Menurut dari apa yang LabuanKini difahamkan, mesyuarat tersebut adalah untuk mendapatkan reaksi masyarakat Labuan dan mengumpul segala komen dan cadangan dari pemimpin-pemimpin tempatan. Segala isi kandungan mesyuarat kemudiannya akan diberi kepada YAB Menteri Wilayah, yang akan dibentangkan ke kabinet (kelmarin) untuk keputusan lanjut.
LabuanKini tidak dapat mengulas mengenai sebarang keputusan yang dibuat, kerana ianya akan diterangkan sendiri oleh YAB Menteri sendiri.
Namun ada desas-desus mengatakan berlaku sedikit pertikaman lidah ketika mesyuarat apabila ada sedikit salah faham, sehingga keluar kenyataan dari salah satu wakil dari parti komponen BN mengatakan yang kononnya kerajaan tidak tahu buat kerja, yang kemudiannya ditegur oleh Timbalan Menteri. Salah seorang dari wakil parti komponen BN yang lain juga dikatakan bertindak meninggalkan bilik mesyuarat kerana tidak puas hati dengan kenyataan dari wakil tersebut.
LabuanKini akan mengulas lanjut mengenai isu ini bila YAB Menteri sudah mengumumkan keputusannya nanti.
7 ulasan:
Saudara-saudara orang kitani sekelian,
Sadartah, anitah akibatnya bila kitani mula bepacah dan keliatan lamah. Akan sentiasa ada si angau yang akan mengunakan peluang untuk kepentingan abis diurang.
Ani baru satu issue, akan ada lagi tu cerita miani.
Sadartah orang kitani..., jangan pasal kitani becakaran sama sendiri, orang lain memijak kepala kitani. Kalau atu belaku siapakan disalahkan? pikir-pikir tah.
Pimpinan dan kepimpinan bukan saja perlukan kepintaran malah perlu ada pengorbanan.
Wassalam.
Saudara-saudara orang kitani sekelian,
Semoga kepimpinan UMNO Bahagian Labuan akan terbangun dari tidor yang lena.
Semoga kepimpinan UMNO Bahagaian akan segera terbangun dan sedar dari kehidupan yang dibuai kelekaan.
Beginilah jadinya jikalau duit digunakan untuk membutakan hati manusia. Padahal sepatutnya duit digunakan untuk perkara yang lebih mulia.
Wassalam.
Labuan Kini diharap lebih beretika didalam memberi laporan.
Saya berada disana dan ingin saya jelaskan bahawa YB Timbalan Menteri berjaya mengemudi mesyuarat dengan jayanya.
Tidak berlaku pertikaman lidah yang melampau sebagaimana yang dilaporkan.
Laporan sebegini akan mewujudkan spekulasi buruk dan anggapan yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Labuan.
Diharap Labuan Kini ambil teguran ini sebagai peringatan demi menjaga keamanan dan perpaduan kaum di WP Labuan yang kita cintai.
Kami Ahli UMNO Labuan percaya KB kami iaitu DS selaku Pengerusi PL akan menyelesaikan segala masalah berkaitan Isu Pasar Babi ini dengan caranya sendiri. UMNO Labuan tetap teguh!
Apa susah, Labuan Kini buktikan laporan ini benar melalui youtube lah. Baru sahih!
Dan Labuan KINI, sekiranya laporan tidak tepat, hati-hati. Kita ada akta hasutan didalam perlembagaan negara. Jgn terkena seperti penulis blog RPK dari Malaysia Kini. Renungn2kan dan fikir2kan...
Kepada sudara Tanpa Nama,
Yang Pertama. Kenapa hanya mahu UMNO Bahagian sahaja yang bangun, semua yang lain sudah bangun dan sedarkah? KITA semua perlu bangun dan sedar jangan asyik menuding jari sesama kita. Sedarlah..
Yang Kedua. Memang benar YB Timbalan Menteri telah berjaya mengendalikan mesyurat tersebut dengan cekapnya. Bangga dan tahniah kepada YB Timbalan Menteri. Tetapi lapuran Labuan Kini tiada salahnya, memang benar ada pertikaman lidah. Ianya berlaku kerana ada yang kononnya pemimpin komponan BN tidak sedar di mana bumi dipijak. Sedarlah....
This blog is only showing what the government is doing right, it's not neutral at all. Where's all the ugly part of those happening in Labuan? Don't dare to show it out? I'm from Labuan as well, I would like to say that it was a peaceful place before, not for now anymore. With those Malays who are lazy and old-minded, and chinese who are uncivilized, who only know wanna fight. C'mon!
Catat Ulasan