31 Oktober 2008

2 Hari Sebelum Mesyuarat UMNO


Sedikit snippet menjelang mesyuarat UMNO Labuan.

1. Sayap Pemuda UMNO akan bermesyuarat sehari lebih awal, khuatir ianya akan mengambil masa yang lama untuk selesai, memandangkan adanya pertandingan.
2. Hj. Tony Noolan mempunyai 16 pencalonan manakala Mohd. Rafi mendapat 7 pencalonan.
3. Pencalonan untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia masih samar-samar, kerana ada pihak yang juga ingin Datuk Seri Khir Toyo dicalonkan.
4. Dato` Suhaili, Datuk Yunus dan Tn. Hj. Alias yang sebelum ini diberi amaran keras oleh ibupejabat disahkan layak bertanding dalam pemilihan bahagian kelak. Untuk rekod. Dato` Suhaili bertanding mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, manakala Datuk Yunus bertanding merebut jawatan Timbalan, yang dikosongkan oleh YB Datuk Yussof Mahal.
5. 4 cawangan yang sebelum ini digantung oleh UMNO Bahagian, bertukar status kepada "sah" setelah mendapat surat pengesahan dari ibu pejabat. Cawangan-cawangan tersebut adalah, Sungai Bedaun, Durian Tunjung, Patau-Patau 1 dan Tanjung Aru.
6. Dengan ini, Dato` Suhaili masih mengekalkan 18 pencalonan yang diterimanya, manakala YB Datuk Yussof Mahal mengumpul 10 pencalonan. Datuk Yunus akan dicabar oleh Dr. Harun Pudin untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
7. Sayap Puteri UMNO akan bermesyuarat pada pagi 2 November, diikuti dengan sayap Wanita UMNO. Kedua-dua sayap ini tidak menghadapi sebarang masalah, kerana tiada pertandingan diperingkat bahagian.

28 Oktober 2008

Takziah


Allahyarham Datin Fatimah Wanchi, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada ini pukul 7.15 pagi dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.35 pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur. Allahyarham yang sebelum ini ditempatkan di Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan kecil, dijangka akan diterbangkan ke Labuan petang ini dan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Ganggarak.

Untuk makluman, Allahyarham adalah isteri kepada mantan Ahli Parlimen Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Al-Fatihah.

27 Oktober 2008

Bencana Alam 2

Dipetik dari New Sabah Times, 27 Oktober


Batu Manikar kini dilanda banjir lumpur

27th October, 2008

LABUAN: Hujan turun yang melanda pulau ini sejak Jumaat lalu menyebabkan Kampung Batu Manikar terjejas teruk dilanda banjir lumpur, manakala sebatang jalan raya di Jalan Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang pula tidak dapat dilalui kerana tertimbus tanah runtuh, pagi kelmarin.

Seorang penduduk kampung Batu Manikar, Haji Ismail Abdul Rahman, berkata hujan lebat yang turun tanpa henti malam kelmarin adalah yang paling buruk apabila sebahagian besar rumah penduduk kampung digenangi banjir lumpur.

Katanya, hujan lebat yang bermula pada Jumaat itu mulai dirasai pagi kelmarin, apabila air hujan yang turun dari kawasan pemotongan bukit berhampiran rumah penduduk tidak dapat ditampung oleh parit yang sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur.

Menurutnya, kira-kira 10 buah rumah membabitkan kawasan simpang 19 hingga simpang 22 digenangi banjir lumpur antara paras buku lali hingga ke paras lutut.

“Apa yang saya kesalkan dalam kejadian ini ialah sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat berfungsi kerana tersumbat dan dipenuhi oleh tanah lumpur yang dibawa arus dari kawasan bukit yang digondol.

“Sebuah bukit berhampiran kawasan ini telah digondol oleh sebuah syarikat untuk menimbus tapak pembesaran lapangan terbang baru-baru ini, namun apa yang mengecewakan kami, pemotongan bukit itu tidak dibuat secara terancang, menyebabkan kami teraniaya terkena limpahan tanah lumpur setiap kali hujan lebat turun,” katanya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Haji Ismail bersama penduduk yang terlibat meminta kepada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) supaya dapat membesarkan dan menyegerakan pembesaran sistem perparitan yang lebih sempurna.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu Manikar, Ismail Pg. Haji Mohd. Yassin yang turut ditemui di tempat kejadian berkata, beliau akan menyuarakan kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal supaya campur tangan untuk menyelesaikan ‘isu perparitan’ yang sentiasa menghantui penduduk kampung dapat disegerakan.

“Kita telah banyak kali menyuarakan kepada jabatan yang berkenaan supaya isu perparitan yang terdapat di kampung Batu Manikar ini di ambil perhatian yang sewajarnya agar sistem perparitan yang ada di kampung ini dapat diperbesarkan bagi mengelak banjir seperti yang berlaku pagi ini” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini, turut memberi bantuan untuk mengeluarkan air yang memasuki ru-mah mereka menggunakan pam termasuk membantu membersihkan parit yang tersumbat.

Sementara itu, sebatang jalan raya di Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang tidak dapat dilalui oleh kenderaan awam kerana tertimbus tanah runtuh dari sebuah lereng bukit berhampiran jalan tersebut, awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun jalan yang menghubungkan kampung Lubuk Temiang, Tanjung Kubong dan Batu Manikar itu boleh digunakan semula kira-kira jam 1 petang selepas dibersihkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Labuan yang turut dipanggil untuk memberi bantuan, selain itu mereka juga terlibat dengan pemotongan beberapa pokok kayu yang tumbang di sekitar jalan raya di pulau ini.

Sementara itu, Radio Labuan FM kelmarin turut melaporkan kejadian hujan lebat yang tidak menentu ini dijangka akan berterusan sehingga petang hari ini (Isnin).

Happy Deepavali



Labuan Kini ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Deepavali
kepada semua penduduk Labuan yang beragama Hindu.

Universiti Labuan

Dipetik dari Utusan Malaysia, 27 Oktober.


Kementerian sedia timbang cadangan Universiti Labuan

LABUAN 26 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia menimbangkan cadangan menjadikan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sebagai universiti penuh.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, hasrat menjadikan kampus cawangan tersebut sebagai Universiti Labuan boleh direalisasikan jika UMS-KAL dapat memenuhi keperluan atau syarat penubuhan sebuah universiti awam.

"Saya percaya akan sampai masanya satu ketika nanti, UMS-KAL akan dapat mencapai status sebuah universiti yang mempunyai identiti sendiri.

"Ini sejajar dengan pembangunan Labuan yang begitu aktif dalam kegiatan perdagangan antarabangsa dan industri minyak serta gas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup Simposium Kemahasiswaan III peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia anjuran UMS-KAL di Manikar Beach Resort, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Amran Ahmed dan Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) UMS-KAL, Mohd. Azri Ibrahim.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusuf Mahal yang berharap UMS-KAL dapat dijadikan sebagai sebuah universiti penuh di pulau itu.

Idris berkata, cadangan tersebut adalah satu langkah proaktif dan memberi ruang kepada kementerian untuk mengkaji dan menganalisis keperluannya.

"Cadangan Ahli Parlimen itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai 60 peratus daripada penduduk negara ini memiliki kelulusan diploma sekali gus mampu mengeluarkan graduan yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, setiap universiti yang hendak diwujudkan perlu melalui proses yang panjang termasuk mengkaji pandangan pelbagai pihak serta keperluan masyarakat dan negara.

"Ia penting bagi menjadikan sesebuah universiti itu mampu mengeluarkan graduan yang berkualiti selain menjadikannya sebuah universiti yang unggul di Malaysia," katanya.

26 Oktober 2008

Bencana Alam

Labuan yang mengalami hujan sepanjang hari mulai kelmarin, mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan banjir dibeberapa tempat. Tinjauan Labuan Kini mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di Lubuk Temiang, dan banjir kilat di Batu Manikar.



Kejadian tanah runtuh di Lubuk Temiang


Mangsa banjir di Batu ManikarPemuda UMNO berhenti rehat setelah bergotong royong membantu mangsa banjir di Batu Manikar.

24 Oktober 2008

Ketua Kampung Labuan : Hanya 2 Ditukar

Dipetik dari Daily Express, 23 Oktober. Komen dari Labuan Kini di bawah.

Labuan SAPP chief is reappointed village head

Labuan: SAPP Chief here, Ronnie Tan Beng Hian, was reappointed Ketua Kampong (village head) for Kampong Sungei Kealing for a two-year term. Ronnie whose party is no longer in the Barisan Nasional is also serving as a member of the Advisory Council.

He was among 25 re-appointed by Federal Territories Minister, Dato Sri Zulhasnan Rafique. There are 27 Ketua Kampongs with two being new faces, A Latiff Abdul Rajid Amdan (Sungai Beduan) and Asmawi Awang Bedar (Ganggarak/Merinding).

The list was recommended by Labuan Corporation Chairman Dato Suhaili bin Abdul Rahman, who is also Labuan Umno Chairman.

All received certificates by Zuhasnan in a simple ceremony at Labuan Corporation, witnessed by Suhaili and other senior LC officials.

Asked about Ronnie's reappointment since SAPP is an opposition party, Suhaili said the appointment was based on his excellent services over past years and that Ronnie had also indicated he may leave SAPP.

"Appointments of Ketua Kampong are not based on political background but performance ability of the candidate," added Suhaili.

He said two of the Ketua Kampong appointed again had also passed the 65-year age mark "but we decided to retain them for another term because of outstanding work ability."

He said Layang-Layangan Ketua Haji Abdul Majid Hj Magal did Labuan proud by wining a national award of RM50,000 and Sungei Lada Ketua Hj Alias Mohd also did Labuan proud at national level.

The other ketuas are: Hj Hassan Salim (Sungei Bangat), Haji Kula Abdul Gani (Bukit Kalam), Hj Sudin Omar (Lajau), Hj Mustaffa Tangkim (Bukit Kuda), Hj Hasssin @ Hasshim Abdullah (Labu), Ismail Pg Hj Mohd Yassin (Batu Manikar), Hj Sulaiman Mat Said (Bebuloh), Hj Sulaiman Wan Chi (Patau-Patau 2), Hj Gutak (Patau-Patau 1);

Hamzah Yussof (Sg Buton), Ismail Yussof (Pantai) Matali Ibrahim (Durian Tunjong). Bair Sidup (Tj. Aru), Mazalan Mohd Din (Batu Arang), Hj Rahim Durasit (Nagalang/Kerupang) Rusli Sapar (Rancha 2) Jumahat Kadir (Pohon Batu). Hj Alias Husin (Lubok Temiang), Suhili Razali (Gersik/Saguking), Hj Brahim Malan (Kilan/Akar). Hj Tajudin Umar (Sg. Miri/Pagar), and Saminan Ismail (Belukut).

Komen - komen Labuan Kini.

1. Difahamkan sebelum ini YB Datuk Yussof mencadangkan 17 muka baru untuk dilantik sebagai ketua kampung kepada Perbadanan Labuan. Ternyata cadangan YB Datuk Yussof Mahal itu tidak digunapakai oleh Perbadanan Labuan.

2. Labuan Kini sebelum ini ada menyiarkan artikel mengenai 2 kampung yang akan mendapat ketua baru (Ganggarak dan Sungai Bedaun). Ternyata risikan yang dibuat oleh Labuan Kini adalah tepat.

3. Kampung Bebuloh yang sebelum ini dicadangkan oleh YB Datuk Yussof untuk diserahkan jawatan ketua kampung kepada Tn. Hj. Khalidin tidak menjadi. Hasilnya, ketua kampung sebelum ini masih kekal.

Tahniah


Labuan Kini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Isli Siput diatas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi TYT Tun Datuk Seri Ahmad Shah yang lepas. Hari ini, seorang lagi pemimpin Labuan diberi penghormatan apabila Dato` Harris Tan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato` sempena keputeraan DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Labuan sudah boleh berbangga kerana sudah ramai pemimpin - pemimpin tempatan dihargai dengan penganugerahan pingat kebesaran yang memberi gelaran Dato' dan Datuk. Antara yang telah menerima gelaran Datuk sebelum ini termasuklah Datuk Mulok Awang Damit, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Datuk Yussof Mahal, Datuk Yunus Kurus, Allahyarham Sen. Datuk Omar Bledram, Allahyarham Datuk Hj. Mohd. Din, dan Datuk Alinah @ Saliha Hj Md Ali.

Kini, Labuan hanya kekurangan pemimpin wanita yang bergelar Datuk. Setakat ini hanya Datuk Alinah sahaja yang membawa gelaran tersebut, yang diperolehinya ketika era PBS. Siapakah yang layak diberikan gelaran Datuk selepas beliau? Hjh Fauziah Datuk Md. Din? Pn. Hjh Aini Safar?


23 Oktober 2008

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan 3

Dipetik dari Utusan Malaysia Online, edisi Terkini 23 Oktober

Lapan ahli UMNO didapati bersalah langgar disiplin

23/10/2008 1:13pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. - Utusan


Tiga dari Wilayah Persekutuan Labuan diberi amaran keras kerana didapati menyalahgunakan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan, termasuklah Ketua Bahagian, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Ketua Cawangan Sungai Bangat, Datuk Yunus Kurus dan Ketua Cawangan Lubuk Temiang, K.K. Hj. Alias Hussin.


22 Oktober 2008

Sekitar Rumah Terbuka Aidil Fitri Perbadanan Labuan







Antara tetamu yang hadir termasuklah Datuk Isli Siput, En. Harris Annuar Tan beserta warga Asian Supply Base , ketua - ketua kampung, kakitangan agensi - agensi dan jabatan kerajaan, kontraktor - kontraktor dan juga orang awam.

Manakala yang bertindak sebagai tuan rumah pula adalah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Timbalannya YB Datuk Yussof Hj Mahal, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Basiran Saban, Pengerusi Majlis Penasihat, Datuk Yunus Hj Kurus dan pegawai - pegawai Perbadanan Labuan yang lain.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tiba di Labuan kelmarin. Melalui pemerhatian yang dibuat oleh LabuanKini dari jam 12 hingga sekitar jam 1.40 tengahari tadi, lebih seribu orang datang mengunjungi majlis rumah terbuka tersebut.


21 Oktober 2008

Peringatan Dari YB

Dipetik dari Utusan Borneo, 21 Oktober 2008.

Jangan cemari keharmonian yang dikecapi selama ini

LABUAN : Isu perpaduan merupakan antara agenda utama nasional yang telah kita perjuangkan sejak dahulu lagi.
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haju Yussof Haji Mahal berkata program seperti rumah terbuka dan majlis ramah mesra sememangnya mampu mewujudkan integrasi dalam kalangan pelajar.
Katanya, amalan rumah terbuka berfungsi sebagai sumber pendidikan tidak formal yang amat signifikan bagi pelajar kerana pengunjung boleh belajarmengenai kepercayaan dan amalan-amalan murni kaum lain yang berlainan agama.
Beliau berkata bukan itu sahaja, ia akan membuatkan kita faham dengan lebih jelas mengenai budaya sesuatu kaum di negara ini.
"Sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara yang memiliki pelbagai etnik, murid-murid seharusnya mengamalkan sikap prihatin terhadap kaum-kaum yang berbeza agama, bangsa, bahasa dan budaya,"katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutupan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Pelajaran Labuan di Pusat Kokurikulum, Kampung Ganggarak, kelmarin.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Labuan, Mohamad Zaki Mohd Yusuf, timbalannya, Omar Baki Matussin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), Ismail Abdullah, Pengetua dan Guru Besar.
Hadir sama Ketua Unit Hal Ehwal Murid, Salamat Daliman dan Penolong Pengarah Unit Disiplin, Matnor Haji Mohd Daud.
Pada majlis itu, Yussof mengumumkan peruntukan sebanyak RM26,000 untuk diagihkan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)yang masing-masing akan menerima RM1,000.
Beliau turut mengumumkan untuk menyampaikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada kumpulan tarian Sekolah Kebangsaan (SK) Layang-Layangan, yang membuat persembahan pada majlis tersebut.
Yussof berkata dalam usaha untuk mengejar impian menjadi negara yang kuat dan utuh, kita mesti mempunyai hubungan  dan jalinan persaudaraan yang kukuh diantara satu kaum dengan kaum yang lain.
Katanya, rakyat Malaysia seharusnya mahu melupakan peristiwa yang berlaku pada 1511 dan 1969 yang mampu merosakkan jalan yang sedang dibina untuk meraih kegemilangan tamadun bangsa Malaysia.
Beliau berkata rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri merupakan bukti keprihatinan kerajaan dan keistimewaan negara kerana semua kaum dapat merayakannya.
"Kita perlu mengekalkan semangat muhibah dan permuafakatan kerana nilai-nilai inilah yang menjadi tunjang kekuatan integrasi nasional di negara ini," katanya.
Yussof menyeru semua kaum supaya bersama-sama menumpukan usaha kearah mewujudkan masyarakat pelbagai kaum yand dinamik, hidup secara aman dan harmoni.



Sama - samalah kita renungkan pesanan dari YB kita ini.

19 Oktober 2008

McDonald's : Kepanasan Mulai Reda?

Hari ini merupakan hari ke - 11 Mc Donald's dibuka dengan rasminya di Labuan. Diminggu pertama pembukaan menyaksikan staf - staf McD seperti tidak cukup tangan melayan pelanggan yang berpusu -pusu tiba, terutama diwaktu tengahari dan malam.

McD juga mulai kehabisan stok patty burger, ayam dan nugget seawal hari ke 3, namun dapat diselesaikan sehari kemudian.

Diawal minggi ke 2 Operasi, McD sekali lagi kehabisan stok, kali ini merangkumi aiskrim, burger dan fries. Ini tidak mematahkan semangat warga Labuan datang berkunjung ke restoran makanan segera tersebut yang masih menyaksikan orang ramai berbaris menunggu giliran di kaunter, walaupun ada sebahagiannya pulang dengan hampa mengetahui apa yang diinginkan kehabisan stok setelah berbaris begitu lama.

Hari ini (pagi 19/10) merupakan hari ke 11 Mc Donald's beroperasi. Tinjauan LabuanKini mendapati McD mulai lenggang, tanpa barisan panjang. Ini berkemungkinan kerana hari masih awal (waktu puncak selalunya pada tengahari dan malam), atau disebabkan faktor hujung minggu, ataupun "kepanasan" Mc Donald's di Labuan mulai reda.

16 Oktober 2008

Perlu Direnungkan Sebelum Mesyuarat Bahagian

Dipetik dari Berita Harian, ruangan rencana. renung-renungkanlah.

Analisis: Umno perlu kukuh kembalikan Wilayah Persekutuan kepada BN


PADA pilihan raya umum lalu, Wilayah Persekutuan seperti juga Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor berjaya ditawan pembangkang. Yang membezakan Wilayah Persekutuan, ia tiada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti empat negeri itu yang kini di perintah Pakatan Rakyat. 

Barisan Nasional (BN) hanya menang tiga kerusi Parlimen menerusi Datuk Seri Zulhasnan Rafique (gambar) (Setiawangsa); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Yusuf Mahal (Labuan). 

Umno gagal mempertahankan dua kerusi iaitu di Lembah Pantai dan Titiwangsa daripada lima kerusi yang ditandingi. Namun, selepas pilihan raya, Umno Wilayah Persekutuan mula bangkit dengan semangat baru melalui beberapa pendekatan.

Sejak itu, Zulhasnan memulakan visi dan dimensi baru di Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan semula parti selepas BN gagal mempertahankan 10 kerusi parlimen. 

Keseorangan di kawasan Kuala Lumpur dengan baki 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berdepan dengan cabaran dan rintangan bertali arus daripada barisan pasukan pembangkang. 

Kini, selepas tujuh bulan Umno Wilayah Persekutuan mula diperkukuh dengan memperkasakan semula semua 13 bahagian menerusi semangat baru menggunakan pendekatan 3B - Bersama, Bersatu, Berjaya - yang disifatkan kebangkitan semula Umno Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan dilihat sebagai pemimpin yang kurang 'berpolitiking' tetapi kuat bekerja. Pelantikan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 2006 memberikan imej dan identiti baru menerusi wawasan Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera. 

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Suleiman Mohamad pernah berkata, Zulhasnan adalah salah seorang Pengerusi Perhubungan terbaik yang pernah dimiliki Umno Wilayah Persekutuan. 

Kini, ketika musim pemilihan, ramai pihak mengintai peluang mendapatkan pencalonan dari 13 bahagian Umno dan bagi sesetengah pihak, Wilayah Persekutuan dilihat sebagai penyelamat kepada beberapa calon untuk mendapatkan pencalonan dan undi. 

Enam ketua bahagian menang tanpa bertanding, diketuai Zulhasnan Rafique di Setiawangsa; Senator Datuk Ridhuan Hamid (Kepong), Datuk Seri Azim Zabidi (Bukit Bintang), Suleiman (Titiwangsa), Tengku Adnan (Putrajaya) dan Senator Datuk Syed Ali Al Habshee (Cheras).

Sebanyak tujuh ketua bahagian termasuk dua pemangku ketua bahagian dan seorang bekas ketua mempertahankan jawatan masing-masing. 

Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Kamaruddin Ambok bakal berdepan Bendahari bahagianya, Hadi Mad Zam dalam pertembungan satu lawan satu bagi jawatan ketua bahagian Segambut yang dijangka sengit. 

Kamaruddin dikatakan akan mempertahankan jawatan walaupun ramai melihatnya satu saingan yang sihat melalui proses demokrasi. Umno Segambut juga dikatakan sedang melalui proses pemantapan semula selepas kekalahan calon BN dari Gerakan di Parlimen Segambut. 

Kamaruddin sebagai Ahli Dewan Negara diharapkan dapat membawa permasalahan masyarakat Segambut ke Dewan negara selepas BN kehilangan kerusi Parlimen kepada DAP. 

Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dicabar Ahli Parlimen Labuan yang baru Datuk Yusuf Mahal yang juga timbalan ketua bahagian Labuan. 

Pengorbanan Suhaili melepaskan kerusi Parlimen Labuan kepada timbalannya itu pada pilihan raya lalu kerana masalah kesihatan isterinya, kini bagaikan tidak menerima balasan setimpal daripada Yusuf. Ramai berpandangan Yusuf yang masih sebagai Ahli Parlimen seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan tugas sebagai wakil rakyat. 

"Sesiapa saja berhak menawarkan diri bertanding dan sedia menghadapi risiko selepas bertanding. Umno sentiasa mengamalkan proses demokrasi dan saya harap pemilihan di Labuan yang buat pertama kali ini akan memperkasakan lagi bahagian," kata Suhaili yang kini Pengerusi Perbadanan Labuan. 


Di Wangsa Maju, pemangku ketua bahagian, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dicabar naib ketua, Datuk Mohamad Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Razak. 

Bekas ketua bahagian Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz yang dibebaskan daripada penggantungan kes politik wang, menawarkan diri bertanding timbalan ketua bahagian. Penampilan semula beliau ke kancah politik, khususnya Umno selepas lebih tiga tahun, merancakkan suasana pemilihan di Wangsa Maju. 

Lembah Pantai pula menyaksikan penampilan semula bekas ketua bahagian, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang bersaing bersama pemangku ketua, Yusri Ahmad dan seorang lagi ahli Lembah Pantai, Ahmad Zahran Ibrahim. 

Persaingan tiga penjuru di Lembah Pantai dikatakan bakal menyaksikan satu era baru kepada Umno bahagian itu dalam usahanya merampas kembali Lembah Pantai daripada pembangkang. 

Di Bandar Tun Razak pula boleh diklasifikasikan sebagai pertembungan tradisi antara Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mokthar Samad dan bekas ketua bahagian, Datuk Amil Salleh yang dibebaskan daripada penggantungan politik wang. 

Ketika Amil menjalani penggantungan, Datuk Rahim Baba selaku timbalan ketua bahagian memangku jawatan, namun beliau hanya mempertahankan jawatan. 

Di Batu menyaksikan saingan sengit dan menjadi perhatian apabila ketuanya, Datuk Yusuff Hamid dicabar Ahli Jawatankuasa bahagian, Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai 'Abas Batu'. 

Pertembungan antara Abas dan Yusuff dijangka memberikan imej yang baru kepada Umno Batu yang amat popular ketika era Allahyarham Datuk Azman Attar dan Datuk Azrat Gull. 

Namun, selain memilih pemimpin pusat, ahli Umno Wilayah Persekutuan perlu memastikan kepemimpinan bahagian mesti mantap bukan saja untuk kepentingan parti, malah lebih penting merampas semula Wilayah Persekutuan daripada pembangkang. 

Kepemimpinan peringkat bahagian bukan saja perlu memulihkan keyakinan ahli kepada Umno, malah memastikan pengundi bandar yang dulu memihak kepada Pakatan Rakyat kembali menyokong BN pada pilihan raya akan datang. 

Bagi mencapai hasrat itu, perpaduan dan kesediaan serta kesetiaan kepada pucuk pimpinan Wilayah Persekutuan amat diperlukan. Jika tidak, Wilayah Persekutuan akan kekal di bawah 'pemerintahan' Pakatan Rakyat.

14 Oktober 2008

Ketua Kampung Labuan


Labuan Kini ada dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Labuan yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YB Datuk Yussof Mahal ada menghantar senarai nama ketua - ketua kampung yang akan dilantik kepada Perbadanan Labuan.

Senarai tersebut yang dilihat ada menyenaraikan beberapa muka baru itu mengundang pelbagai reaksi dari ketua - ketua kampung yang ada sekarang. 

Beberapa ketua kampung dilihat mengunjungi kediaman Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili semalam, berkemungkinan meminta komen dari beliau mengenai senarai ketua kampung yang dikemukakan oleh YB Datuk Yussof. 

Setelah merujuk kepada beberapa pegawai dalam Perbadanan Labuan, Labuan Kini difahamkan bahawa senarai tersebut tidak lebih daripada cadangan sahaja. Segala keputusan akan dibuat oleh Perbadanan Labuan sendiri. Perlantikan ketua kampung adalah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya lantikan politik.

Ketua - ketua kampung Labuan dijangka akan dilantik semula pada 27 Oktober ini.

Tambahan 16/10/2008

Antara kampung yang dijangka bertukar ketua adalah Ganggarak, Sungai Bedaun dan Bebuloh. Ketua kampung Ganggarak dikatakan telah lama berhasrat untuk meletak jawatan dari pertengahan 2007 lagi dan pernah menghantar notis perletakan jawatan kepada Dato` Suhaili namun beliau diminta untuk bertahan sementara sehingga lantikan beru dikeluarkan. Sungai Bedaun dan Bebuloh dikhabarkan menerima banyak rungutan dan complain dari orang - orang kampung yang mengatakan ketua mereka sekarang sebagai ketua "tidur". 

Antara yang disebut - sebut sebagai pengganti kepada ketua - ketua kampung tersebut termasuklah En. Mawi Pagayaman (Ganggarak) En. Latif Hamdan (Sungai Bedaun, abang kepada ketua kampung sekarang, K.K. Shaari Hamdan) dan jawatan ketua kampung Bebuloh dikatakan ditawarkan oleh YB Datuk Yussof kepada Tn. Hj. Khalidin namun ditolak.

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan 2

Baru enam hari  bahagian UNMO  seluruh Malaysia bermesyuarat, Datuk Seri Najib sudah mendapat 28 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO (calon tunggal yang menerima pencalonan ketika artikel ini ditulis) dan Tan Sri Muhyiddin memperolehi 23 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden, meninggalkan dua pencabar beliau jauh dibelakang.

Menurut tinjauan Labuan Kini, UMNO Labuan juga akan mencalonkan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, masing - masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk pencalonan jawatan Naib Presiden, dua calon yang dicadangkan sebelum ini telah mengubah tawaran mereka (Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin) manakala Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden mengubah pendirian disaat akhir dan kembali minta dicalonkan ke Naib Presiden. Kesimpulannya, selain Datuk Seri Zahid Hamidi, dua lagi calon yang hendak dicalonkan sebagai Naib Presiden oleh UMNO Labuan masih samar -samar.

Menurut satu sumber yang diperolehi, line-up untuk semua pencalonan ke peringkat kebangsaan cuma diketahui oleh Ketua Bahagian UMNO Labuan sendiri, dan belum dibincangkan secara umum, memandangkan mesyuarat UMNO bahagian hanya akan diadakan pada 2 November ini.

Tiada perubahan dikhabarkan mengenai status pencalonan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita dimana Wanita UMNO Labuan sebelum ini dikatakan bercadang mencalonkan Tan Sri Rafidah dan Datuk Seri Sharizat, masing - masing sebagai Ketua dan Timbalan. Puteri UMNO Labuan juga masih tenang seperti sebelumnya dimana tiada khabar yang mereka telah mengubah pencalonan untuk Ketua sayap mereka yang sebelum ini dicadangkan untuk diberikan kepada Datin Ismalina.

Labuan Kini juga diberitahu sayap Pemuda UMNO Labuan juga menghadapi sedikit ketegangan dari dalam mengenai cadangan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda UMNO Labuan kini, Hj. Bashir Alias dikatakan mencadangkan supaya pencalonan diberikan kepada Khairy Jamaluddin, namun tidak disenangi oleh segelintir ahli yang sebelum ini cuba untuk mencadangkan Datuk Mukhriz.

Namun, memandangkan ada pertandingan dalam Mesyuarat UMNO Labuan kelak, dan adanya team A dan team B, sebarang line-up pencalonan untuk keperingkat kebangsaan hanya akan dapat diputuskan setelah mesyuarat UMNO Labuan selesai, bergantung kepada team mana yang akan menerajui UMNO Labuan nanti  melainkan Wanita dan Puteri, yang tidak menyaksikan sebarang pertandingan pada mesyuarat peringkat bahagian nanti.

09 Oktober 2008

I'm Lovin' It


Variasi restoran fastfood di Labuan kini bertambah lagi. McDonald's kini mula dibuka untuk kunjungan awam pada 12pagi, semalam. McDonald's yang dibuka 24 jam itu terletak di Labuan International Airport.

Seorang pekerja MAS mendakwa restoran tersebut sesak dengan pengunjung dari waktu puncak (tengahari) hingga lewat malam tadi. Tinjauan Labuan Kini pada pukul 11 malam tadi juga mendapati McDonald's masih sesak dengan pengunjung sehingga ada yang duduk di luar, tidak kurang juga ada yang terpaksa take away kerana ketiadaan ruang kosong untuk duduk menjamu makanan. 

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika KFC, Pizza Hut, Burger King dan Sugar Bun dibuka pertama kali di Labuan.  Diharap kemunculan McDonald's  dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi di Labuan.

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan

Selepas mendengar pengumuman dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, Semua pencalonan - pencalonan jawatan tertinggi UMNO dari bahagian - bahagian seluruh Malaysia akan bertukar. Keengganan YAB Pak Lah untuk mempertahankan jawatan Pengerusi UMNO membuka ruang untuk timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah naik ke tempat teratas dalam UMNO.

Namun Najib berkemungkinan besar tidak akan memperolehi jawatan tersebut secara percuma tanpa tentangan. Sebelum ini Tengku Razaleigh juga telah menawarkan diri untuk merebut jawatan Pengerusi UMNO dan ini disokong kuat oleh Bahagian yang beliau terajui, UMNO Pasir Mas.

Labuan yang sebelum ini bercadang untuk mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden dan Najib sebagai timbalannya kini terpaksa mengubah pencalonan. Selepas Pak Lah mengumumkan keputusannya untuk tidak membertahankan jawatan presiden, UMNO Labuan berkemungkinan akan mencadangkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dijangka dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden juga telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Pihak Labuan Kini akan cuba mendapat sebarang komen atau penjelasan dari UMNO Labuan dalam masa terdekat ini mengenai pencalonan -pencalonan ke peringkat kebangsaan.

Khabar angin yang mengatakan Najib akan team up dengan Muhyiddin untuk kedua - dua jawatan tertinggi itu suda didengar oleh Labuan Kini diawal bulan Ramadan yang lalu. Labuan Kini juga dikhabarkan YBhg Dato` Suhaili ada merisik perkara ini dengan  Muhyiddin, namun tiada sebarang penafian atau pengesahan direkodkan ketika itu.

Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan yang sebelum ini dijadualkan akan diadakan awal bulan ini juga akan ditangguhkan ke hujung bulan, atau awal bulan depan. Ini berkemungkinan besar untuk memberi laluan untuk ahli - ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk jawatan - jawatan tertinggi diperingkat kebangsaan membuat pengumuman mengenai kesediaan mereka untuk dicalonkan. Sehingga kini, Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Hishamuddin dan beberapa lagi tokoh dalam UMNO belum membuat sebarang pengumuman mengenai jawatan yang akan mereka tandingi. Hishamuddin sebelum ini memgumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipegangnya kini, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau ingin bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi atau sebaliknya.

UMNO Labuan yang kini tenang setelah kesemua cawangan - cawangan selesai mengadakan mesyuarat dijangka akan panas semula, setelah Pak Lah mengumumkan untuk tidak membertahankan jawatan Presiden. Memandangkan sudah ada Team A dan Team B dalam UMNO Labuan, ada kemungkinan pencalonan ke peringkat kebangsaan dari Team A dan B tidak sama. 

06 Oktober 2008

UPDATE: Mesyuarat UMNO Labuan 4


Petikan dari New Sabah Times, 5 Oktober 2008. Jangan lupa baca komen dari Labuan Kini di bawah artikel ini

170 perwakilan tentukan siapa Ketua Umno Bahagian Labuan

5th October, 2008

LABUAN: Kira-kira 170 perwakilan daripada 24 cawangan Umno di pulau ini dijangka menjadi tumpuan apabila mereka buat pertama kalinya sejak tujuh tahun lalu me-milih siapa bakal ketua ba-hagian pada mesyuarat persidangan Umno Bahagian, pa-da penghujung bulan ini.

Perebutan jawatan penting dalam Umno Labuan kali ini dijangka terus bergelora apabila berlakunya perebutan jawa-tan membabitkan kerusi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua pemuda serta timbalan ketua pemuda.

Namun jawatan yang paling menjadi tumpuan kali ini terarah kepada Ketua Bahagian, apabila penyandangnya, Datuk Haji Suhaili Abdul Rahman yang sebelum ini berusaha mengelakkan perebutan jawat-an akan dicabar oleh timbalannya yang juga Ahli Parlimen, Datuk Haji Yussof Haji Mahal.

Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan Suhaili memperolehi 18 pencalonan, manakala Yussof yang menerima pelbagai dugaan hanya memperolehi enam pencalonan, te-tapi sudah cukup untuk meni-dakkan Suhaili daripada mena-ng tanpa bertanding.

Bagaimanapun, Suhaili opt-imis akan mengekalkan jawatan tersebut berdasarkan jumlah pe-ncalonan yang diperolehi jauh berbeza dengan pencabarnya Yussof.

Dalam satu pertemuan dengan media tempatan baru-baru ini beliau (Suhaili) dengan pe-nuh yakin mampu mempertahankan kerusinya dengan menjangkakan sekurang-kurangya 130 perwakilan (daripada 18 cawangan) akan memihak ke-padanya.

“Jika berlaku sebaliknya sa-ya kira ada sesuatu yang tidak betu .l.. mungkin berlakunya politik wang,” katanya

Sementara itu, kerusi Tim-balan Ketua Bahagian menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Haji Yunus Haji Kurus yang memperolehi 17 pencalonan akan ditentang oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Harun Haji Pudin yang bersekutu dengan Yussof.

Datuk Haji Yunus kurang satu undi dengan Suhaili, apabila cawangan Umno Pantai mencalonkan Datuk Haji Yus-sof Haji Mahal sebagai Tim-balan Ketua Bahagian.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian kosong susulan pen-yandang jawatan itu, Datuk Haji Yussof Haji Mahal yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan ketua bahagian.

Turut menjadi tumpuan da-lam persidangan Umno kali ini ialah jawatan ketua pemuda ba-hagian yang terpaksa dikosong-kan oleh Haji Bashir Haji Alias atas faktor usia.

Haji Bashir yang masih se-tia dengan ketuanya Suhaili dinaikkan pangkat dengan dita-warkan jawatan Naib Ketua un-tuk bersaing dengan pendatang baru dalam arena politik Haji Punggut Ibrahim yang juga mantan Pengerusi Majlis Belia Labuan.

Sementara itu, calon ketua pemuda juga bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon pilihan Su-haili, Tony Noolan @ Udin Haji Isli dengan Mohd. Rafi Ali Hassan sekutu Datuk Haji Yus-sof.

Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan, Haji Tony Noolan memperolehi 21 pen-calonan, manakala pencabar-nya, Mohd. Rafi menerima sembilan pencalonan.

Dalam pada itu, bagi jawatan ketua wanita yang disandang oleh Hajah Aini Haji Safar dikira bernasib baik apabila pencabarnya Cik Fauziah Datuk Mohd Din tidak cukup pencalonan, manakala Ketua Puteri yang disandang oleh Rahimah Haji Lamat merupakan satu-satunya kerusi paling selamat apabila langsung tidak dicabar dalam pemilihan kali ini.

Sebanyak 24 cawangan disahkan bermesyuarat sekali gus layak menghantar perwakilan, manakala enam lagi cawangan digantung atas faktor gagal mematuhi peraturan mesyuarat.

Enam cawangan yang di-gantung oleh Umno Bahagian itu ialah, Durian Tunjung, Batu Manikar, Ganggarak, Patau-Patau Satu, Sungai Bedaun dan Tanjung Aru.



Komen - komen Labuan Kini;
1. Mesyuarat Bahagian mungkin diawalkan, seawal 11 Oktober atau 18 Oktober.
2. Mesyuarat Cawangan Sungai Bedaun ditukar statusnya dari digantung menjadi sah. Ini bermakna YB Datuk Yussof Mahal mandapat 7 pencalonan, bukannya 6.

01 Oktober 2008

Selamat Hari Raya

Kami dari warga LabuanKini ingin mengucapkan;



Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin