Rajid Amdan (Sungai Beduan) and Asmawi Awang Bedar (Ganggarak/Merinding).

The list was recommended by Labuan Corporation Chairman Dato Suhaili bin Abdul Rahman, who is also Labuan Umno Chairman.

All received certificates by Zuhasnan in a simple ceremony at Labuan Corporation, witnessed by Suhaili and other senior LC officials.

Asked about Ronnie's reappointment since SAPP is an opposition party, Suhaili said the appointment was based on his excellent services over past years and that Ronnie had also indicated he may leave SAPP.

"Appointments of Ketua Kampong are not based on political background but performance ability of the candidate," added Suhaili.

He said two of the Ketua Kampong appointed again had also passed the 65-year age mark "but we decided to retain them for another term because of outstanding work ability."

He said Layang-Layangan Ketua Haji Abdul Majid Hj Magal did Labuan proud by wining a national award of RM50,000 and Sungei Lada Ketua Hj Alias Mohd also did Labuan proud at national level.

The other ketuas are: Hj Hassan Salim (Sungei Bangat), Haji Kula Abdul Gani (Bukit Kalam), Hj Sudin Omar (Lajau), Hj Mustaffa Tangkim (Bukit Kuda), Hj Hasssin @ Hasshim Abdullah (Labu), Ismail Pg Hj Mohd Yassin (Batu Manikar), Hj Sulaiman Mat Said (Bebuloh), Hj Sulaiman Wan Chi (Patau-Patau 2), Hj Gutak (Patau-Patau 1);

Hamzah Yussof (Sg Buton), Ismail Yussof (Pantai) Matali Ibrahim (Durian Tunjong). Bair Sidup (Tj. Aru), Mazalan Mohd Din (Batu Arang), Hj Rahim Durasit (Nagalang/Kerupang) Rusli Sapar (Rancha 2) Jumahat Kadir (Pohon Batu). Hj Alias Husin (Lubok Temiang), Suhili Razali (Gersik/Saguking), Hj Brahim Malan (Kilan/Akar). Hj Tajudin Umar (Sg. Miri/Pagar), and Saminan Ismail (Belukut).

Komen - komen Labuan Kini.

1. Difahamkan sebelum ini YB Datuk Yussof mencadangkan 17 muka baru untuk dilantik sebagai ketua kampung kepada Perbadanan Labuan. Ternyata cadangan YB Datuk Yussof Mahal itu tidak digunapakai oleh Perbadanan Labuan.

2. Labuan Kini sebelum ini ada menyiarkan artikel mengenai 2 kampung yang akan mendapat ketua baru (Ganggarak dan Sungai Bedaun). Ternyata risikan yang dibuat oleh Labuan Kini adalah tepat.

3. Kampung Bebuloh yang sebelum ini dicadangkan oleh YB Datuk Yussof untuk diserahkan jawatan ketua kampung kepada Tn. Hj. Khalidin tidak menjadi. Hasilnya, ketua kampung sebelum ini masih kekal.

Tahniah


Labuan Kini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Isli Siput diatas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi TYT Tun Datuk Seri Ahmad Shah yang lepas. Hari ini, seorang lagi pemimpin Labuan diberi penghormatan apabila Dato` Harris Tan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato` sempena keputeraan DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Labuan sudah boleh berbangga kerana sudah ramai pemimpin - pemimpin tempatan dihargai dengan penganugerahan pingat kebesaran yang memberi gelaran Dato' dan Datuk. Antara yang telah menerima gelaran Datuk sebelum ini termasuklah Datuk Mulok Awang Damit, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Datuk Yussof Mahal, Datuk Yunus Kurus, Allahyarham Sen. Datuk Omar Bledram, Allahyarham Datuk Hj. Mohd. Din, dan Datuk Alinah @ Saliha Hj Md Ali.

Kini, Labuan hanya kekurangan pemimpin wanita yang bergelar Datuk. Setakat ini hanya Datuk Alinah sahaja yang membawa gelaran tersebut, yang diperolehinya ketika era PBS. Siapakah yang layak diberikan gelaran Datuk selepas beliau? Hjh Fauziah Datuk Md. Din? Pn. Hjh Aini Safar?


23 Oktober 2008

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan 3

Dipetik dari Utusan Malaysia Online, edisi Terkini 23 Oktober

Lapan ahli UMNO didapati bersalah langgar disiplin

23/10/2008 1:13pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. - Utusan


Tiga dari Wilayah Persekutuan Labuan diberi amaran keras kerana didapati menyalahgunakan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan, termasuklah Ketua Bahagian, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Ketua Cawangan Sungai Bangat, Datuk Yunus Kurus dan Ketua Cawangan Lubuk Temiang, K.K. Hj. Alias Hussin.


22 Oktober 2008

Sekitar Rumah Terbuka Aidil Fitri Perbadanan Labuan







Antara tetamu yang hadir termasuklah Datuk Isli Siput, En. Harris Annuar Tan beserta warga Asian Supply Base , ketua - ketua kampung, kakitangan agensi - agensi dan jabatan kerajaan, kontraktor - kontraktor dan juga orang awam.

Manakala yang bertindak sebagai tuan rumah pula adalah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Timbalannya YB Datuk Yussof Hj Mahal, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Basiran Saban, Pengerusi Majlis Penasihat, Datuk Yunus Hj Kurus dan pegawai - pegawai Perbadanan Labuan yang lain.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tiba di Labuan kelmarin. Melalui pemerhatian yang dibuat oleh LabuanKini dari jam 12 hingga sekitar jam 1.40 tengahari tadi, lebih seribu orang datang mengunjungi majlis rumah terbuka tersebut.