16 Disember 2008

Sabah Kuasai Kejohanan Angkat Berat Remaja Pelapis W.P. Labuan


LABUAN: Atlet angkat berat Sabah mengungguli Kejohanan Angkat Berat Remaja Pelapis Negeri anjuran Majlis Sukan Labuan (MSL) dan Persatuan Gimnasium Rakyat yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, Ahad lalu.

Pada kejohanan itu, Sabah meraih 7 pingat emas, 6 perak dan 4 gangsa, manakala Labuan yang mejadi tuan rumah kejohanan meraih 2 pingat emas dan 2 pingat perak.

Sabah yang menghantar skuad penuh pelapisnya di kejohanan itu memperolehi pingat emas melalui Ferah Justin dalam acara 58 kg perempuan bawah 17 tahun dengan angkatan seberat 102.5 kg. pingat perak diraih oleh Ellyona Sera Leduin (Labuan) dengan angkatan seberat 75kg, pingat gangsa di menangi oleh Andrea Adam (Sabah) dengan angkatan seberat 70kg.

Bagi acara 69kg, Domiah Che Wan (Sabah) meraih pingat emas dengan angkatan seberat 92.5 dan pingat perak di sandang oleh Nazatul Saida (Labuan) dengan angkatan seberat 80kg.
Sementara itu, Frenceay Titus (Sabah) yang tidak dicabar dalam acara 85kg perempuan bawah 17 tahun, dinobatkan pemenang pingat emas dengan angkatan seberat 117.5kg.

Bagi kategori 69kg lelaki bawah 17 tahun, pingat emas menjadi milik peserta Labuan, selepas pesertanya Mohd. Arifin Zainal berjaya mengangkat bebanan seberat 190kg, manakala pingat perak dan gangsa menjadi milik Sabah melalui Kenneth Cory Dominic dengan angkatan 180kg dan Athur Adam yang berjaya mengangkat bebanan 150kg.

Dalam acara 85kg lelaki bawah 17 tahun, Kent Vicky Lajuin (Sabah) meraih pingat emas dengan angkatan seberat 187.5kg, manakala rakannya Terry Sinius memperolehi pingat perak dengan angkatan seberat 125kg,

Sementara itu, Labuan meraih pingat emas keduanya melalui Yusra Aman yang berjaya mengangkat bebanan seberat 187.5 kg bagi kategori 94kg lelaki bawah 17 tahun, manakala pingat perak di menangi oleh Yusdi Yusof (Sabah) dengan angkatan seberat 180kg dan pingat gangsa dimenangi oleh Julius Jino Yong (Sabah) dengan angkatan seberat 125kg.

Sabah terus mendominasi kejohanan ini apabila kategori terbuka lelaki dimenangi oleh semua peserta Sabah masing-masing Melton Henry (225kg), Alvin Landi (210kg) dan Zulfazizul Naim (185kg).

Dua lagi peserta Sabah berjaya meraih pingat emas masing-masing dalam acara 62kg dan 77kg lelaki terbuka 21 tahun. Kedua-dua pingat emas itu di sumbangkan oleh Andrian Jabilus acara 62kg dan Chryspin Paulus dalam acara 77kg.

Manakala pingat perak turut dimenangi oleh peserta Sabah melalui Pemilus Mandali bagi acara 62kg dan Jasper Jiwil (77kg).

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Amatur Angkat Berat Sabah, Philip Gisan dan Pengerusi penganjur kejohanan, Matiu Jungkim.

GAMBAR: JUARA KESELURUHAN…… atlet angkat berat Sabah bersama Presiden Angkat Berat Sabah Philip Gisan (dua dari kiri) yang menjuarai kejohanan tersebut. Turut sama dalam gambar Pengerusi penganjur kejohanan Matiu Jungkim (kanan sekali).

Tiada ulasan: