16 September 2008

RUMUSAN : Mesyuarat UMNO Labuan












Kesemua UMNO Cawangan Labuan sudah selesai mengadakan mesyuarat empat peringkat, dengan memperlihatkan 24 cawangan sempurna bermesyuarat dan 6 digantung atas beberapa alasan (tidak mematuhi peraturan perlembagaan, protes, bantahan dan sebagainya).

Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan yang dijadualkan berlangsung Oktober ini akan menyaksikan beberapa jawatan dipertandingkan, dimana penyandang Ketua Bahagian, Dato` Suhaili akan dicabar YB Datuk Yussof Mahal, Pemuda Labuan pula menyaksikan perlawanan antara Hj. Tony Noolan dan Mohd. Rafi, dimana jawatan Ketua Pemuda Labuan dikosongkan oleh Hj. Bashir Bin Hj. Alias atas faktor umur. Puteri dan Wanita UMNO menyaksikan tiada pertandingan di peringkat Bahagian.

Tidak kira siapa yang akan menerajui UMNO Bahagian Labuan, mengikut rancangan awal Labuan akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Wira Ali Rustam dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden. 

Pemuda Labuan pula berkemungkinan akan mencalonkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Jika tiada perubahan di peringkat atasan, Wanita Labuan juga akan mencalonkan penyandang Ketua Wanita UMNO sekarang, Tan Sri Rafidah Aziz kekal dengan jawatannya dan begitu pula dengan Timbalannya, Datuk Seri Sharizat Jalil.

Labuan Kini tidak sempat bertanya dengan Puteri UMNO Labuan siapa yang dicalonkan sebagai Ketua Puteri UMNO, oleh itu Labuan Kini tidak dapat membuat pengesahan.

Tambahan : Puteri UMNO Bahagian Labuan mengesahkan mereka akan bertindak mencalonkan YBhg Datin Ismalina Ismail sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia

2 ulasan:

Puteri Labuan berkata...

Insya'allah Puteri UMNO Bahagian Labuan akan mencalonkan Ybhg Datin Ismalina Ismail untuk jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat semua...
mungkin juga Puteri UMNO Labuan akan mencalonkan Y.B ROSNAH (Sabah), sebagai Ketua Puteri Malaysia ??...
Mungkin???

Kita tunggu Oktober nanti