Temasya Sukan Borneo dimulakan pada hari ini di negara Brunei Darussalam. Labuan juga difahamkan menghantar kontijen ke negara jiran itu. Seramai 62 atlet mewakili Labuan pada temasya Sukan Borneo tahun ini.
Kategori
29 November 2009
Temasya Sukan Borneo 2009 - Labuan Hantar Kontijen
Temasya Sukan Borneo dimulakan pada hari ini di negara Brunei Darussalam. Labuan juga difahamkan menghantar kontijen ke negara jiran itu. Seramai 62 atlet mewakili Labuan pada temasya Sukan Borneo tahun ini.
27 November 2009
Perutusan
24 November 2009
Pertanian Skala Besar Di Labuan?
LABUAN: Labuan, yang sangat bergantung kepada barangan pertanian yang diimport dari tanah besar Sabah dan negeri-negeri lain, merancang untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di pulau itu bagi aktiviti pertanian.
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri, Sahbudin Jair berkata, pada masa ini pulau itu mengimport kira-kira 60,000 tan sayur-sayuran dan 48 tan daging sedar sebulan dari Sabah dan negeri-negeri lain.
Sebagai langkah mengurangkan kebergantungan pulau itu untuk keperluan barangan makanannya, satu pelan tindakan sedang digubal untuk dilaksanakan, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata rancangan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar, berkeluasan kira-kira 400 hektar di pulau itu sebagai kawasan pertanian dipersetujui kira-kira 400 peladang dan penternak pada satu taklimat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) minggu lepas.
Sahbudin berkata, pertubuhan itu juga merancang untuk melatih para lepasan sekolah dan siswazah dalam beberapa bidang kemahiran pertanian, terutamanya penternakan dan penanaman.
Beliau berkata, tindakan juga perlu diambil oleh beberapa pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan zon kawasan di pulau itu sebagai zon pertanian.
Pada masa ini, terdapat peladang yang mengusahakan ladang sayur-sayuran tetapi bukan dalam skala besar-besaran, tetapi “hanya tanaman di kawasan rumah masing-masing”.
18 November 2009
BIIBBF - Mesyuarat Kedua
Perang Media - Pemuda UMNO Labuan Kritikal?
17 November 2009
Pemuda UMNO Jumpa KPE Perbadanan Labuan - Yang Keruh Semakin Terang
16 November 2009
Feri Oh Feri!
Pengusaha feri diberi kata dua | |
16th November, 2009 LABUAN: Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ong Tee Kiat, memberi kata dua kepada mana-mana pengusaha feri di negara ini yang tidak mengutamakan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna. Ong yang tidak menamakan pengusaha yang dimaksudkan, namun berkata kementeriannya telah banyak menerima aduan mengenai mutu perkhidmatan feri tersebut yang tidak memuaskan sehingga memaksa beliau mengarahkan serta merta arahan untuk menangani masalah itu. “Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sama ada lesen mereka di batalkan atau perkhidmatan itu akan diberi kepada pengusaha lain… dalam hal ini tiada lagi kuasa monopoli tetapi apa yang lebih penting berikan khidmat yang terbaik kepada rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam satu sidang akhbar selepas menyampaikan sijil Pendaftaran Kapal Antarabangsa yang pertama di Hotel Waterfront di sini pada Sabtu. Katanya, sejak beberapa bulan yang lalu, beliau telah menerima pelbagai aduan melalui email dan sms mengenai perkhidmatan feri yang tidak memuaskan dan beliau mengarahkan agensi yang terlibat supaya turun padang dan memastikan pengusaha feri berkenaan sentiasa menjaga tahap keselamatan, keselesaan dan penyelengaraan feri sentiasa ditahap yang memuaskan. Bagaimanapun katanya, Kementerian sedia memberi peluang kepada pengusaha feri terbabit untuk meningkatkan perkhidmatan, namun jika mereka masih gagal untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat, maka kerajaan tiada pilihan lain untuk menggantikan dengan pengusaha laternatif yang lebih berdaya saing sekaligus dapat merangsangkan industri pengangkutan awam di negara ini. |