29 November 2008

Lawatan Menteri Belia & Sukan







Lapangan Terbang Labuan malam tadi sesak dipenuhi belia-belia Labuan yang menunggu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, YAB Dato` Seri Ismail Sabri Yaakob. Turut kelihatan sama menyambut beliau termasuklah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, KPE Asian Supply Base, Dato` Harris Annuar Tan, warga kerja Jabatan Belia dan Sukan, dan belia Labuan.

YAB Menteri tiba di Labuan untuk tujuan lawatan kerja selama dua hari, dan dijangka merasmikan Pusat Belia yang baru, bertempat di Ujana Kewangan sambil menghulurkan sumbangan kepada belia-belia Labuan yanng memerlukan.

Kelihatan turut mengiringi beliau kumpulan motor berkapasiti tinggi dari LA Bikers, yang diketuai sendiri oleh Dato` Harris Annuar Tan.
(p/s: harap maaf, kualiti foto kurang memuaskan)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa DS yang sambut menteri?

kenapa bukan DY?

pelik...

DS menyebok ka atau DY x bole pakai?

hmmm~

Tanpa Nama berkata...

ds datang atas kapasiti pengerusi perbadanan labuan. dy tak datang tu tak pasti. mungkin masih berada di kl, selepas menghadiri persidangan parlimen. janganlah buat spekulasi yang bukan-bukan. cuma memang terkilan kenapa yb tak datang menyambut.. kalau pasal parlimen, persidangan terakhir pun setiap khamis. jumaat mana ada bersidang. sekurang2nya kalau yb tak datang, hantarlah wakil. boleh juga dimasukkan dalam blog suara yb.

Tanpa Nama berkata...

Dengan lawatan Menteri Belia dan Sukan, harap-harap adalah perubahan dengan track di Kompleks Sukan Labuan tu. Kalau tidak, kesian anak-anak kita berlari atas rumput di temasya sukan sekolah-sekolah tahun depan ni.