Feri Wawasan Perdana milik Labuan Ferry masih lagi bergerak menggunakan satu kipas, walaupun hal ini sudah berlarutan lebih enam bulan. Feri tersebut juga terpaksa ditunda oleh satu lagi kapal kerana ada khabar yang mengatakan Jabatan Laut dan Marin tidak membenarkan feri tersebut beroperasi dengan hanya menggunakan satu kipas, melainkan diiringi kapal lain.
Kelewatan tiba dan kelewatan berlepas juga dikatakan kerap berlaku. Pelbagai alasan menjadi sebab berlakunya kelewatan ini antaranya masalah cuaca dan kerosakan enjin.
Ramai yang berpendapat sudah tiba masanya kita memiliki jambatan yang menghubungkan Labuan ke tanah besar, Sabah. Jambatan tersebut sudah tentu dapat menarik ramai pengunjung ke Labuan, disamping dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi.
Jika jambatan dianggap lambat untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya kita perlu ada satu lagi operator feri Labuan-Menumbok. Jika ada pesaingan, baru ada usaha untuk memperbaiki servis masing-masing.
7 ulasan:
Saya Cikgu Hisyammieddy dari SK Pekan Satu Labuan menyokong perlu ada persaingan di kalangan feri supaya keselesaan perkhidmatan dapat diperbaiki. Pembinaan jambatan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk berjaya dibina setelah melalui karenah birokrasi tertentu. Saya mencadangkan perkhidmatan feri yang baru hendaklah menghubungkan Labuan dan Mempakul kerna Menumbok saya lihat terlalu sesak dan padat serta tidak sesuai bila menghadapi keadaan puncak. Penduduk labuan yang sangat berkeperluan ke sabah tidak mempunyai pilihan lain selain bot laju yang ternyata tidak selamat, berbahaya dan mengancam nyawa penumpang terutamanya ibu mengandung. Pengurusan tiket di menumbok juga terlalu teruk seperti membeli tiket daripada samseng. Semoga jambatan baharu terlaksana segera atau sediakan beberapa feri baharu supaya feri penuh dan waiting list tidak lagi menjadi masalah dan budaya feri sekarang yang lebih mengutamakan orang dalam dan orang penting mereka saja!!!
Bagus juga kalau ada jambatan, memudahkan perhubungan antara Pulau Labuan ke Sabah...agar usaha ini diteruskan moga tercapai sasaran membina jambatan ini...
Pada pendapat saya pembinan jambatan itu memang amat di alu alukan tetapi mungkin ia memakan masa yang terlalu lama untuk di laksanakan mungkin di sebabkan kekurangan kenderaan yang berulangalik antara labuan dan sabah..memang jika dilihat pada mata kasar feri selalu sesak dan ini bukan disebabkan kenderaan yang bertambah tapi kenaikan tambang kapalterbang yg naik sehingga 300%-400% dan semua pengguna beralih menggunakan feri untuk menjimatkan kos...kita boleh mengambil kesimpulan..mengapa jalanraya di sabah tiada satu syarikat pun yang berani mengendalikannya...tidak seperti di semenanjung yg ada PLUS dan lain lain...ini disebabkan kekurangan pengguna jalanraya di sabah...walaupun kita nampak jalanraya KK-beaufort seperti sesak tetapi itu belum mencukupi untuk menampung jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh pihak yang membina jalanraya tersebut..walaupun sehingga 30 tahun mungkin keuntungan masih belum dapat diterima..
Lebihkurang begitulah kesnya dengan jambatan Labuan...berbeza dengan jambatan Pulau Pinang..pagi dan petang pasti sesak sehingga beberapa kilometer dan itulah sebabnya ada syarikt yang berani untuk membina jambatan tersebut...
Bagi saya dan pendapat saya..perbaiki dan naiktaraflah keadaan feri sekarang..biarlah datang dan berlepas itu ontime..baikilah tandas sediada tu yang terlalu teruk dan berbau..setiap kali sebelum perjalanan bermula pasti akan di tayangkan bagaimana syarikat feri membeli feri itu di Korea..dan Karam Singh Walia turut memuji kesungguhan pihak syarikat untuk membeli feri tersebut...tetapi jika keadaan sekarang adakah Karam Singh akan memuji..fikirkanlah..saya akan buat email untuk Karam Singh dan menjemputnya ke Labuan untuk menyaksikan betapa peritnya pengguna2 feri ketika menggunakan feri tersebut...
Sehingga tahun ini saya telah menggunakan perkhidmatan feri selama 25 tahun...banyak yang telah saya tempuhi dan lihat termasuk pergaduhan...fikir fikirkan lah wahai kerajaan sabah..janganlah hadkan Landing Right itu pada sebuah syarikat sahaja...biarlah kita bersaing secara sihat..
Sampai bila beroperasi dengan satu kipas!! Dan kenapa tak beli kipas ganti? Pengalaman saya menaiki feri dengan menggunakan kapal pengiring adalah sesuatu yang menakutkan. ketika itu laut bergelora menyebabkan kapal pengiring sering kali berlaga dengan feri dan menyebabkan kereta dalam feri hampir berlaga sesama sendiri. Bagaimana pula sekiranya kipas seekong tu rosak ketika dalam perjalanan dengan laut bergelora pada waktu malam ketika trip tambahan...Saya rasa kalau tak buat jambatan pun, sekurang-kurangnya kena tambah operator ferry yang lain...
Usah dinafikan, feri selalu sesak bukanlah kerana orang beralih daripada kapal terbang kerna peningkatan tambang, tetapi KENYATAAN yang jelas ialah peningkatan ketara jumlah MANUSIA ( warganegara dan bukan warganegara)dan lori berulang-alik yang membawa bekalan makanan dari Borneo yang memasuki Labuan semakin bertambah setiap saat. Jumlah peningkatan kenderaan di Labuan juga semakin jelas dengan kesesakan jalan raya yang sering berlaku di Labuan.Sesungguhnya pembinaan jambatan amat dinantikan oleh warga Labuan dan Borneo untuk merapatkan lagi tali silaturrahim 1Malaysia mereka. Antara pengalaman yang saya rasa nak tergelak sakan ketika di feri ialah melihat kenderaan kecemasan Ambulans turut berada di situ untuk menyeberang bagi menghantar pesakit ke Hospital Kota Kinabalu.Rasanya sempat lagi orang yang tenat di dalam ambulans itu mati dua jam dan hidup semula setelah itu.Kini..kita hanya menanti apakah langkah susulan yang akan diambil bagi mengatasi isu ini yang mungkin sangat dekat di hati rakyat cheewaah..Dan seperti cadangan saya sebelum ini, sekurang-kurangnya, adakanlah beberapa feri kenderaan yang lain dan feri itu mendarat di Mempakul memandangkan jaraknya yang dekat dan tentu menjimatkan masa perjalanan. Dan..kelemahan feri sedia ada perlu diperbaiki segera.
batul tu bahh.. memang sengsara sekali apabila rakyat mau menyeberangi ke seberang.. yang menjadi punca adalah karenah birokrasi,rasuah,penyelewengan dan sikap monopoli sesetengah pihak.. hapuskan rasuahh... hapuskan pemberi dan penerima rasuahh....
Panasnya feri
jam 1.30 ptg, ahad 23/5/10.
aku bersama ibu mertua dan isteri sarat mengandung 9 bulan. dijangka bersalin di K.K pada 18/6/10.
perjalanan di dalam feri yang panas. terpaksa berkipas dgn tangan. itupun anginnya panas. adakah pihak pengurusan tidak menyedari. isteriku dan aku mengadu kepanasan......
aku mengalami heat stress yang teruk. setiba di menumbok jam 3.15 terpaksa memandu ke k.k.
keesokan harinya(24/5/10 12.30 tgh hari klinik luyang) sah aku demam panas. doktor catat pada laporan perubatan suhu mencecah 39 darjah C. nasib badan.
kepada pengurusan feri yang sentiasa memberi perkihdmatan terburuk sila la perbaiki sistem penghawa dingin. bukan nya tidak boleh berubah.. saya tidak bercakap sesuatu yang mustahilllll. tetapi memerlukan perubaha dr pengurusan.
Catat Ulasan