29 November 2008

Perkembangan Pergerakan Pemuda

Keputusan pengundian dalam mesyuarat semula Pergerakan Pemuda UMNO Labuan petang tadi hampir menyamai keputusan mesyuarat Bahagian Batu, apabila Hj Tony Noolan kalah kepada Mohd Rafi dengan beza 13 undi.

Namun kem Hj Tony Noolan hampir menggondol habis kesemua jawatan dalam pergerakan itu, dari Naib Ketua, AJK, dan G2. Kem Mohd Rafi berjaya merampas 2 lagi jawatan AJK, menjadikannya 3 dalam pusingan kali ini.

Hj Tony Noolan beserta kesemua kumpulan dalam kemnya dilihat berkumpul di kediaman Ketua Bahagian, Dato` Suhaili Abdul Rahman, berkemungkinan untuk mengadakan post mortem mengenai keputusan pemilihan yang baru berlangsung.

Harapan Labuan Kini, tidak kira siapa yang menerajui Pemuda UMNO Labuan, berharap pergerakan itu dapat bekerjasama dengan UMNO Bahagian untuk mengelakkan UMNO Labuan tidak berpecah belah dan berjalan seiring membangunkan kebajikan warga Labuan.

Labuan Kini akan cuba untuk mendapatkan keputusan undi secara lebih terperinci dari Pejabat UMNo Bahagian, Isnin ini.

Lawatan Menteri Belia & Sukan







Lapangan Terbang Labuan malam tadi sesak dipenuhi belia-belia Labuan yang menunggu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, YAB Dato` Seri Ismail Sabri Yaakob. Turut kelihatan sama menyambut beliau termasuklah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, KPE Asian Supply Base, Dato` Harris Annuar Tan, warga kerja Jabatan Belia dan Sukan, dan belia Labuan.

YAB Menteri tiba di Labuan untuk tujuan lawatan kerja selama dua hari, dan dijangka merasmikan Pusat Belia yang baru, bertempat di Ujana Kewangan sambil menghulurkan sumbangan kepada belia-belia Labuan yanng memerlukan.

Kelihatan turut mengiringi beliau kumpulan motor berkapasiti tinggi dari LA Bikers, yang diketuai sendiri oleh Dato` Harris Annuar Tan.
(p/s: harap maaf, kualiti foto kurang memuaskan)

28 November 2008

Pemuda - Menjelang Mesyuarat Ke-2


Sedikit perkembangan sebelum mesyuarat diadakan semula, esok,

1. Mesyuarat akan diadakan di Dewan Kristal, ILP.
2. Pendaftaran akan dimulakan sekitar jam 1 tengahari.
3. Seramai 98 perwakilan yang layak untuk membuang undi.
4. Kesemua jawatan dalam pergerakan itu akan dipertandingkan semula, kecuali G10.
5. Asbullah Moksin, yang sebelum ini bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda dikhabarkan menarik diri dari pertandingan. Jika perkhabaran ini benar, Hj Abd Amir menang jawatan Naib Ketua Pemuda tanpa bertanding. Hj Amir menewaskan Asbullah pada mesyuarat yang lalu dengan lebihan 5 undi.
6. Kem Mohd Rafi sebelum ini hanya dapat menawan 2 jawatan dalam pergerakan Pemuda, iaitu 1 kerusi G2 dan 1 jawatan dalam AJK, kedua-duanya dimenangi oleh En. Ismaildin.
7. Arahan untuk bermesyuarat semula pernah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung UMNO, namun diabaikan oleh UMNO Bahagian setelah Timbalan Presiden bertindak membawa perkara ini kemesyuarat pengurusan UMNO sebelum keputusan dibuat.

27 November 2008

EXPO DESANEKA



Kini sedang berlangsung Expo Desaneka anjuran Kemas Labuan, bertempat di Ujana Kewangan (pintu utama). Expo yang bermula pada 25 November lepas dijangka akan mengakhiri acaranya pada esok, 28 November.

Antara acara-acara yang menarik minat pengunjung termasuklah, pertandingan "Battle of the Band", gerai jualan (kiosk) dan pameran modded cars, atau kereta diubahsuai. Tinjauan Labuan Kini selama 2 hari ini mendapati kawasan tersebut masih sesak dikunjungi orang ramai.

26 November 2008

Tahniah 2

Labuan Kini ingin mengucapkan tahniah untuk pasukan Kriket bawah 12 tahun kita yang telah mengungguli Pertandingan Kriket Peringkat Zon MCA/MILO/MSSM yang berlangsung di Skudai, Johor. Berikut adalah artikel yang dipetik dari Daily Express, hari ini;

Labuan U-12 cricketers crowned national champions

Labuan: The budding cricketers of yesterday, have today become national champions. The Under-12 Boys Cricket Team shocked everyone with an outstanding performance at the MCA/MILO/MSSM Inter-Zone Cricket competition held at Skudai, Johor.

"It surely is breaking news for Labuan sports especially since Labuan cricket had never made a scratch anywhere and had just been promoted not long ago," said a delighted Secretary of the Labuan Cricket Association (LACA) Kuhendran Navaratnam.

He said that the best Labuan had achieved so far was 3rd placing in a fairly important competition.

The Labuan team comprised of Muhd Amirul Ambran, Abdul Hini Jolson, Mohd Alliferdeus Ahmad Kassim and Abdul Razid Salim, all of them attending schools here.

Coach Marzuki Abdullah said the Labuan team combined with four other youngsters from Kuala Lumpur to overcome challenges and bested teams from Penang, Johor, Kelantan, Malacca, Sabah and Sarawak. He said the outstanding players in the matches were Razid and Hini.

In the final, they batted 154 runs in 14 overs against Malacca/Kelantan who managed to knock 108 runs, "Giving us a 46-run victory," Marzuki said.

The team was given a fitting greeting at the airport upon arrival with LACA President Dr Ramli Tahir and others welcoming the team. Ramli said LACA had a 5-year plan to develop cricket in Labuan.

He said that LACA needed nets, enclosures for practices/training, cricket wicket and pitch. Ramli added that LACA would seek help on this from Labuan Corporation MCA.

Tahniah

Labuan Kini ingin mengucapkan tahniah kepada atlet kita yang berjaya mengumpul 6 pingat emas dalam acara angkat berat pada Karnival Sukan Pelapis Inter-State yang berlangsung di Ipoh, Perak. Antara yang berjaya membawa pulang pingat adalah;

1. Maria Vanessa Duang (2 Emas - Bawah 17, 58kg)
2. Elisah Louis (2 Emas - Bawah 17 85kg)
3. Nur Farisah Ismail (2 Emas - Bawah 21 58kg)
4. Yusra Ahmad (1 Perak - Bawah 17, 94kg)
5. Mohd Arifin Zainal (2 Gangsa - Bawah 17, 62kg)

Diharap kejayaan mereka dapat membakar semangat warga muda Labuan dalam menceburi bidang acara angkat berat.

25 November 2008

Nasihat YB

Hari ini tersiar satu artikel dalam New Sabah Times mengenai nasihat atau teguran dari YB Datuk Yussof Mahal kepada pergerakan Pemuda UMNO Labuan, yang akan bermesyuarat semula 29 November ini.

Kenyataan beliau yang sebelum ini juga ada disiarkan di Berita Harian dan Utusan Borneo, mengundang pelbagai reaksi penduduk Labuan, khususnya ahli-ahli UMNO. Ada yang berpendapat YB tidak berhak untuk menegur pergerakan Pemuda UMNO, apatah lagi melalui kenyataan dalam akhbar, kerana beliau kini hanya bergelar ahli biasa, tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Tambah mereka lagi sepatutnya yang membuat teguran sedemikan adalah dari kalangan pemimpin atasan UMNO Labuan sendiri, seperti Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, atau kepimpinan tertinggi sayap-sayap parti yang lain, seperti Wanita dan Puteri.

Seorang ahli pemuda yang ditemui Labuan Kini juga kesal dengan kenyataan YB Datuk Yussof yang meminta pergerakan itu menjauhi penipuan. "Ini membuatkan orang beranggapan Pemuda sebelum ini ada membuat penipuan dalam mesyuarat, sedangkan masalah terlebih satu undi itu sudah disahkan sebagai hanya masalah teknikal" katanya lagi.

Untuk rekod, mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Labuan yang berlangsung 1 November lalu menyaksikan Hj Tony mendapat 66 undi, dan Mohd Rafi 32 undi. Mohd Rafi membuat bantahan kerana cuma ada seramai 97 perwakilan yang membuang undi, dan kiraan jumlah undi mendapati ada 98 kertas undi.

Berikut adalah salinan kenyataan YB Datuk Yussof Mahal dalam New Sabah Times, hari ini;

Mesyuarat Pemuda Umno Labuan diharap berjalan lancar: Yussof

25th November, 2008

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Yussof Haji Mahal berharap perjalanan mesyuarat Pergerakan Pemuda Um-no Bahagian Labuan akan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya se-barang kegagalan yang boleh mencacatkan mesyuarat itu lagi yang akan diadakan semula pada 29 November ini.

Katanya, kegagalan pihak Pemuda untuk mengadakan mesyuarat boleh memberi kesan yang tidak baik kepada parti secara keseluruhanya.

“Seperti yang sedia maklum, arahan mesyuarat semula bukan sahaja diha-dapi oleh Pergerakan Pemuda Umno Labuan, malah beberapa bahagian di negeri-negeri lain turut mengalami na-sib yang sama.”

Justeru itu adalah wajar untuk ahli perwakilan mematuhi dan mengikuti sepenuhnya etika dan peraturan ketika bermesyuarat dan apa yang lebih penting lagi jauhilah penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan ber-mesyuarat semula oleh Jawatankuasa Pengurusan parti Umno.

Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu diarahkan bermesyuarat semula oleh Jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Ra-zak pada 17 November lalu selepas mendapati wujudnya kesilapan teknikal ketika penjumlahan undi.

Sementara itu, Pejabat Umno Ba-hagian Labuan mengesahkan mesyuarat semula itu akan diadakan semula pada 29 November ini, bagaimanapun menurut sumber pejabat itu, pihaknya masih lagi mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

Terdahulu sebelum itu, Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Da-tuk Haji Isli dalam kenyataanya menjelaskan mesyuarat semula Pergerakan Pemuda itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan perhubungan Umno Wilayah dan dipantau oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Pada mesyuarat pergerakan itu yang diadakan pada 1 November lalu, calon sekutu Datuk Haji Suhaili Abdul Rah-man, Haji Tony Noolan menang dengan 66 undi berbanding pencabarnya sekutu Datuk Haji Yussof, Mohd. Rafi Alli Ha-ssan yang mendapat 32 undi, menjadikan jumlah kertas undi yang dikira kepada 98 berbanding jumlah perwakilan yang hadir hanya seramai 97 orang.

Akibat daripada keputusan yang bercanggah itu, Mohd. Rafi dilaporkan telah membuat laporan ke Ibu Pejabat Umno di peringkat pusat dan pejabat itu telah mengarahkan Pergerakan itu mengadakan mesyuarat semula pada 9 November lalu, tetapi diabaikan oleh Umno bahagian Labuan untuk dirujuk ke Jawatankuasa pengurusan parti yang membuat ketetapan supaya ia diadakan semula pada 29 November ini.

24 November 2008

Pungutan Suara

Mulai hari ini, Labuan Kini akan membuat pungutan suara melalui poll mengenai sistem komen pada artikel dalam laman blog ini. Ianya dirasakan perlu kerana akhir-akhir ini, ruangan komen selalu disalahgunakan sebagai ruangan perang komen, komen berunsur hasutan dan fitnah, serangan terhadap individu dan komen yang tidak membina.

Perkara yang sama juga pernah terjadi dilaman blog sahabat, WILAYAHKINI dan mereka bertindak menapis semua komen-komen sebelum disiarkan. Blog rasmi Ahli Parlimen Labuan, Blog Suara juga menggunakan pendekatan yang sama untuk menapis komen-komen yang tidak membina.

Ruangan komen disediakan untuk memberi kebebasan kepada para pembaca mengeluarkan apa yang hendak diluahkan berkenaan artikel yang disiarkan. Nampaknya kebebasan tersebut selalu disalahgunakan. Labuan Kini kerap kali menegaskan bahawa tidak berpihak kepada sesiapa, dan cuba untuk bersikap neutral dengan apa saja isu yang berlaku di pulau tercinta ini. Cuma kadangkala komen-komen yang dihantar seolah-olah Labuan kini ditaja oleh sesetengah pihak. Ditegaskan sekali lagi, Labuan Kini adalah laman blog yang menyiarkan keadaan semasa yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan, merangkumi segi politik, hal ehwal semasa, gaya hidup dan perkembangan terkini. Labuan Kini bukanlah dihasilkan untuk menaikkan satu pihak dan menjatuhkan pihak yang satu.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku, poll ini dirasakan perlu kerana Labuan Kini meriah kerana pengunjungnya, jadi biar pengunjungnya yang membuat keputusan. Poll ini akan dijalankan selama sebulan, dan segala keputusan dari poll tersebut akan menentukan konsep yang digunakan untuk ruangan komen dilaman blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

23 November 2008

Futsal


Petang tadi ada berlangsung Pertandingan Futsal anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan bertempat di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan. Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan yang bermula sekitar jam 2 tengahari tadi berakhir kira-kira jam 6.30 petang menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh pasukan Pemuda FC, tempat kedua oleh Team MARA, manakala tempat ketiga dikongsi oleh dua pasukan, Lucky FC dan Giuk Bulu.

Turut kelihatan ketika pertandingan tersebut berlangsung termasuklah Veteran UMNO, Datuk Isli Siput, Naib Presiden 2 Majlis Belia Wilayah Persekutuan, A Samad Ismail. Presiden Majlis Belia Wilayah tidak kelihatan ketika pertandingan tersebut berlangsung.

20 November 2008

Kerana YouTube Badan Binasa


Kelmarin, Labuan Kini ada diberitahu bahawa Tn Hj Bashir Hj Alias (Naib Ketua UMNO Labuan) ada membuat laporan polis dibalai polis Labuan, berhubung penyiaran klip video beliau yang disiarkan oleh seseorang dilaman YouTube. Dalam laporan tersebut, Tn Hj Bashir meminta pihak polis membuat siasatan keatas pengirim klip video tersebut, beranggapan ianya satu percubaan untuk menjatuhkan beliau. Labuan Kini tidak menghebahkan perkara ini kelmarin kerana ianya terlalu awal untuk digembar gemburkan, dan siasatan polis masih dijalankan.

Hari ini Labuan Kini menerima satu lagi khabar yang kononnya Mohd. Rafi ada menelefon Ketua Puteri Labuan, Pn Rahimah mengugut untuk mengemukakan saman terhadap blog Puteri UMNO Labuan. Mohd. Rafi menyatakan kononnya ada artikel atau komen-komen pembaca dilaman blog tersebut yang cuba untuk menjatuhkan martabat atau menyentuh hak-hak peribadi beliau. Ini dikatakan sedikit sebanyak mengganggu kedudukan beliau selaku salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO Labuan. 

Untuk rekod, sayap Pemuda UMNO Labuan diarahkan untuk bermesyuarat semula, dan dijangka akan mengadakannya pada 29 November ini.

Labuan Kini sebelum ini ada menegaskan bahawa tidak terlibat dengan sebarang, penyiaran klip video, artikel, atau gambar-gambar yang disiarkan diluar laman blog Labuan Kini. Sebarang komen, atau akaun dilaman lain yang menggunakan nama Labuan Kini bukanlah kepunyaan Labuan Kini. Labuan Kini hanya sekali sekala, ada menghantar komen pada artikel yang disiarkan di laman blog sahabat, iaitu WILAYAHKINI.

Pemberitahuan

Labuan Kini sebelum ini menerima banyak aduan dan email mengenai kesukaran para pengunjung untuk melawati laman blog Labuan Kini. Untuk menyenangkan semua pihak, Labuan Kini sekarang boleh dilawati melalui dua alamat seperti dibawah;

http://www.labuankini.net
http://www.labuankini.com

Semoga dengan pendekatan ini, laman blog Labuan Kini lebih mudah untuk dikunjungi. Terima Kasih

Pemuda - Bila Nak Jadi?

Petikan dari New Sabah Times, 20 November. Ulasan dari Labuan Kini dibawah

Pergerakan Pemuda Umno Labuan diarah bermesyuarat semula

19th November, 2008

LABUAN: Kemenangan Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan, Haji Tony Noolan Datuk Haji Isli bersama jawatankuasa barunya hanya bertahan selama 17 hari, apabila mesyuarat pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu dibatalkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Umno yang bermesyuarat pada Isnin.

Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Datuk Haji Isli ketika dihubungi petang kelmarin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan mesyuarat pemilihan Pergerakan Pemuda yang diadakan sebelum ini sebagai tidak sah dan diarah untuk bermesyuarat semula.

Menurut Rozman, beliau dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu oleh Ketua Umno Bahagian Umno Labuan, Dato’ Haji Suhaili Abdul Rahman melalui panggilan telefon. Datuk Haji Suhaili kini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi.

“Datuk Suhaili telah dihubungi oleh Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, mengenai pembatalan itu dan mengarahkan supaya Pergerakan Pemuda Umno Labuan bersedia untuk mengadakan mesyuarat semula dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya.

Rozman berkata, beliau telah di-maklumkan secara sepintas lalu, bahawa semua perjalanan mesyuarat kali ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Perhubungan Umno Wilayah dan dipantau oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia.

“Bagaimanapun kita masih lagi menunggu surat rasmi daripada ibu pejabat Umno pusat mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Pejabat Umno Bahagian pada 5 November lalu telah menerima surat arahan mesyuarat semula yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia supaya pergerakan itu bermesyuarat semula pada 9 November lalu, bagaimanapun ia ditangguhkan selepas arahan itu dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Umno oleh Umno Bahagian Labuan.

Sementara itu, New Sabah Times di sini telah difahamkan pembatalan mesyuarat itu ada kaitan dengan bantahan yang dibuat oleh calon Ketua Pemuda yang tewas, Mohd Rafi Ali Hassan yang mendakwa berlaku ‘pengundi hantu’ pada sesi pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu.

Mohd. Rafi dari kem Datuk Haji Yussof mendakwa kemenangan Ketua Pemuda Umno yang baru, Tony Noolan adalah tidak sah kerana mendapati jumlah kertas undi yang dikira melebihi satu undi daripada jumlah kehadiran perwakilan.

Pada sesi pengundian itu, calon Tony Noolan Datuk Haji Isli memperolehi 66 undi, manakala Mohd. Rafi mendapat 32 undi yang menjadikan jumlah kertas undi yang dikira sebanyak 98 berbanding perwakilan yang layak mengundi hanya 97 orang.

Sementara itu, Haji Tony Noolan yang dihubungi kelmarin, akur dengan keputusan yang dibuat oleh ibu pejabat Umno itu.

“Saya serah kepada perwakilan untuk menentukan sekali lagi nasib perjuangan saya… Saya tidak dihantui oleh perasaan takut… menang dan kalah adat dalam pertandingan,” katanya.

Dalam waktu yang sama beliau berharap agar pemilihan kali ini dapat dijalankan dengan baik tanpa berlakunya sebarang perbuatan yang tidak diingini sehingga boleh me-rosakkan kemenangan seseorang.

Sementara itu, beberapa pemerhati politik mula membuat andaian, mes-yuarat yang akan diadakan semula ini tidak akan merubah nasib Haji Tony, malah ada yang memperakui Haji Tony mungkin akan meraih undi yang lebih besar.

Menurut mereka, Haji Tony yang bersekutu dengan Suhaili yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian selain menyapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan boleh meletakkan harapan yang lebih tinggi kepada Tonny untuk mengekalkan kemenangannya.

Bagaimanapun ada juga yang me-ramal sekiranya Mohd. Rafi dan kumpulannya memenangi jawatan yang dipertandingkan termasuk G10, ia mampu mengubah semula senario politik Umno yang dipimpin oleh Suhaili.


1. Mohd. Rafi sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa peti undi mungkin ditukar ketika wakilnya keluar membuang undi.
2. Hj Tony Noolan sebelum ini ada mengumpul 60 tandatangan dari perwakilan untuk menolak usul untuk bermesyuarat semula. Jika kesemua 60 perwakilan ini tidak berpaling tadah disaat akhir, Hj Tony dijangka akan mempertahankan kemenangannya dengan undi yang lebih besar.
3. Hj Abdullah Amir menewaskan pencabarnya hanya dengan 5 undi sahaja untuk jawtan Naib Ketua Pemuda. Untuk Rekod, Hj Amir adalah orang nombor 2 Hj Tony Noolan.
4. Untuk Makluman, kesemua bahagian-bahagian bermasalah yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan UMNO di Putrajaya, hanya Pemuda Labuan sahaja yang diarah untuk bermesyuarat semula. Bahagian Batu dan Seputeh disahkan statusnya dan tidak perlu bermesyuarat semula.


17 November 2008

Pemuda - Dah Sah Jadi!


Labuan Kini mendapat maklumat malam ini bahawa sayap Pemuda UMNO Labuan diarahkan untuk bermesyuarat semula. Mesyuarat semula itu hendaklah diadakan dalam tempoh 14 hari dari sekarang. Seorang ahli Pemuda yang dihubungi ada mengesahkannya dan menunggu Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili pulang untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Labuan Kini akan cuba mendapatkan maklumat dari Pejabat UMNO Labuan, esok.

Malam ini dikhabarkan juga Pemuda Labuan ada mengadakan mesyuarat tergempar, namun tidak dapat dipastikan tempat dan masa.

Harga Petrol Dan Diesel Turun Lagi!

Harga petrol dan diesel diseluruh negara turun lagi mulai esok. Dibawah adalah kenyataak yang dipetik dari Utusan Online hari ini;

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05. 


Mudah-mudahan dengan penurunan harga petrol dan diesel ini, harga barang-barang lain turut turun juga.

14 November 2008

Blog Suara YB Datuk Yussof


Selepas Labuan Kini menyiarkan artikel mengenai Blog Suara YB Datuk Haji Yussof Mahal, Labuan Kini mendapat pelbagai reaksi dari beberapa pengunjung blog berkenaan melalui emel. Ada yang beranggapan blog tersebut kurang aktif, tidak di kemaskini dan ada pula yang merungut kerana komen yang mereka hantar tidak dipaparkan, atau diluluskan untuk paparan.

Labuan Kini tidak dapat menyentuh mengenai cara seseorang blogger itu mengendalikan komen-komen yang dihantar kerana ianya adalah bergantung kepada blogger itu sendiri dan berkemungkinan komen-komen disekat untuk mengelakkan "perang komen" atau menapis komen-komen yang tidak membina atau tidak berkenaan dengan isi kandungan blog tersebut. Laman blog Wilayahkini juga sudah mula menapis komen-komen, untuk mengelakkan "perang komen" dan komen-komen yang tidak membina.

Namun Labuan Kini ada berita baik untuk semua pengunjung blog Suara. Tinjauan Labuan Kini mendapati pengendali laman blog berkenaan suda mula peka dan menegaskan yang laman blog tersebut akan dikemaskini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang membabitkan YB kita, YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal.

Berikut adalah ulasan dari pengendali laman blog berkenaan;

Thank you and tahniah for posting comments. The BLOG will definitely be updated constantly for people in general to know the development and activities caried out by the MP and his officers. Of course, the beginning may have some slowdown in putting in the information.

There had been plans earlier to turn this BLOG as a platform for the people not only in Labuan but the whole Malaysia to give positive input to be shared among Malaysian in particular.

To be more specific, we are putting in activities as well as MP's motion tabled in Parliament soon.

To this, we need to be more cautious in selecting materials. 

We are confident that, we sould be able to turn this BLOG in such a way (with profesionalism to be taken into account.)

The Labuan Parliament Office strongly hopes the sincere supports from people at all level towards the creation of this BLOG.

For those who have posted comments, Congratulation and thank you for your ideas and supports.
 

Labuan Kini akan sentiasa memberi sokongan kepada pengendali blog Suara, baik secara langsung atau tidak.

12 November 2008

Nasib Pemuda UMNO Labuan

Hari ini merupakan penentu bagi sayap Pemuda UMNO Labuan, menantikan keputusan mesyuarat pengurusan UMNO Pusat sama ada perlu bermesyuarat semula atau tidak. Hampir kesemua warga kerja yang terlibat dalam mesyuarat Pemuda UMNO 1 November lepas dilihat tidak senang duduk, menunggu keputusan dari UMNO Pusat.

Kronologi Mesyuarat Pemuda UMNO 2008.

1. Mesyuarat diadakan sehari awal daripada Mesyuarat Bahagian, bimbang ianya akan mengambil masa yang lama untuk selesai memandangkan kesemua jawatan dalam sayap itu dipertandingkan.
2. Mesyuarat menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara kumpulan Mohd. Rafi Ali Hasan dan kumpulan Hj Tony Noolan Datuk Isli. Mohd. Rafi dilihat pro kepada kumpulan YB Datuk Yussof Mahal, sementara Hj Tony dikatakan mendapat sokongan padu dari Ketua Bahagian, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
3. Pengiraan undi yang selesai hampir lewat malam itu menyaksikan kumpulan Hj Tony hampir memenangi kesemua jawatan dalam Pemuda, kecuali satu kerusi G2 dan satu kerusi AJK, yang dimenangi oleh Ismaildin Hj Yaacob, orang yang dikatakan berada dalam kumpulan Mohd. Rafi.
4. Kumpulan Mohd. Rafi membuat bantahan mengenai keputusan undi Ketua Pemuda, kerana terdapat lebihan kertas undi pada undian. Perwakilan yang hadir adalah seramai 97 orang, manakala jumlah undi untuk Ketua Pemuda adalah sebanyak 98 undi (Mohd. Rafi mendapat 32 undi, Hj Tony memperolehi 66 undi). Bantahan Mohd. Rafi bagaimanapun ditolak oleh pemantau mesyuarat ketika itu, kerana ianya dianggap masalah teknikan yang kecil dan tidak mempengaruhi keputusan pengundian, walaupun dibuang satu kertas undi.
5. Mohd. Rafi selepas itu dikatakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, dan mengumpul tandatangan dari beberapa ahli Pemuda untuk menyokong usul beliau supaya mesyuarat Pemuda UMNO diadakan semula.
6. Pejabat Setiausaha Agung UMNO menghantar surat makluman kepada UMNO Bahagian pada 5 November, mengarahkan supaya mesyuarat Pemuda UMNO mesti diadakan semula sebelum 9 November. Surat itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung sendiri ada menyatakan bahawa beliau ada memaklumkan dan berbincang perkara ini dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
7. Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, beserta dengan Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berjumpa dengan Timbalan Presiden UMNO keesokan harinya untuk membuat penjelasan dan meminta campurtangan beliau dalam hal ini.
8. Pada malam 7 November, Dato` Suhaili ketika transit di Labuan dalam perjalanan dari KL ke KK, mengadakan perjumpaan sekejap dengan Pemuda UMNO, juga turut dihadiri oleh Ketua Wanita, Ketua Puteri, beberapa AJK Bahagian dan ketua-ketua kampung di Lapangan Terbang Labuan.
9. Dalam perjumpaan yang berlangsung selama setengah jam tersebut, Dato` Suhaili menerangkan bahawa surat dari Pejabat Setiausaha Agung itu boleh diabaikan kerana keputusan untuk bermesyuarat semula telah dibatalkan oleh Timbalan Presiden UMNO, dan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat pengurusan, Rabu ini untuk dibincangkan. Hj Tony Noolan juga ada menghantar senarai tandatangan dari 60 perwakilan Pemuda yang membantah keputusan untuk bermesyuarat semula, untuk diajukan ke UMNO Pusat.
10. Dato` Suhaili juga ada mengatakan bahawa TImbalan Presiden UMNO menafikan ada berbincang perkara ini dengan Setiausaha Agung UMNO, sebelum ini.
11. Hari ini (Rabu) merupakan hari penentu buat Pemuda UMNO sama ada perlu bermesyuarat semula atau tidak.

Pemuda UMNO Labuan juga dikatakan ada mengadakan Majlis Makan Malam  bertempat di SaraHotel semalam. 

Update : 13/11/08 Labuan Kini difahamkan oleh UMNO Bahagian Labuan bahawa mesyuarat pengurusan yang sepatutnya diadakan kelmarin ditunda ke 17 November. Perkara ini juga disahkan oleh seorang ahli Pemuda yang ketika ini berada di Kuala Lumpur.

11 November 2008

Mesyuarat AJK Bahagian





























Satu Mesyuarat AJK Bahagian UMNO diadakan semalam, yang dihadiri oleh semua AJK Bahagian, Pemuda, Puteri, dan Wanita. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Dato` Suhaili ABdul Rahman. Antara agenda yang dibincangkan termasuklah melantik semula Setiausaha, Bendahari, Penerangan dan AJK Lantikan yang baru.

Mesyuarat yang bermula pada 8 malam itu selesai  sekitar jam 10 malam.

10 November 2008

Pemberitahuan


Labuan Kini tidak mempunyai sebarang akaun, apatah lagi menghantar komen, video atau benda-benda yang tidak sepatutnya di laman YouTube.com. Segala komen atau gambar/video yang dipos di lain-lain tempat atau laman web selain blog ini bukanlah dari pihak Labuan Kini.

Oleh itu, Labuan Kini tidak akan bertanggungjawab atas semua komen, atau bahan-bahan lain yang dipos diluar laman blog Labuan Kini.

Berkemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mensabotaj atau memburukkan imej Labuan Kini, oleh itu "Pemberitahuan" ini dirasakan perlu supaya Labuan Kini tidak akan dikaitkan dengan mana-mana bahan yang diterbitkan diluar laman blog ini kelak.

Terima Kasih,

Labuan Kini

09 November 2008

Pahlawan Labuan





Pagi tadi telah berlangsung majlis memperingati perang dunia ke-2 yang diadakan di Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2, Membedai.

Majlis tersebut dihadiri oleh waris-waris, sanak saudara, kawan-kawan pahlawan yang gugur di bumi Labuan ketika perang dunia ke-2, baik dari dalam maupun luar negara. Turut dilihat hadir termasuk wakil-wakil dari  Kedutaan Besar Australia, Kedutaan Besar New Zealand, pembesar-pembesar Angkatan Tentera Malaysia (TUDM, TLDM, TDDM) Persatuan Bekas Polis, Persatuan Warga Tua, The Lions Labuan dan beberapa pemimpin setempat. 

Sungguhpun Labuan mengalami hujan lebat pagi ini, majlis tersebut tetap diteruskan juga.

07 November 2008

Pemuda - Dah Tak Jadi?


Satu perjumpaan diantara Pemuda UMNO, beberapa pemimpin dari Bahagian, Puteri, Wanita dan Ketua Bahagian UMNO, Dato Suhaili di Lapangan Terbang Labuan malam tadi. Perjumpaan tersebut bermula kira-kira jam 9.50 malam dan selesai setengah jam kemudian.

Antara tujuan utama perjumpaan tersebut adalah untuk UMNO Labuan, terutama sayap Pemuda mendengar sendiri status Mesyuarat Pemuda yang berlangsung pada 1 November yang lepas. "Lebih baik Pemuda mendengar sendiri dari Dato` Suhaili terus secara langsung, daripada dipesankan melalui pihak ketiga", kata salah seorang yang hadir pada pertemuan tersebut.

Mengikut apa yang diterangkan oleh Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili, arahan untuk bermesyuarat semula oleh Pejabat Setiausaha Agung UMNO tidak digunapakai dan boleh diabaikan. Ini kerana setelah Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan Rafique ketika membincangkan kejadian-kejadian yang berlaku pada beberapa UMNO Bahagian di Wilayah dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini, YAB TPM akan membuat keputusan kes-kes yang berlaku di Wilayah (3 kes kesemuanya, Bahagian Seputeh, Puteri Bukit Bintang dan Pemuda Labuan) pada mesyuarat pengurusan UMNO, rabu ini. "Kita akan tahu keputusan mengenai Pemuda Labuan seawal petang rabu, ataupun paling lambat hari khamis", kata Dato` Suhaili. "Surat dari Setiausaha Agung ada menyatakan beliau telah berbincang dengan Datuk Seri Najib, tapi Datuk Seri Najib menafikan ada berbincang dengan Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai perkara ini", katanya lagi.

Antara yang hadir pada pertemuan tersebut termasuklah Ketua Pemuda, Hj Tony Noolan, Timb. Ketua Pemuda, Hj Abd. Amir, Ketua Puteri, Pn Rahimah Lamat, Ketua Wanita, Pn Hjh Aini Safar, Setiausaha Bahagian, Rozman Datuk Isli,  Pengerusi Tetap, Latiff Hamdan, Timbalan Pengerusi Tetap, Arif Buang, pengasas UMNO Labuan, Datuk Isli Siput dan ketua-ketua kampung.

Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih, Hj Tony Noolan juga dikatakan telah mengumpulkan tandatangan daripada 62 perwakilan Pemuda membantah arahan untuk bermesyuarat semula dan diserahkan kepada Dato` Suhaili untuk diajukan kepada ibupejabat, malam tadi.

06 November 2008

Pemuda - Apa Dah Jadi?

Belum pun sempat reda bahang mesyuarat UMNO Labuan minggu lepas, kini pihak Labuan Kini mendapat satu lagi khabar yang akan merubah sejarah politik UMNO di Labuan. 

Labuan Kini mendapat khabar bahawa mesyuarat Pemuda UMNO Labuan akan diadakan semula, berikutan bantahan dari pihak yang kalah. Ketua Pemuda Lajau dikatakan dari awal minggu lagi membawa kertas petisyen meminta tandatangan para pemuda untuk menyokong usul supaya mesyuarat diadakan semula. Ini berikutan pengundian ketua pemuda terlebih satu kertas undi, dari perwakilan yang hadir.

Ada yang berpendapat Mohd. Rafi, yang membawa ramai kaum kerabatnya dari tanah besar ketika mesyuarat diadakan sabtu lalu, tidak dapat menerima kekalahannya yang memperlihatkan dia mendapat kurang daripada separuh undi berbanding apa yang Hj Tony dapat. Mohd. Rafi berpendapat ianya tidak masuk akal kerana timbalannya hanya kalah dengan beza 5 undi sahaja dari Hj Abdullah Amir, timbalan Hj Tony. Untuk makluman, arahan untuk diadakan mesyuarat semula dikeluarkan oleh pejabat setiausaha agung UMNO. Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili dan Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dikhabarkan akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri untuk memalkumkan sendiri keadaan yang berlaku di UMNO Labuan.

Labuan Kini juga dimaklumkan jika diadakan juga mesyuarat semula, berkemungkinan jawatan G10 tidak akan dipertandingkan, kerana mesyuarat bahagian sudah selesai.

Labuan Kini cuba mendapat komen dari beberapa pemuda UMNO Labuan, namun tidak banyak yang dapat direkodkan, kerana berita ini hanya diketahui lewat malam semalam. Salah seorang pemuda ketika ditanya secara berseloroh berkata "kalau dia boleh minta sign petition, kita pun boleh buat petition untuk halau dia dari Labuan kerana cuba memecah belahkan orang Labuan". "Kalau mesyuarat diadakan semula kerana dianggap ada unsur penipuan, bukan kita saja yang malu, malah pemerhati dari UMNO semenanjung yang kita jemput tu pun malu kerana mereka seolah-olah dianggap bersekongkol, bersubahat membuat penipuan", kata seorang lagi pemuda UMNO Labuan

Update : Pejabat UMNO Bahagian sudah dapat surat dari Pejabat Setiausaha Agung UMNO Pusat memaklumkan bahawa mesyuarat Pemuda UMNO Labuan hendaklah diadakan semula sebelum 9 November ini. Ianya akan membabitkan pengundian semula semua jawatan dalam Pemuda, dari ketua hingga ahli jawatankuasa. Bagaimanapun Labuan Kini difahamkan pengundian semula G10 tidak akan diadakan semula, dan senarai G10 yang dibuat minggu lepas kekal. Ini mungkin berikutan mesyuarat Bahagian telah selesai dibuat dan tidak nampak keperluan untuk mengundi senarai G10 semula.

Untuk menjaga kepentingan semua pihak, Labuan Kini tidak lagi membenarkan sebarang komen dipos dalam artikel ini kerana kebanyakan komen yang dipos adalah merupakan serangan peribadi dari satu pihak ke satu pihak, dan bukan membincangkan perkara-perkara yang disentuh dalam artikel.

05 November 2008

Blog YB Datuk Yussof Mahal


Untuk memberi ruang kepada warga Labuan mendekati dan mengadu permasalahan kepada Ahli Parlimen, blog "Suara YB Datuk Haji Yussof Mahal" telah dilancarkan pada 9 September yang lepas. Blog ini akan menjadi jambatan alternatif untuk menyampaikan sebarang maklumat, pesanan dan kenyataan dari Pejabat Ahli Parlimen.

Laman blog tersebut boleh dilawati  disini.

Diharap blog itu nanti akan sentiasa dikemaskini dan segala permasalahan yang akan dikemukakan melalui laman blog itu nanti akan cepat diberi perhatian oleh Ahli Parlimen kita, YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal.

Dalam berita lain, Labuan Kini difahamkan UMNO Labuan juga akan menerbitkan laman blog mereka sendiri. Tidak pasti sama ada ianya diterbitkan untuk UMNO Bahagian keseluruhannya atau dipecahkan penerbitannya secara berasingan, mengikut sayap-sayap parti. Setakat ini, hanya sayap Puteri UMNO Labuan sahaja yang mempunyai laman blog sendiri.

Barisan Kepimpinan UMNO Labuan

Bahagian

Pengerusi Tetap : A. Latiff @ Abdul Rajid Hamdan
Timb. Pengerusi Tetap : Arif @ Jali Buang
Setiausaha : Rozman Datuk Isli
Penerangan : Dato` Harris Hj Annuar Tan
Bendahari : Sulaiman Sujut

Ketua Bahagian : Dato` Suhaili Abdul Rahman
Timb. Ketua Bahagian : Datuk Yunus Kurus
Naib. Ketua Bahagian : Hj Bashir Hj Alias

AJK Bahagian :
Hj Alias Hj Mohamad Hj. Abd. Majid Hj Magal
Hj Kula Hj Abd Ghani Hj Sulaiman Wanchi
Hj Abd. Samat @Latip Maidin Hj Rahim Hj Durasit
Harun Damit Saminan Ismail
Ismail Pg. Mohd Yassin Ismar Hj Talib
Ilham Hj Mohd Ismail Mustaffa Tangkim
Rusli Hj Sapar Jumahat Kadir
Hj Brahim @Gayoh Malan Hamzani Hj Yaccob
Hj Sudin Omar Hj Alias Hussin
Hussein Salleh Omar Masir

Pemeriksa Kira Kira :  1. Hj Harris Hj Abdullah
2. Hj Hussin Wali

Pemuda

Pengerusi Tetap : Roslee Hj Omar
Timb. Pengerusi Tetap : Gapar Hj Yunus

Ketua Pemuda : Hj Tony Noolan Datuk Isli
Timb. Ketua Pemuda : Hj Abd. Amir Abd. Rahman

AJK Pemuda:
Irwan Md Said Morsidi Juanah
Rosman Kamis Sabli Hj Jinin
Ramlee Salim Faisal Talip
Jumat Talip Md. Haizi Md. Salleh
Musyadi Rahman Hassan Hj. Razali
Md. Rizaini Abd. Ghani Faizal Hj Lakat
Roslie Hj Dahlan Ismaildin Hj Yacob
Zainal Hj Bongsu

Puteri

Pengerusi Tetap : Liza Binti Amat
Timb. Pengerusi Tetap :  Niswati Binti Tarji

Ketua Puteri :  Rahimah Hj Lamat
Naib Ketua Puteri : Noridawati Hj Abd. Ghani

AJK Puteri :
Rita Shabudin Hasimah Karim
Rina Rahman Noraidawati Osman
Siti Salwa Suhili Nurul Shuhada Martan
Norazlina Karim Kusnah Matri
Kazlina Kassim Yanti Aspar
Aryantie Zakaria Norasikin Osman
Sahadiah Mangsur Nooreney John
Zuraimah Md. Tahir

Kepimpinan Wanita akan dipos sejurus LabuanKini menerima data dari Bahagian.

04 November 2008

Keputusan Pengundian UMNO Bahagian Labuan

Berikut adalah keputusan undi pada 2 November yang lalu.

Pengerusi Tetap
1. Hj. Abdul Rahman Hj. Lamudin (64)
2. A. Latif Hamdan (124)

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Awg. Kalong Hj. Said (60)
2. Arif @ Jali Buang (128)

Ketua Bahagian
1. Dato Suhaili Abdul Rahman (129)
2. Datuk Yussof Mahal (59)

Timbalan Ketua Bahagian 
1. Drs. Harun Pudin (58)
2. Datuk Yunus Kurus (130)

Naib Ketua Bahagian
1. Hj. Pungut Hj. Ibrahim (54)
2. Hj. Bashir Hj. Alias (134)

G7, AJK dan Pemeriksa Kira-kira kesemuanya dimenangi oleh kumpulan Dato Suhaili. Senarai akan dipos kelak, beserta dengan ketiga-tiga sayap UMNO Labuan.

03 November 2008

Dato Suhaili Kekal Ketua Bahagian


Cubaan sulung YB Datuk Yussof untuk merebut jawatan ketua UMNO bahagian gagal apabila tewas kepada penyandang, Dato Suhaili, 59 undi berbalas 129 undi. Mesyuarat Bahagian yang bermula awal pagi tadi berakhir pada lewat malam ini. Seluruh kumpulan Datuk Yussof tewas dalam cubaan menentang kumpulan Dato Suhaili, dari Pengerusi Tetap, hingga ke AJK Bahagian. Seramai 188 perwakilan hadir.
Drs. Harun Pudin juga kalah ditangan Datuk Yunus Kurus dalam merebut jawatan Timbalan Ketua.

Bagaimanapun, dalam isu pencalonan ke pusat, hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja yang mendapat pencalonan tanpa pertandingan. Jawatan Timbalan dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin (Muhyiddin vs Ali Rustam), Jawatan Naib dicalonkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Jamaluddin Jarjis, dan Datuk Seri Shafie Apdal (Hisyamuddin tewas dalam pengundian)

Labuan Kini akan cuba untuk mendapatkan keputusan rasmi dari UMNO Bahagian, esok beserta dengan jumlah undi sekali. 

02 November 2008

UMNO Oh UMNO!



Dipetik dari New Sabah Times, 2 November

Umno perlu bersatu semula, kata Suhaili

2nd November, 2008

LABUAN: Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Haji Suhaili Abdul Rahman menyeru semua ahli-ahli Umno merapatkan semula barisan di samping terus mempertingkatkan perpaduan sebagai usaha untuk menangkis cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan ahli-ahli Umno.

Katanya, kerapuhan parti Umno hari ini disebabkan oleh orang dalam sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan yang menerajui parti bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan tetapi juga di peringkat akar umbi.

“Kita tidak mahu orang Melayu hari ini dianggap sudah berpecah akibat daripada perebutan jawatan sehingga diambil kesempatan oleh anasir luar untuk menghancurkan Umno” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan yang juga Ahli Parlimen, Datuk Haji Yussof Haji Mahal, Ketua Pergerakan Wanita, Hajah Aini Haji Safar, Ketua Pergerakan Pemuda, Haji Bashir Haji Alias, Ketua Puteri Rahimah Haji Lamat, Setiausaha Umno Bahagian, Rozman Datuk Haji Isli, Bendahari Bahagian, Sulaiman Haji Sujud.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Umno tiga peringkat bahagian Labuan yang membabitkan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli-ahli Umno di pulau ini supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di lima negeri ketika Pilihanraya Umum lalu yang dulunya diwakili oleh orang Melayu (Umno) tetapi kini terlepas ke tangan pembangkang.

Justeru itu katanya, orang Melayu sewajarnya berhenti untuk terus menabur fitnah dan mengadu domba terhadap kepimpinan Umno, sebaliknya perlu mempertingkatkan serta merapatkan saf perjuangan agar parti Umno yang menjadi keramat orang Melayu ini terus dihormati dan disegani oleh kaum-kaum yang lain.

Sekitar Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan


1. Puteri UMNO Labuan memberi pencalonan Ketua Puteri UMNO Malaysia kepada Datin Ismalina Ismail dan Haslinda Mohd. Zerain sebagai Timbalannya.
2. Wanita UMNO Labuan pula mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia, dan Datuk Kamilia Ibrahim sebagai Timbalan.
3. Tiada pertandingan untuk merebut jawatan Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO Labuan. Pn. Rahimah dan Pn. Hjh. Aini masing-masing mengekalkan jawatan mereka.
4. Datuk Seri Najib mendapat pencalonan Presiden UMNO tanpa pertandingan.
5. Melalui undi, Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan Timbalan Presiden, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Jamaluddin Jarjis mendapat pencalonan Naib Presiden.
6. Tn. Hj Latif Hamdan menang cubaan pertama merebut jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Drs. Harun tewas kepada Datuk Yunus Kurus dalam merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
7. Tn. Hj. Bashir Alias, bekas Ketua Pemuda UMNO Labuan menang jawatan Naib Ketua UMNO.
8. Keseluruhan AJK Bahagian dan G7 dimenangi oleh kumpulan Dato` Suhaili.
9. Dato` Suhaili Kekal sebagai Ketua Bahagian, menewaskan YB Datuk Yussof Mahal dengan majoriti 70 undi (129 berbanding 59).
10. Seramai 188 perwakilan hadir pada persidangan kali ini. Kumpulan YB Datuk Yussof dilihat lebih awal meninggalkan YB dalam dewan persidangan.

Gambar : Dato Suhaili duduk bersebelahan YB Datuk Yussof dalam dewan

01 November 2008

Mesyuarat Pemuda UMNO Labuan

Berikut adalah keputusan tidak rasmi yang diperolehi oleh Labuan Kini.

1. Datuk Seri Mohd. Khir Toyo mendapat pencalonan dari Labuan melalui pengundian. Datuk Seri Khir menang dengan majoriti 4 undi.
2. Datuk Razali Ibrahim juga mendapat pencalonan dari Labuan, dengan majoriti 2 undi.
3. Tn Hj. Osman Ahmad (bekas ketua pemuda UMNO Sipitang) mendapat pencalonan Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.
4. Hj Tony Noolan menang, mengalahkan Mohd. Rafi, 66 undi berbanding 32 undi. Namun dikatakan ada unsur sabotaj, kerana perwakilan yang membuang undi cuma 97 orang.
5. Kumpulan Hj Tony Noolan memenangi 14 daripada 15 kerusi AJK, 1 kerusi G2 dan kesemua kerusi G10. Kumpulan Mohd. Rafi hanya memenangi 1 kerusi AJK dan 1 kerusi G2. Kerusi Timbalan Ketua Pemuda juga dimenangi oleh orang nombor 2 Hj Tony, Hj Abdullah Amir.
6. Memandangkan adanya bantahan, tidak pasti sama ada ianya melibatkan kesemua jawatan yang dipertandingkan, atau hanya melibatkan jawatan Ketua Pemuda Sahaja.

Keputusan selanjutnya akan dicatatkan dari masa ke semasa.