Ini menolak beberapa andaian sebelum ini yang menjangkakan YB Datuk Yussof Mahal akan dilantik ke jawatan tersebut. Andaian mengatakan Dato Suhaili akan dilantik semula juga tersasar jauh.
Sebelum ini, dikatakan ada lima calon-calon warga Labuan diutarakan ke Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dipertimbangkan, namuk kelima-lima calon tersebut ternyata kempunan.
13 ulasan:
andangnya liau.Inda mbari hayan.
Satu tindakan yang bijak melantik SUK Kementerian Wilayah.. Namun khabarnya YB masih Timbalan lagi.. dan Dato' Yunus masih mengekalkan jawatannya.. inda apa lah mungkin untuk sementera bagi menenangkan keadaan politik Labuan..perlantikan ini pun 1 tahun sahaja bah.. mungkin tahun dapan YB ada rezeki...
Harap biar tia anak jati labuan eh...mun inda pun org sabahan ka org bisia nganya..luan jua..tambah lagi payah tu krg org kitani ani..
Assalamualaikum.
Saya ingin berbicara mengenai soal jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan. Apa yang says dapat amati sebelum ini isu mengenai perlantikan Pengerusi Perbadanan banyak andaian bahawa siapakah yang akan menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan.
Ada yang mengatakan diantara calon-calonnya adalah terdiri dari Ahli Parlimen Labuan sendiri iaitu YB. Datuk Hj. Yussof, Datuk Mulok Awg Damit, Hj. Yusof Mohamad, Bungso Hj. Mohamad dan tidak ketinggalan juga nama saudara Sudin Samat.
Melihat kepada senarai calon-calon tersebut saya berpandangan semuanya ok. asalkan nawaitu masing-masing telus dan tidak ada agenda peribadi. Tetapi persoalannya mengapa ke semua senarai calon tersebut tidak mendapat tempat dalam merebut jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan?? Inilah persoalan pokok yang harus kita ketahui sebagai warga Labuan.
Saya berpendapat mengapa ini berlaku adalah disebabkan:
1. Keadaan politik Labuan tidak stabil. Ini jelas kepada kita kerana berlakunya perpecahan dalam UMNO Labuan masa ini. Saya masih ingat apabila Ybhg. Dato' Hj. Suhaili mengatakan bahawa Pengerusi Perbadanan yang beliau pegang sebelum ini akan berpindah secara mutlak kepada YB. Datuk Hj. Yussof bila tiba masanya kerana beliau adalah sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan begitu juga untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan asalkan perpaduan dalam UMNO tidak ada perpecahan. Tetapi malang sekali keadaan ini diluar jangkaan kita. Rakyat Labuan amat mengharapkan agar kekuatan yang ada dalam UMNO Labuan sebelum ini dapat diteruskan tetapi apakan daya oleh kerana tidak ada sifat kesabaran yang sepatutnya ada kepada seorang pemimpin dalam mengutamakan kesejahteraan dan keharmonian dalam UMNO maka iniliah NATIJAHNYA.
Satu contoh yang paling dekat yang harus kita jadikan tauladan iaitu YAB. Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang saya lihat pemimpin yang benar-benar mengutamakan perpaduan dalam UMNO. Kalaulah beliau seorang pemimpin yang rakus dengan kuasa, tidak mempunyai kesabaran yang tinggi didalam jiwa maka sudah pastilah beliau akan senasib dengan DSAI. Tetapi oleh kerana sifat kesetiaan kepada pemimpin UMNO, mengutamakan keutuhan parti ditambah pula dengan sifat kesabaran beliau maka akhirnya beliau di nobatkan sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Dalam Konteks UMNO Labuan saya bukanlah berniat memburukkan sesiapa tetapi adalah satu pandangan sebagai ahli UMNO dan rakyat Labuan.
Mohon saya berhenti menulis, insyaallah kita akan bersua lagi.
Wassalam
x kesah la siapa jg pengerusi sementara,tp mungkin white eagle lupa mau tulis yg bekas yb labuan lama,dato suhaily pun beria2 jg mau mengekalkn jawatan,dan tidak rela melepaskn kerusi di perbadanan ni.(walaupun masih terdapat pelbagai kes2 di mahkamah yg belum selesai)..
jawatan dia akan berpindah secara mutlak kpd datuk YB?hahah lucu,mcm king pulak dia mau menentukan.satu lagi janji kosong dari org yg lidah cabang dua.(atau IC ada dua)..semua org tau siapa yg beria2 mau mengekalkn jawatan di UMNO,sehingga sanggup menggunakan kuasanya di perbadanan untuk memastikan kemenangannya di UMNO.sekarang dia sudah tiada di perbadanan,janji kpd org yg menaikan dia dlm UMNO tidak dpt dikotakan,akibatnya rakyat merasa tertipu dan menyesal.
Akibat dari pergeseran sesama sendiri dikalangan pemimpin utama, maka pihak atasan melihat lebih baik agaknya dilantik mereka yang tidak kena mengena dengan pergeseran tersebut. Nasib baik Ahmad Phesal, jika Clinton? takkah nyaya namanya tu.
Kepada kita ini adalah sebagai satu mengajaran yang sangat mendalam maknanya.
Saya sangat yakin bahawa masih terdapat orang tempatan yang memiliki kelayakkan untuk menduduki jawatan tersebut, tapi itulah...asyik seronok dengan bercakaran sesama sendiri.
Assalamualaikum.
1.Dalam ulasan saya semalam saya tidak mengatakan bahawa Ybhg. Dato' Hj. Suhaili adalah layak untuk menjadi Pengerusi Perbadanan walaupun seandainya tidak mempunyai kes mahkamah. Tetapi apa yang ingin saya katakan jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan hari ini layak di pegang oleh sesiapa sahaja orang tempatan yang mempunyai kelayakan termasuklah YB. Ahli Parlimen Labuan sendiri yang memang kita rasakan beliau lah yang akan menggantikan Ybhg. Dato' Hj. Suhaili sebagai Pengerusi Perbadanan bila tiba masanya. Tetapi kita harus bertanyakan kepada diri kita sendiri mengapa perkara ini tidak menjadi suatu realiti sepertimana yang kita harapkan sebelum ini, adakah kerana hanya Ybhg. Dato' Hj. Suhaili ingin mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian untuk satu penggal lagi ataupun YB. Ahli Parlimen Labuan tidak sabar untuk menduduki jawatan Ketua UMNO Bahagian ataupun sebagai Pengerusi Perbadanan mungkin kerana tidak dapat menahan desakan-desakan yang kuat hanya daripada segelintir mereka yang mempunyai agenda peribadi. Pada saya sebagai warga Labuan perkara ini harus kita perhalusi sedalam-dalamnya.
2.Mengapa saya katakan demikian kerana berdasarkan kepada fakta sebelum ini yang mana YB. Datuk Hj.Yussof tidak berniat untuk mengambil jawatan ketua UMNO Bahagian kerana beliau tahu bahawa beliau masih memerlukan kepimpinan Ybhg. Dato' Hj. Suhaili dalam bersama-sama dan berganding bahu untuk membangunkan Pulau yang kita cintai ini. Saya masih ingat kata-kata YB. ahli Parlimen sebelum beliau mengeluarkan statement di surat khabar yang beliau akan bertanding dalam merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian, apa kata YB. " SAYA TIDAK AKAN BERTANDING UNTUK KETUA UMNO BAHAGIAN..JANGANLAH SAYA DILAGA-LAGAKAN DENGAN DATO' HJ. SUHAILI. BIARLAH SAYA TUMPUKAN PERHATIAN SEPENUHNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN KERANA SAYA TAHU TUGAS SEBAGAI AHLI PARLIMEN ADALAH SATU TUGAS YANG AMAT BERAT YANG PERLU SAYA TUNAIKAN.
3.Saya juga ingin menarik perhatian kepada snoop tentang komen snoop mengenai mengenai kes mahkamah Ybhg. Dato' Hj. Suhaili masa ini seperti kad pengenalan dua. Pada saya bukanlah kita yang berhak menjatuhkan hukuman kerana kita sendiri pun tidak tahu apa cerita sebenarnya 14 tahun yang lalu dan biarkan lah perundangan yang akan menentukan. tabiat suka menyebarkan satu-satu perkara yang kita sendiri pun tidak mendapat kesahihannya harus kita elakkan . Tetapi sekiranya snoop ada bersama-sama Ybhg. Dato' Hj. Suhaili semasa kejadian tersebut dan saksi, saya amat-amat mengalu-alukan snoop tampil lah kehadapan bantulah SPRM untuk memberikan maklumat sebenarnya.
Wassalam
minta maaf jika terkasar bahasa.
saya masih berpendapat selepas Datuk Suhaili, tidak ada lagi warga labuan yang layak memegang jawatan pengerusi pl.
datuk mulok memang kita sudah tahu ketika beliau menjadi ahli majlis mpl satu ketika dahulu telah menyalahgunakan kuasa, mempengerusikan mesyuarat membabitkan projek yang syarikatnya terlibat secara langsung. datuk yussof memang tidak akan dapat kerana memang sudah ada pekeliling bahawa lantikan politik tidak boleh memegang jawatan tertinggi dalam pbt. hanya setakat boleh menjadi org no. 2 sahaja. itupun tiada kuasa eksekutif diberikan.
yussof mohd? sudin? bongsu? jauh panggang dari api.
datuk yunus kurus bukan tidak layak cuma tahap beliau memang sampai ke pengerusi majlis penasihat sahaja. itupun beliau agak sukar dilihat 'bekerja'.
amat bertepatan jika menteri wilayah meletakkan suk memegang jawatan tersebut, sementara menunggu kes mahkamah datuk suhaili selesai dibicarakan.
saya tiada masalah jika seseorang individu itu memiliki 2 kad pengenalan,selagi dia tidak menggunakanya untuk menipu saya.kalau dia mau tipu bank itu dia punya hal dgn bank..tp persoalan yg ingin saya kemukakan ialah layak kah org spt ini memimpin kita?inikah jenis pemimpin yg kita mahukan?bayangkan kalau org mcm ni yg diberi amanat kuasa besar dlm perbadanan atau memegang tampuk kepimpinan tinggi dlm UMNO yg kita sayangi?ini baru kes2 14 tahun lalu,lepas2 tu siapa tau.
Jangan Taksup pada seorang pemimpin.. pemimpin akan datang dan pergi, patah tumbuh hilang berganti.. Dalam politik pemimpin yang jatuh payah untuk kembali lagi..
Akan ada pemimpin pelapis yang ke hadapan selepas tahun 2009 ini.. Percaya la..
Saudara-saudara,
Saya rasa selesa dengan komen yang diluahkan oleh white eagle.
Saudara-saudara,
TAKSUB. Perkataan yang sering digunakan ketika ini terutama oleh YB. Di mana saja YB berucap, inilah perkataan yang akan disebut-sebut.
Mari kita sama-sama berfikir sejenak. Andainya kepentingan rakyat terbanyak, kepentingan keutuhan UMNO dan bukannya kepentingan segelintir yang entah apa maunya, keadaan politik Labuan tidak jadi begini. Kalaulah tiada perebutan jawatan no.1 UMNO Labuan tempoh hari..... di mana YB sekarang?
Jawapannya:
1. YB akan duduk kerusi no.2 di UMNO bahagian.
2. Di sekeliling YB adalah keseluruhan jentera UMNO bahagian.
3. Apabila terjadi sesuatu kepada no.1 (contohnya seperti sekarang) YB akan jadi NO.1 dan keseluruhan jentera UMNO Bahagian akan tetap berada sekeliling YB.
Saudara-saudara,
Lapangkan fikiran anda, fikirkan dengan waras dan wajar..... semoga kita beroleh pengajaran.
Wassalam.
finganthaha,lucu sungguh cara pemikiran saudara baru..bunyi seolah2 jentera UMNO tidak menyokong dato YB..
Kami pemuda UMNO,jentera penggerak & penggempur UMNO sentiasa menyokong dato YB..inilah cara pemikiran golongan pemimpin masa hadapan.tidak mudah terpedaya dgn janji2 kosong,tidak takut akan ugutan,dan tidak mudah terpengaruh dgn fitnah2 yg tidak benar.
Saya amat setuju dgn Kedayan di Putrajaya..pemimpin dtg & pergi,jawatan ketua UMNO labuan bukan hak milik mutlak dato suhaily selamanya.sedangkan dulu wakil yg diletakan oleh suhaily (tony nolan/udin liquor) utk jadi ketua pamuda juga tidak diperakui kemenagannya,sekarang ketuanya pula..
tahniah kepada UMNO pusat kerana bersifat lebih telus demi mengembalikan keyakinan rakyat.
Salam Perpaduan
SABDA RASULULAH SAW yang lebih kurang bunyinya...
Diakhir zaman nanti umut ISlam akan bertambah ramai di muka bumi ini, akan tetapi ia seumpama buih-biuh yang terdampar dipantai, apabila datang ombak maka lenyaplah ia dimamah gelombang.
PENGAJARAN;-
jangalah kita asyik bertelagah sesama sendiri, menyalahkan antara satu dengan yang lain, selalu menunding jari kearah orang lain, ingat setiap manusia tidak lepas dari kesalahan, tapi bukan menjadi sebagai tiket kita untuk melakukan kesilapan, sebab Allah SWT ada berfirman "KU JADIKAN MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK KEJADIAN" jadi dimana letaknya nilai murni sesama insan dalam diri kita. Bukankah kita diciptakan sebaik-baik kejadian dimuka bumi Allah ini. Kenapa harus bercakaran sesama sendiri. Terutama kepada bangsa ku sendiri. Hentikan persenketaan ini, ini semua adalah hasutan syaitan, kembalilah kita bersatu demi mempertahankan maruah bangsa melayu. Ingat bangsa lain sudah mula berani memperlekehkan kita atas sebab perpecahan yang berlaku sekarang. RENUNGKAN BERSAMA...
Catat Ulasan