14 Oktober 2008

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan 2

Baru enam hari  bahagian UNMO  seluruh Malaysia bermesyuarat, Datuk Seri Najib sudah mendapat 28 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO (calon tunggal yang menerima pencalonan ketika artikel ini ditulis) dan Tan Sri Muhyiddin memperolehi 23 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden, meninggalkan dua pencabar beliau jauh dibelakang.

Menurut tinjauan Labuan Kini, UMNO Labuan juga akan mencalonkan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, masing - masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Untuk pencalonan jawatan Naib Presiden, dua calon yang dicadangkan sebelum ini telah mengubah tawaran mereka (Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin) manakala Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden mengubah pendirian disaat akhir dan kembali minta dicalonkan ke Naib Presiden. Kesimpulannya, selain Datuk Seri Zahid Hamidi, dua lagi calon yang hendak dicalonkan sebagai Naib Presiden oleh UMNO Labuan masih samar -samar.

Menurut satu sumber yang diperolehi, line-up untuk semua pencalonan ke peringkat kebangsaan cuma diketahui oleh Ketua Bahagian UMNO Labuan sendiri, dan belum dibincangkan secara umum, memandangkan mesyuarat UMNO bahagian hanya akan diadakan pada 2 November ini.

Tiada perubahan dikhabarkan mengenai status pencalonan Ketua dan Timbalan Ketua Wanita dimana Wanita UMNO Labuan sebelum ini dikatakan bercadang mencalonkan Tan Sri Rafidah dan Datuk Seri Sharizat, masing - masing sebagai Ketua dan Timbalan. Puteri UMNO Labuan juga masih tenang seperti sebelumnya dimana tiada khabar yang mereka telah mengubah pencalonan untuk Ketua sayap mereka yang sebelum ini dicadangkan untuk diberikan kepada Datin Ismalina.

Labuan Kini juga diberitahu sayap Pemuda UMNO Labuan juga menghadapi sedikit ketegangan dari dalam mengenai cadangan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda UMNO Labuan kini, Hj. Bashir Alias dikatakan mencadangkan supaya pencalonan diberikan kepada Khairy Jamaluddin, namun tidak disenangi oleh segelintir ahli yang sebelum ini cuba untuk mencadangkan Datuk Mukhriz.

Namun, memandangkan ada pertandingan dalam Mesyuarat UMNO Labuan kelak, dan adanya team A dan team B, sebarang line-up pencalonan untuk keperingkat kebangsaan hanya akan dapat diputuskan setelah mesyuarat UMNO Labuan selesai, bergantung kepada team mana yang akan menerajui UMNO Labuan nanti  melainkan Wanita dan Puteri, yang tidak menyaksikan sebarang pertandingan pada mesyuarat peringkat bahagian nanti.

11 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"FEEDBACK FOR LABUAN DIVISION"


1999-2008
7 tahun lalu, UMNO Labuan menyaksikan sendiri bagaimana YB Datuk Hj Suhaili mengambilalih ‘kepentingan’ UMNO daripada Datuk Abdul Mulok(mantan MP Labuan). Politik yang diketengahkan beliau(Suhaili) bukan sesuatu yang baru dalam budaya UMNO. Sesiapa pun jua yang memerhati perkembangan politik Labuan(sejak era 1999), pasti mengatakan perebutan kerusi antara ‘sifu’ dan ‘anak murid’ ini sesuatu yang biadap, tidak mengenang budi dan sebagainya. Lalu, isu ‘pengorbanan’ Suhaili dipolitikkan oleh kroni dan proksi beliau. Bagi mereka, perkembangan Yussof bukan sesuatu yang sihat malah mampu menggugat kestabilan UMNO Bahagian Labuan. Perlu disedari,sepanjang 7 tahun ini; apakah isu pembangunan Melayu yang dibawa beliau(Suhaili)? Selain dari mengenyangkan kroni-kroninya sendiri,membangunkan perniagaan haram, rasuah politik sudah menjadi budayanya, juga budaya UMNO sendiri.
Menyoroti kemenangan Suhaili 1999-2004,penuh dengan tipu dan muslihat!!! Kemenangan beliau selaku Ketua Bahagian 1999,menyaksikan kejatuhan Datuk Mulok yang terkenal dengan title Mr. Low Profile!!! Bahkan, kredibiliti beliau selaku ahli parlimen sendiri telah dipertikaikan rakyat Labuan keseluruhannya. Inikah calon yang dirasakan sesuai untuk membela nasib bangsa secara tulus???!!! Fikir-fikirkanlah!!!


Pemilihan 2008.
‘Sifu; vs. ‘anak murid’, sesuatu yang biadap???!!! Perkembangan ini, adalah sesuatu yang sihat. Apabila anak murid mengetahui kesilapan ‘sifu’, jalan ini adalah paling sesuai,pertandingan secara sihat. Kalau tidak, jadilah ibarat guru kencing berdiri,murid kencing berlari!!!ini lagi biadap!!!
Sampai bila lagi, orang Melayu khasnya perlu menjadi pengampu untuk meneruskan hidup??? Takkan yang salah harus dianggap benar??? Agaknya, ini yang menyebabkan kredibiliti, keupayaan serta kebolehan orang Melayu terus dipersoalkan. Pengorbanan ‘sifu’ itu, tidak harus dijadikan isu murahan untuk menarik perhatian/simpati perwakilan.
Ini kerana, perwakilan masih bijak menilai perkembangan ini sesuatu yang baru untuk memantapkan kedudukan orang Melayu Labuan khasnya.

Kesimpulan.
Kesimpulannya, sikap optimis beliau(Suhaili) mendorong kroninya terus mengorak langkah, melebarkan sayap serta menambah harta kekayaan seandainya kerusi ‘emas’ itu masih dimiliki. Dan, menjadikan YUSSOF MAHAL ‘blacksheep’ UMNO LABUAN!!!
Perlu diingatkan juga, kemenangan Suhaili bukan sesuatu yang mutlak kerana Persidangan Bahagian akan berlangsung pada 2 November ini akan menjadi titik-tolak perkembangan UMNO di Labuan. Ibarat Mat Jenin, yang menyangka langit itu dekat, hakikatnya dipandang dekat,dicapai tak dapat!!!!

Tanpa Nama berkata...

salam meet uncle shah,

bukannya untuk berpihak kepada sesiapa, atau menyalahkan sesiapa, cuma untuk memperbetulkan kenyataan dan fakta.

datuk suhaili tidak pernah melawan datuk mulok untuk jawatan ketua bahagian. jawatan itu diserahkan kepadanya tanpa pertandingan oleh allahyarham sen. datuk omar bledram yang ketika itu pemangku ketua bahagian.

melalui pemahaman saya, datuk mulok ketika itu digantung keahlian kerana mempunyai kes bpr, dimana ketika beliau telah mempengerusikan mesyuarat tender yang mana syarikat beliau sendiri memasuki tender tersebut dan jelas ada conflict of interest.

saya merupakan generasi muda, dimana ketika datuk mulok menjadi yb, saya masih dibangku sekolah rendah lagi. saya nampak jasa datuk mulok ketika menjadi yb, juga jasa datuk suhaili ketika menjadi yb. masing - masing ada pro dan con. manusia ni tidak perfect.

jatuhnya datuk suhaili mungkin kerana kawan kawan dan kroninya, tapi jatuhnya datuk mulok kerana dia sendiri. satu lagi, datuk mulok tidak pernah dikenali sebagai mr. low profile. dari mana datangnya title ini pun saya kurang pasti. 32 tahun saya di labuan, tidak pernah saya dengar beliau digelar mr. low profile.

berlainan dengan datuk yusof, datuk suhaili tidak melobi untuk jadi yb, tun daim yang menawarkan dia kerana memang datuk mulok hendak diganti. pru 1999, kalau bukan datuk suhaili jadi calon, saya jamin datuk mulok tetap tidak dapat mempertahankan jawatannya, dan diganti oleh orang lain. dia memang suda tidak disukai diperingkat persekutuan ketika itu.

sepanjang umno dibawah pimpinan datuk mulok, umno labuan tidak dipandang tinggi, berbanding dengan pimpinan datuk suhaili. saya bertanya, berapa kali datuk mulok pernah berucap di perhimpunan agung umno ketika menjadi ketua bahagian berbanding datuk suhaili? zero! kosong! kilar nya ketani.

kini, selepas era datuk suhaili, adakah datuk yussof akan diberi ruang untuk berucap pada perhimpunan agung mac 2009? saya berani tebang tiang rumah saya kalau beliau diberi peluang.

minta maaf kalau saya terkasar bahasa, pandangan saya melalui perspektif umno saja, bukan secara awam. kita berbincang mengenai umno 2008, maka pasal umno 2008 sajalah saya komen.

yang terakhir, kerusi ahli parlimen bukanlah kerusi emas. kuasa ahli parlimen ni terhad, jika tiada portfolio persekutuan. setakat elaun 5 ribu sebulan, topup lagi itu dan ini, jadi laa 12 - 18 ribu sebulan. yang hendak dijaga ni 70 ribu penduduk labuan. tak cukup ni, melainkan duit subkontraktor pasar 4.5 juta, digunakan. jangan lupa ambank mau dijaga juga.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

salam tanpa nama...
anyway,thanks for the respon. aku pn m'hargai apa pn jua jasa pemimpin2 kita,baik suhaili mahupun mulok.
no body perfect,i believe in that but kesempurnaan tu ada kalau kita cari.
amanat YAB Presiden, beri peluang kepada new comer.so, what not peluang diberi kepada orang baru???
kenapa perlu wujud, Team A or Team B???memanglah,dalam politik wujud kroni dan proks. tetapi,kita harus melihat dari perspektif yang waras. contohnya, kroni Yussof dianggap "pembelot"/kurang ajar" etc,knp team suhaili dipandang sebaliknya???
im still younger.We need a fresh idea,improvement n development of nations especially bangsa kita BRUNEI. Boleh kira, berapa kali suhaili berucap,berbahas isu pembangunan labuan???
erm,entahlah bro!!!
sometimes, malu ngan dgn bangsa sendiri...proksi,kroni,politik kotor cam budaya normal!!!
fikir-fikirkanlah!!!

Tanpa Nama berkata...

SALAM BUAT "MEETUNCLESHAH"....

Kalau dilihat usia, saudara ini berumur 19 tahun, tapi pendapat anda dalam bidang politik khususnya politik Labuan seusia umur Dato Suhaili atau umur Datuk Mulok. Cuma yang mengecewakan, ada fakta yang salah, rasanya saudara ini perlu lagi belajar memahami senario politik kini di Labuan.

Bagaimana anda boleh mengatakan kemenangan Dato Suhaili pada 1999 penuh dengan tipu muslihat?. Saudara bersama siapa ketika itu? Saya bukan berpihak kepada sesiapa, tetapi saya mendengar daripada kedua-dua pihak, dan saya boleh simpulkan yang kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Saya juga pernah mendapat diploma dalam pendidikan, ijazah dalam pendidikan, master dalam pendidikan, dan kini proses untuk mendapatkan gelaran Dr. Tetapi saya tidak pernah diajar untuk mengemukakan pendapat tanpa mengetahui kisah daripada kedua-dua pihak.

Mungkin saudara ini terlalu bangga dengan pendidikan yang sedang saudara ikuti, dan menganggap hanya idea anda saja yang betul. Jangan mendongak terlalu tinggi saudara, ingat-ingatlah juga rumput yang saudara pijak di bumi.

Saya sendiri tidak berani mengkritik kredibiliti kepimpinan Datuk Mulok dan Dato Suhaili, mahupun Datuk Yussof, kerana ketiga-tiga mempunyai cara tersendiri dalam membawa Labuan ke era pembangunan, sehingga terkenal bukan saja di Malaysia, malah di luar negara. Tapi saudara pula sungguh berani mengutarakan pendapat bagi menyebelahi satu pihak, yang belum terbukti sedikitpun jasanya di Labuan.

Saya ingin berkongsi sedikit kisah pada saudara, satu waktu dulu, keluarga saya merupakan keluarga yang amat miskin, dan hidup melarat.. setelah kepimpinan Datuk Mulok, keluarga datuk nenek saya dapat hidup sederhana kerana keadaan Labuan yang semakin baik, dan apabila kepimpinan Dato Suhaili bermula, keluarga ibu bapa, pakcik makcik saya pula menjadi semakin senang dan selesa kerana keadaan Labuan yang semakin pesat maju, walaupun tidak seorang pun keluarga kami bekerja dengan kedua-duanya, namun kami berasa bangga dengan kepimpinan mereka. Dan kini, entahlah apa yang akan berlaku kepada keluarga saya pula, kerana kepimpinan baru ini belum dapat membuktikan apa2..

Semoga saudara muhasabah diri sendiri, usah menghina pemimpin yang memimpin Labuan, kerana di dalam dunia ini tidak ada yang sempurna melainkan Allah S.W.T.

Tanpa Nama berkata...

betul tu tanpa nama,

sebaiknya kita selidik dulu sejarah, jalan cerita sebelum post comment panjang berjela, mcmlah zaman tu saudara meet uncle shah sdh aktif berpolitik. dengar cakap2 org tu belum tentu kebenarannya.
saya sendiri lebih suka memerhati sahaja perkembangan politik, sebab ilmu di dada belum cukup. yalah, umur baru setahun jagung...

lagi pula, taktik politik ni mmg kotor. kalau saudara nampak cara Suhaili tu penuh dgn tipu muslihat, bagaimana saudara terlepas pandang Yussof??? fikir-fikirkanlah.

mujako berkata...

kita sebagai blogger mempunyai tanggungjawab. sesiapa pun boleh membuat komen asalkan ianya berdasarkan fakta, dan bukan khabar angin atau emosi.

pihak labuankini tidak akan menyekat atau memadam komen - komen yang diberikan. biar pembaca yang menilai sesuatu komen itu.

labuankini cuba untuk bersikap neutral, tidak memihak kepada mana - mana pihak. perlu diingat labuankini tidak hanya membuat liputan mengenai hal - hal politik sahaja, malah perkembangan labuan secara amnya akan cuba diliputi. happy blogging kepada semua

azz berkata...

memang betul kata Mr Phd, politik sekarang memang sukar untuk di jangkakan ada baik dan keburukan nya...

Al-Rashid Zulkefli berkata...

anyway,im agree with ur comment.atas prinsip demokrasi kita harus beri peluang kepada orang baru,tidak kira siapa,backround,education dsb.
aku tak pernah bangga dgn pendidikan yang aku miliki,jauh sekali mengkritik kebolehan the politician.
kita di sini,try to be open-minded.

Tanpa Nama berkata...

mr. phd,aku rasa ko kali nganya bangga pasal pendidikan mu.aku liat nda pun meet uncle shah ani mengujah pasal penddkannya.
kamu tau blame meet uncle shah ani nganya.cuba tah kamu cari d orang muda kitani yg buleh bepikir cam bisiya ani...
anyway,idup urang brunei!!!!!tpi,nda ku tau c awang meet uncle shah ani urang mana...hehehehe

mujako berkata...

Labuankini tidak pernah atau bercadang untuk menyekat mana - mana pihak untuk membuat komen, sehinggakan 'anonymous comments' juga dibenarkan. ini dinamakan demokrasi dan kebebasan bersuara. Tetapi kalau mempergunakan 2 - 3 nama untuk menyokong, atau menutup kesilapan komen sendiri, ini dianggap menyalahgunakan kebebasan yang diberi. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, cuba diharap para pembaca bersikap matang dang bertanggungjawab atas komen - komen yang diberi. Happy blogging untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA,
KITA ALU-ALUKAN SEMUA GOLONGAN MUDA NI BAGI PENDAPAT DLM POLITIK...
DAN KITA MAHUKAN JUGA SEMUA PEMBACA OPEN MINDED..
TAPI PENDAPAT YANG DIBERIKAN BIARLAH RASIONAL, JANGAN SALAH FAKTA, ATAU JANGAN TAK CUKUP ISI, SUPAYA TIDAK ADA YANG KELIRU DENGAN SEJARAH POLITIK LABUAN. APA2 PUN MENIMBALAH ILMU PADA YANG BERPENGALAMAN, JANGAN BAGI PENDAPAT IKUT HATI DAN PERASAAN.