LabuanKini tidak menulis mengenainya kerana khuatir ianya cuma khabar angin, namun setelah disahkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, barulah LabuanKini menulis mengenainya.
Pelbagai spekulasi mengenai status penyakit YB tersebar meluas, ada yang mengatakan demam denggi, tidak kurang pula yang mengatakan jangkitan Influenza A H1N1. Seorang kenalan LabuanKini menyatakan ada bertanyakan hal ini kepada anak YB dan mengatakan ketidaksihatan YB adalah berpunca dari stress yang berpanjangan, dan bukan denggi atau H1N1 seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Apa-apapun LabuanKini mendoakan semoga YB cepat sembuh dan selamat.
1 ulasan:
Syukur alhamdulillah. Nampak sihat YB Datuk Yussof kitani menunaikan solat Isyak & solat sunat Terawih di Surau Kg. Kilan. Semoga Allah SWT memelihari kesihatan dan kesejahteraan YB Datuk Yussof & Keluarga. Amin.
Catat Ulasan