22 Jun 2009

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan, Bahagian Labuan - Tenang?

Tidak banyak yang hendak ditulis sepanjang bulan Jun ini, walaupun Labuan dilihat agak 'sibuk' dari mata kasar. Tidak ada kontrovesi, cerita baru, perkembangan terkini ataupun cerita-cerita menarik.

Mengenai mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Labuan, hanya segelintir cawangan sahaja yang masih belum bermesyuarat. Melalui pemerhatian LabuanKini, tidak ada yang extraordinary mengenai mesyuarat kali ini, kerana ketiadaan pemilihan, cuma untuk membentangkan laporan tahunan dan beberapa isu berbangkit. Cawangan Batu Manikar yang sebelum ini tidak bermesyuarat kerana isu bergaduh juga selamat mengadakan mesyuarat tanpa sebarang masalah.

Sayap parti juga tidak menghadapi sebarang masalah mengadakan mesyuarat, cuma perjalanan mesyuarat Pemuda UMNO dilihat agak berserabut sedikit dimana dijangkakan akan ada pemilihan untuk wakil G2.

LabuanKini difahamkan Ketua Pemuda tidak berbincang dengan ketua-ketua Pemuda cawangan terlebih dahulu mengenai senarai G2 yang akan dicadangkan dan hanya memberi arahan disaat akhir sebelum mesyuarat cawangan bermula. Sehingga kini, sudah ada 4 calon yang layak untuk bertanding kerusi G2.

Puteri UMNO seperti biasa mengadakan mesyuarat di cawangan-cawangan secara teratur, tanpa sebarang masalah.

3 ulasan:

JKKK berkata...

TAHNIAH UMNO CAWANGAN BATU MANIKAR...semoga kita belajar dari pengalaman, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Puteri,Pemuda,Wanita & Cawangan UMNO kerana berjaya menjalankan persidangan dicawangan tuan-tuan, walaupun terdapat sedikit kekeliruan dimana salah seorang Pemuda telah tersalah baca pencalonan wakil G2 yang lama. Aku sebagai ahli UMNO diLabuan ni tekejut jua & tarus bertanya arah Ketua Pemuda Labuan pasal hal ani & beliau telah menerangkan setuasi tersebut dimana KP Cawangan tersebut gemuruh dan hanya mengikut catatan yang lalu & diakui bahawa ini adalah pengalaman pertama sebilangan besar KP Cawangan. Alah dulu lagi taruk.. semua main bantai ja, banding sekarang jauh labih baik. Puteri pun mistake basar jua minggu lalu tapi tuuuuuuuuttttt.... lagi basar ada cawangan tu kan tuuuuuttttttttt.. nada pun LABUANKINI keluarkan. Walaupun kami ani inda dijamput untuk ikut mesyuarat cawangan2 tapi ingin meliat Melayu ani bersatu, nya orang biar tah aman. Siapa pun yang memimpin aku tatap menyokong demi melayu & islam. Taruskan Pemuda Labuan belajarlah dari kesilapan & jangan belajar dengan mendengar hasutan serta cerita kabar dari orang. Gunakanlah keahlian saudara sekelian untuk membantu masyarakat & jangan bersuara tapi tidak ahli, bantulah rakyat kami rakyat Labuan demi agama, bangsa & negara... amin.

Tanpa Nama berkata...

G2 = gitu-gitu apek?