31 Ogos 2009

Sambutan Hari Merdeka Di Labuan Sederhana

Sambutan Hari Kemerdekaan di Labuan disambut secara sederhana sahaja. 43 Kontijen mengambil bahagian yang membabitkan kira-kira 1100 peserta dalan acara perbarisan. Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussof Mahal juga sempat menyampaikan perutusan beliau sempena sambutan Kemerdekaan ke-52 Malaysia.

Yang amat menyedihkan, hampir 95% daripada 1100 peserta terdiri daripada orang melayu dan bumiputera Sabah. Dimanakan warga Cina dan India dalam sambutan kali ini? Dimana peranan parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan dan MIC yang mewakili bangsa Cina dan India dalam merapatkan jurang antara kaum, dalam usaha menyambut seruan Perdana Menteri, 1Malaysia?

LabuanKini juga berasa lega kerana sekolah-sekolah tidak membabitkan murid-murid mereka dalam acara perbarisan tahun ini, bagi mengelakkan penularan Influenza A H1N1, tambahan lagi sambutan dilakukan ketika umat Islam mengerjakan ibadat puasa. LabuanKini dimaklumkan ada 2 orang dilaporkan rebah atau pengsan ketika perbarisan diadakan, berkemungkinan keletihan kerana cuaca pagi tadi panas. Sungguhpun begitu, LabuanKini ingin mengucapkan syabas kepada mereka kerana sanggup berpanas demi untuk memartabatkan bangsa dan negara ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Tahun. Syabas sekali lagi.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar apa yang disuarakan LK dimanakah parti komponen MCA, MIC. Saya sempat bertanya kepada seorang kawan berbangsa cina kelmarin dan bertanyakan apakah perasaan beliau tentang "Hari Kemerdekaan" dan beliau menjawap "tiada apa erti pun, tida apa kamu Melayu kerja kami support, kami mau cari duit saja, kamu kasi ini Malaysia tebalik pun tida apa, kamu orang suka gaduh sama kawan pun mau lawan, kamu lawan kami support" kata beliau, kalaulah Malaysia ini membunuh itu tidak menyalahi undang2 mau saja rasanya ku bunuh manusia ini. Wahai bangsa ku marilah kita bangkit semula dan bersatu dimana dibumi bertuah Labuan ini pun orang telah mentertawakan kita.

One Labuan berkata...

Tidak dinafikan, saya sebagai orang Cina mengakui kelemahan bangsa saya, iaitu golongan kaum cina memang tidak berminat untuk mengikut acara perbarisan terutama program yang dianjurkan kerajaan.

Tetapi disebaliknya, ini tidak bermakna tidak mengikut acara dilabelkan tidak sayang Malaysia.

Kaum Cina lebih suka menyambut Hari kemerdekaan dengan cara "Internal Celebrate" iaitu mereka sedar 31 Ogos ialah Hari Kemerdekaan, erti dan cara mereka menyambut kemerdekaan ialah:
1)Menjadi rakyat yang baik dan patuh kepada undang undang Malaysia.
2)Tidak mengkacau keselamatan negara dan cuma mahu kehidupan aman.
3)Membayar cukai kepada kerajaan untuk pembangunan negara.

Selain itu, orang Cina di Labuan ada satu cara hidup, iaitu kalau ada cuti umum atau holiday, suka bawa kereta pergi KK jalan jalan, hehe ^_^!!

Penglibatan dalam acara Hari Kemerdekaan tidak boleh sekaligus melabelkan kaum Cina & India tidak sayang Malaysia, cuma cara dan cita rasa masing masing setiap bangsa menyambut hari kemerdekaan adalah berlainan.

Oleh:
Anak Labuan kaum Cina yang sayang kepada Malaysia ! !

Wish_Killer berkata...

blog ko ni kan......teda ciri2 menarik...informasi tu penting,,,,tapi tidak ada kesinambungan.blog ni nampak dull danboring,..kalau boleh cuba gabungan kan dengan design2 yang menarik...overall yang lain ok..ini saja aku mahu komen...aku support blog ni....so harao yg terbaik untuk blogni

labuankini berkata...

Laman blog Labuan Kini memang sengaja tidak dihiasi dengan pelbagai gambar atau grafik, plug-ins, gadgets, iklan atau apa-apa yang bersifat 'hiasan'.

Benda-benda sedemikian hanya akan membebankan pengunjung dengan perlu menunggu kesemua plug-ins, atau grafik-grafik yang berat siap di 'load' sebelum dapat melayari laman blog ini. Apa yang penting, ianya ringkas tapi padat.

Terima kasih atas komen yang diberikan, Wish_Killer.

Tanpa Nama berkata...

saya memahami akan feedback yang dimaksudkan oleh penulis...saya rasa tidak perlu letak widget.cuma kalau boleh biarlah tersusun dgn baik, kekemasan dan susub atur layout yang menarik,.Kerana ini bukan blog rekaan untuk individu..ini untuk labuan..the whole Labuan.so, sebagai orang labuan.saya amat mengambil berat tentang ini. kita boleh ambil contoh keruak.blogspot.com
simple..kemas..apa2 pun majulah labuankini..saya akan tetap menyokong labuankini...slaam ramadhan

Tanpa Nama berkata...

hanya 1 soalan...
sambutan hari kemerdekaan sebelum ni
kaum2 laen ada terlibat ka?
cam nada jak...
so sama jak dgn sblm2 ni...
setuju?