09 Disember 2008

Blog Suara Masih Ditampuk Lama. Kenapa?


Hari ini genaplah sudah tiga bulan Blog Suara YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal dilancarkan. Labuan Kini melawati blog tersebut hampir setiap hari, namun keadaannya masih seperti dahulu, tanpa perubahan kecuali pertambahan dalam ruangan komen.

Pada 12 November yang lepas, moderator blog tersebut ada menyatakan untuk cuba mengemaskini laman blog tersebut dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan YB, dan perkembangan dalam Parlimen. Labuan Kini sebelum ini juga ada menghantar emel kepada moderator laman tersebut, menyatakan sokongan dan meminta laman blog tersebut agar selalu dikemaskini. 

Sungguhpun begitu, Labuan Kini juga memberi pujian dengan moderator laman blog berkenaan kerana dapat bertindak dalam menjawab permasalahan yang diutarakan dalam ruangan komen. Contohnya pertanyaan Puan Dapsah Majid dari Kg Batu Manikar dijawab dalam tempoh 10 hari, dan yang terbaru seorang blogger mengutarakan pertanyaan mengenai status naiktaraf jalanraya (Jalan Tun Mustapha) dijawab dalam tempoh 9 hari.

Usaha Pejabat Parlimen Labuan untuk membuka ruang alternatif untuk warga Labuan mengutarakan permasalahan masing-masing melalui blog sudah menampakkan tanda-tanda positif.

Labuan Kini, seperti yang dinyatakan sebelum ini menyokong penuh Laman Blog Suara, secara langsung atau tidak.

2 ulasan:

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Para pemimpin tempatan memang perlu medium sebegini (blog atau portal) untuk memudahkan komunikasi dengan penduduk setempat. Selain beliau dapat mendengar masalah penduduk, beliau juga boleh merancang setiap tindakan yang diambil berdasarkan hasil komunikasi dengan rakyat. Syabas!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IK
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Gagak pun seperti Labuankini, hampir setiap hari gagak sulusuri Blog YB Labuan ini, tetapi ternyata sia-sia, lansgung tidak ada perubahan, masih ditekuk lama. Sedih juga dengan keadaan blog tersebut. Gagak ingat lagi pelancaran blog siap dapat liputan media cetak lagi... tetapi hasilnya amat memalukan YB Labuan. YB ada buat Qurban hari raya tu, gagak ingat mahu tulis dalam blog tetapi teringatkan YB ada blog sendiri. Up Date la kawan atau tutup sahaja Blog yang mencemarkan imej YB Labuan....