Kategori
31 Ogos 2008
Pembuka Tirai
Assalamualaikum. LabuanKini diilhamkan dari laman blog WilayahKini. Berbeza dengan WilayahKini, laman blog ini memaparkan perkembangan terkini di Labuan sahaja, yang akan meliputi politik, hal ehwal semasa, pembangunan, gaya hidup, dan perkembangan terkini. Labuan hanyalah sebuah pulau yang kecil, pembangunan yang boleh dilakukan juga terbatas, oleh itu tidak banyak hal ehwal pembangunan yang akan disentuh dilaman blog ini. Suasana politik di Labuan juga tidak sehangat mana, cuba ia bergantung pada musim; seperti musim mesyuarat tahunan UMNO, pilihanraya umum, dan keadaan semasa di Wilayah Persekutuan yang lain. Gaya hidup penduduk Labuan juga tidak segah seperti KL dan Putrajaya, kuasa pembeli di Labuan amat rendah, sepadan dengan kos sara hidup yang juga tidak setinggi KL dan Putrajaya. Blog ini mungkin tida akan diisi dengan perkembangan terbaru Labuan sesingkat blog-blog yang lain. Namun bila ada perkembangan terkini yang menarik di Labuan, ia akan diselitkan di sini. Happy Blogging To All
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tahniah...
maka skrg lagi senanglah rakyat labuan utk memberikan komen serta pandangan mereka terhadap 'kepincangan' di labuan...
semoga bumi labuan akan makmur seperti dulu kala selepas selesai 'kepincangan' yang melanda kampung halamanku yg tercinta...
cukuplah wahai dato' n datuk...
bagus la tu ada la tempat berkomen...
Catat Ulasan