Kesemua sayap dalam UMNO Labuan selesai bermesyuarat, dan kesemuanya juga sudah menentukan pemimpin-pemimpin mereka. Kini UMNO Bahagian Labuan sudah "complete", sudah ada Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri.
Terlalu banyak perkara-perkara atau drama yang berlaku sekitar mesyuarat UMNO Labuan, baik dari peringkat cawangan maupun Bahagian. Adegan baling kerusi, mesyuarat cawangan sekejap sah, sekejap tidak, pertengkaran mulut, kes berlakon-lakon, kes klip video bekas Ketua Pemuda menari dalam dewan mesyuarat, kes depan cakap lain belakang cakap lain, penyokong bertukar kem disaat akhir, pelbagai aduan ke UMNO Pusat dan banyak lagi jika ingin disenaraikan dengan lebih terperinci.
Banyak juga sejarah baru terlakar dalam perjalanan UMNO Labuan, seperti kekalahan YB Datuk Yussof Mahal beserta kesemua kemnya dalam cubaan merebut jawatan-jawatan dalam UMNO Bahagian, Kekalahan Ketua Wanita UMNO Labuan, Pn Hjh Aini Safar di cawangan sendiri, Pemuda UMNO Cawangan Lajau tidak cukup korum untuk bermesyuarat, Pergerakan Pemuda bermesyuarat dua kali selepas mesyuarat pertama dibatalkan dan yang paling mengejutkan kekalahan Hj Tony Noolan Datuk Isli dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda pusingan kedua. Ketua Bahagian, Dato` Suhaili beserta dua lagi Ketua Cawangan, Datuk Yunus Hj Kurus dan Hj Alias Hussin juga diberi amaran keras dari UMNO Pusat berkaitan kes penyalahgunaan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan.
Namun semua itu sudah selesai, kesemua pihak juga telah redha dengan segala keputusan yang ditentukan oleh ahli-ahli, dan pemimpin parti sudah dilantik. Labuan Kini berharap selepas ini tidak ada lagi drama, kontroversi dan segala cerita-cerita yang berunsur negatif kedengaran dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesemua yang dilantik haruslah bekerjasama antara sesama sendiri untuk memantapkan lagi parti. UMNO Labuan sekarang sepatutnya sudah mula bergerak, bekerja untuk memperjuangkan agenda parti dan menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada rakyat Labuan. UMNO sebagai parti tunjang untuk Barisan Nasional seharusnya sudah mula untuk memantapkan lagi kerjasama antara parti dalam BN. Jika buruk UMNO, maka buruklah juga BN dimata orang.
Kini ahli-ahli UMNO, hanya menunggu detik kemuncak dalam parti, iaitu Mesyuarat Agung UMNO Peringkat Kebangsaan pada Mac ini.
1 ulasan:
Salam perjuangan,
Berharap barisan baru UMNO Labuan akan membawa kita semua selangkah ke hadapan dari kedudukan sekarang.
Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog. We need your profesional point of view.
“Memperkasa Generasi Baru”
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Catat Ulasan