14 Disember 2008

Keputusan Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Menteri Wilayah

1. Sabah vs Brunei (1-0)
2. Pahang vs Sabah (1-0)
3. Brunei vs Pahang (2-1)

Pasukan Liga Super Brunei DPMM dinobatkan sebagai juara setelah mengalahkan Pahang FC malam tadi dengan jaringan 2 berbalas 1. Pasukan Brunei juga membawa pulang sebuah piala dan wang tunai sebanyak RM5000 sumbangan Labuan Ferry Corporation Sdn. Bhd, dan disampaikan sendiri oleh En. Peter Kong.

Menurut penganjur, jika Brunei menang tipis (1-0) melawan Pahang semalam, kedudukan ketiga-tiga pasukan dianggap seri dan semua pasukan akan membawa wang tunai RM5000, dan pihak Labuan Ferry Corporation sudah secara dasarnya bersetuju menambah jumlah sumbangan disaat akhir.

12 Disember 2008

Sabah FC vs Brunei DPMM

Malam ini berlangsung perlawanan antara Sabah FC dengan Brunei DPMM yang bertempat di Kompleks Sukan Labuan. Perlawan yang sama juga pernah berlangsung tahun lepas dengan keputusan Brunei DPMM menewaskan Sabah FC dengan jaringan 3 gol berbalas 1.

Berbeza dengan tahun lepas tahun ini perlawanan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pasukan Pahang FC dan Sabah AllStar.

Labuan Kini akan mempos segala keputusan perlawanan yang akan berlangsung selama tiga hari ini dari masa kesemasa.

Update
1. Sabah menang mengalahkan Brunei 1-0
2. Sabah AllStar tidak jadi mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan hujung minggu ini, dan pasukan Brunei mengambil kesempatan untuk mengadakan sessi latihan esok siang.
3. Jadual perlawanan, 13 Disember Sabah vs Pahang, 14 Disember Pahang vs Brunei

09 Disember 2008

Blog Suara Masih Ditampuk Lama. Kenapa?


Hari ini genaplah sudah tiga bulan Blog Suara YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal dilancarkan. Labuan Kini melawati blog tersebut hampir setiap hari, namun keadaannya masih seperti dahulu, tanpa perubahan kecuali pertambahan dalam ruangan komen.

Pada 12 November yang lepas, moderator blog tersebut ada menyatakan untuk cuba mengemaskini laman blog tersebut dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan YB, dan perkembangan dalam Parlimen. Labuan Kini sebelum ini juga ada menghantar emel kepada moderator laman tersebut, menyatakan sokongan dan meminta laman blog tersebut agar selalu dikemaskini. 

Sungguhpun begitu, Labuan Kini juga memberi pujian dengan moderator laman blog berkenaan kerana dapat bertindak dalam menjawab permasalahan yang diutarakan dalam ruangan komen. Contohnya pertanyaan Puan Dapsah Majid dari Kg Batu Manikar dijawab dalam tempoh 10 hari, dan yang terbaru seorang blogger mengutarakan pertanyaan mengenai status naiktaraf jalanraya (Jalan Tun Mustapha) dijawab dalam tempoh 9 hari.

Usaha Pejabat Parlimen Labuan untuk membuka ruang alternatif untuk warga Labuan mengutarakan permasalahan masing-masing melalui blog sudah menampakkan tanda-tanda positif.

Labuan Kini, seperti yang dinyatakan sebelum ini menyokong penuh Laman Blog Suara, secara langsung atau tidak.

08 Disember 2008

Mesyuarat Puteri UMNO Labuan


Seperti yang disiarkan dalam laman blog Puteri Labuan, petang tadi berlangsung mesyuarat pertama Puteri UMNO Bahagian Labuan. Mesyuarat yang diadakan di Sara Hotel itu diadakan bertujuan untuk melantik 3 AJK lantikan, Setiausaha, Penolong Bendahari dan Ketua Penerangan.

Tinjauan Labuan Kini sekitar 3.30 petang tadi masih belum ramai ahli yang hadir, berkemungkinan kerana masih ramai yang sibuk, memandangkan hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha.

Selamat Hari Raya


Labuan Kini
ingin mengucapkan kepada seluruh warga Labuan

Selamat Hari Raya Aidil Adha

05 Disember 2008

Drama UMNO Labuan Tutup Tirai?


Kesemua sayap dalam UMNO Labuan selesai bermesyuarat, dan kesemuanya juga sudah menentukan pemimpin-pemimpin mereka. Kini UMNO Bahagian Labuan sudah "complete", sudah ada Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri.

Terlalu banyak perkara-perkara atau drama yang berlaku sekitar mesyuarat UMNO Labuan, baik dari peringkat cawangan maupun Bahagian. Adegan baling kerusi, mesyuarat cawangan sekejap sah, sekejap tidak, pertengkaran mulut, kes berlakon-lakon, kes klip video bekas Ketua Pemuda menari dalam dewan mesyuarat, kes depan cakap lain belakang cakap lain, penyokong bertukar kem disaat akhir, pelbagai aduan ke UMNO Pusat dan banyak lagi jika ingin disenaraikan dengan lebih terperinci.

Banyak juga sejarah baru terlakar dalam perjalanan UMNO Labuan, seperti kekalahan YB Datuk Yussof Mahal beserta kesemua kemnya dalam cubaan merebut jawatan-jawatan dalam UMNO Bahagian, Kekalahan Ketua Wanita UMNO Labuan, Pn Hjh Aini Safar di cawangan sendiri, Pemuda UMNO Cawangan Lajau tidak cukup korum untuk bermesyuarat, Pergerakan Pemuda bermesyuarat dua kali selepas mesyuarat pertama dibatalkan dan yang paling mengejutkan kekalahan Hj Tony Noolan Datuk Isli dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pusingan kedua. Ketua Bahagian, Dato` Suhaili beserta dua lagi Ketua Cawangan, Datuk Yunus Hj Kurus dan Hj Alias Hussin juga diberi amaran keras dari UMNO Pusat berkaitan kes penyalahgunaan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan.

Namun semua itu sudah selesai, kesemua pihak juga telah redha dengan segala keputusan yang ditentukan oleh ahli-ahli, dan pemimpin parti sudah dilantik. Labuan Kini berharap selepas ini tidak ada lagi drama, kontroversi dan segala cerita-cerita yang berunsur negatif kedengaran dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesemua yang dilantik haruslah bekerjasama antara sesama sendiri untuk memantapkan lagi parti. UMNO Labuan sekarang sepatutnya sudah mula bergerak, bekerja untuk memperjuangkan agenda parti dan menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Labuan. UMNO sebagai parti tunjang untuk Barisan Nasional seharusnya sudah mula untuk memantapkan lagi kerjasama antara parti dalam BN. Jika buruk UMNO, maka buruklah juga BN dimata orang.

Kini ahli-ahli UMNO, hanya menunggu detik kemuncak dalam parti, iaitu Mesyuarat Agung UMNO Peringkat Kebangsaan pada Mac ini.

03 Disember 2008

Majlis Tahlil Bersama Menteri

Petang tadi berlangsung majlis tahlil untuk Allahyarhamah Datin Fatimah Wanchi, isteri kepada Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman di masjid Kampung Tanjung Aru yang dihoskan sendiri oleh YAB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Majlis yang berlangsung selepas sembahyang Maghrib itu turut menyaksikan kehadiran, ketua-ketua kampung, penjawat kanan Perbadanan Labuan, antaranya Datuk Basiran Saban, En. Jusoh, En. Rahim, CEO Asian Supply Base, Dato` Harris Hj Annuar Tan, Presiden Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Yunus Kurus serta warga kampung setempat.

Selepas sembahyang Isya` berjemaah, semua tetamu dilihat berangkat ke Anjung Ketam untuk menjamu selera. Dato` Suhaili bagaimanapun tidak ikut ke Anjung Ketam kerana ada acara lain yang perlu dihadiri, dan dilihat meninggalkan masjid selepas selesai sembahyang Isya` berjemaah.

Lawatan YAB Menteri Wilayah Persekutuan


Pagi tadi sekitar jam 11pg beberapa pegawai kanan Perbadanan Labuan dilihat ada di Lapangan Terbang Labuan menyambut ketibaan YAB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Turut menyambut beliau Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman dan beberapa pegawai atasan Perbadanan Labuan. YAB berada di Labuan untuk menghadiri beberapa acara rasmi dan lawatan kerja.

Antara aktiviti-aktiviti YAB di Labuan hari ini termasuklah menghadiri mesyuarat Perbadanan Labuan, menghadiri taklimat Asian Supply Base, melawat tapak Marina dan Kompleks Lawn Bowl Labuan dan mnghadiri majlis tahlil untuk Allahyarhamah Datin Fatimah yang dijangka diadakan di Kampung Tanjung Aru.

Mesyuarat AJK Bahagian


Semalam UMNO Bahagian Labuan mengadakan mesyuarat Bahagian sekali lagi. Kali ini antara agenda yang dibincangkan antaranya menubuhkan biro-biro dalam bahagian, melantik AJK Lantikan dan beberapa lagi agenda-agenda yang lain.

Antara keputusan lantikan yang dibuat semalam antaranya.

1. Hj Tony Noolan Datuk Isli dilantik sebagai AJK Bahagian
2. Biro - biro yang ditubuhkan; Biro Pelajaran, Biro Agama, Biro Ekonomi dan Biro Sukan.
3. Hj Tony juga dilantik sebagai ketua Biro Sukan.
4. Ketua - ketua biro lain yang dilantik termasuklah Hj Alias Hussin (Biro Agama), Asmawi Awg Bedar (Biro Pelajaran) dan Hj Ghani Matasan (Biro Ekonomi).

Turut kelihatan menghadiri mesyuarat tersebut saudara Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan yang baru.

01 Disember 2008

Keputusan Pengundian Pergerakan Pemuda UMNO Labuan



Pengerusi Tetap
Roslee Bin Hj Omar (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
Gafar bin Yunus (menang Tanpa Bertanding)

Ketua Pemuda
1. Mohd Rafi Ali Hassan (55)
2. Hj Tony Noolan Datuk Isli (42)

Naib Ketua Pemuda
1. Hj Abdullah Amir Abdul Rahman (95)
2. Asbullah Moksin (1) (Tarik Diri)

G2
1. Sabli Jinin (72)
2. Zainal Hj Bungso (56)

AJK
1. Rosman Bin Kamis (90)
2. Morsidi Bin Juanah (89)
3. Mohd Rizaini Bin Abd Ghani (88)
4. Rosley Bin Dahlan (85)
5. Mohd Irwan Bin Said (85)
6. Zainal Bin Hj Bungso (53)
7. Sabli Bin Timbang (49)
8. Sabli Bin Jinin (49)
9. Jumat Bin Talip (49)
10. Musyadi Bin Abd Rahman (49)
11. Abdul Latif Bin Awg Damit (48)
12. Aiwan Bin Hj Tuah (48)
13. Ruslan Bin Adol (48)
14. Hassan Bin Hj Razali (48)
15. Ramlee Bin Salim (48)