Namun Najib berkemungkinan besar tidak akan memperolehi jawatan tersebut secara percuma tanpa tentangan. Sebelum ini Tengku Razaleigh juga telah menawarkan diri untuk merebut jawatan Pengerusi UMNO dan ini disokong kuat oleh Bahagian yang beliau terajui, UMNO Pasir Mas.
Labuan yang sebelum ini bercadang untuk mencalonkan Pak Lah sebagai Presiden dan Najib sebagai timbalannya kini terpaksa mengubah pencalonan. Selepas Pak Lah mengumumkan keputusannya untuk tidak membertahankan jawatan presiden, UMNO Labuan berkemungkinan akan mencadangkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dijangka dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden juga telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Pihak Labuan Kini akan cuba mendapat sebarang komen atau penjelasan dari UMNO Labuan dalam masa terdekat ini mengenai pencalonan -pencalonan ke peringkat kebangsaan.
Khabar angin yang mengatakan Najib akan team up dengan Muhyiddin untuk kedua - dua jawatan tertinggi itu suda didengar oleh Labuan Kini diawal bulan Ramadan yang lalu. Labuan Kini juga dikhabarkan YBhg Dato` Suhaili ada merisik perkara ini dengan Muhyiddin, namun tiada sebarang penafian atau pengesahan direkodkan ketika itu.
Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan yang sebelum ini dijadualkan akan diadakan awal bulan ini juga akan ditangguhkan ke hujung bulan, atau awal bulan depan. Ini berkemungkinan besar untuk memberi laluan untuk ahli - ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk jawatan - jawatan tertinggi diperingkat kebangsaan membuat pengumuman mengenai kesediaan mereka untuk dicalonkan. Sehingga kini, Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Hishamuddin dan beberapa lagi tokoh dalam UMNO belum membuat sebarang pengumuman mengenai jawatan yang akan mereka tandingi. Hishamuddin sebelum ini memgumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipegangnya kini, namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau ingin bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi atau sebaliknya.
UMNO Labuan yang kini tenang setelah kesemua cawangan - cawangan selesai mengadakan mesyuarat dijangka akan panas semula, setelah Pak Lah mengumumkan untuk tidak membertahankan jawatan Presiden. Memandangkan sudah ada Team A dan Team B dalam UMNO Labuan, ada kemungkinan pencalonan ke peringkat kebangsaan dari Team A dan B tidak sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan