22 Jun 2009

Laman Web Terbaru YB Datuk Yussof Mahal


LabuanKini mendapat maklumat yang YB Datuk Yussof Mahal kini mempunyai satu lagi laman web yang boleh dikunjungi. Laman web tersebut boleh dilawati di;

http://www.yussofmahal.com

Laman web yang dinamakan P166 kini dilihat lebih teratur dan kemas berbanding laman blog beliau sebelum ini, sungguhpun menggunakan penyedia laman blog yang sama; Blogspot.com. Laman web beliau yang terbaru ini juga tidak hanya tertumpu kepada isu Labuan sahaja, malah merangkumi isu nasional, semasa dan beberapa isu yang berkaitan Barisan Nasional.

YB Datuk Yussof dilihat lebih terbuka melalui laman web terbarunya, yang mula beroperasi pada penghujung April lalu dengan pendekatan-pendekatan terbaru. Kini beliau sudah mula membuat pautan ke laman-laman web sayap parti (UMNO) yang sebelum ini tidak ada pada laman blog lama beliau.

LabuanKini sentiasa menyokong usaha ahli Parlimen kita, YB Datuk Yussof Mahal dalam usaha mendekati warga labuan melalui dunia siber.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang hairannya,mgpa website khas yussof tak banyak cite tentang dia.

kot2 tak de jemputan kat labuan

berfikir juga,mgpa di sebut laman web baru yussof,tp tak banyak cite tentang dia

memang yb tak buat kerja kh

Tanpa Nama berkata...

kita memang sokong dia...tp buatlah sesuatu untuk menyokong website dato yussof yang baru

penuhi artikal tentang dia

ni asyik2 kuala lumpur

tolonglah penuhi hasrat rakyat labuan melihat web baru ni sebagai mercu menaikkan nama beliau

jazrul berkata...

sepatutnya di kena beri lebih banyak tentang dia

Malaysia Web Design