13 September 2008

UPDATE: Mesyuarat UMNO Labuan 2

Hari ini 3 lagi cawangan UMNO di Labuan dijadualkan mengadakan mesyuarat, Layang - Layangan yang sempurna mengadakan mesyuarat siang tadi menyaksikan YB Datuk Yussof Mahal memperolehi satu lagi pencalonan. Bukit Kallam terpaksa menangguhkan mesyuaratnya disebabkan ada kematian di kampung tersebut dan dijadualkan bermesyuarat semula malam ini. Cawangan Kilan, yang merupakan home branch untuk YB Datuk Yussof Mahal juga dijadualkan bermesyuarat pada malam ini.

Dato` Suhaili hanya akan merasmikan mesyuarat cawangan Bukit Kallam kerana beliau terpaksa bergegas pergi ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga.

Labuan Kini juga difahamkan ada segelintir wakil dari Bahagian Labuan akan berlepas ke Kuala Lumpur esok untuk berjumpa dengan Kepimpinan atasan UMNO untuk menerangkan keadaan sebenar yang terjadi di Bahagian Labuan. Difahamkan  sebahagian dari cawangan - cawangan yang diprotes juga akan menghantar wakil ke Kuala Lumpur, juga untuk menerangkan keadaan sebenar di cawangan - cawangan mereka kepada ibu pejabat UMNO.

Ini difahamkan tercetus kerana kumpulan yang berpihak kepada YB Datuk Yussof tidak mengikuti saluran yang disediakan oleh Bahagian untuk menyalurkan bantahan atau protes, sebaliknya terus menghantar bantahan - bantahan mereka ke ibu pejabat UMNO.

Terkini, seperti dilaporkan di New Sabah Times hari ini, Cawangan Durian Tunjung bertegas mengatakan mesyuarat yang mereka adakan minggu lepas adalah sah, walaupun pihak Bahagian menegaskan sebaliknya kerana ketiadaan wakil dari Bahagian untuk mengikuti perjalanan mesyuarat dan mengesahkannya.

Cawangan Ganggarak yang dijadualkan bermesyuarat esok juga dijangka akan menghadapi masalah kerana gagal untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan mesyuarat.

Labuan Kini juga ingin mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO Labuan yang sempat mengadakan mensyuarat di Bukit Kallam, dan sekali lagi menyaksikan Ketua Puteri UMNO Labuan, Pn. Rahimah menang tanpa dicabar.

TERKINI : Ketiga - tiga cawangan yang bermesyuarat hari ini mencalonkan YB Datuk Yussof Mahal, seperti dalam jangkaan Labuan Kini. Keputusan terkini menyaksikan Dato` Suhaili masih mendapat 18 pencalonan dan pencabarnya YB Datuk Yussof Mahal mendapat 6 pencalonan, ini bermakna akan ada pertandingan untuk merebut jawatan Ketua UMNO Labuan pada mesyuarat Bahagian yang dijangka berlangsung Oktober ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pertandingan yang berbau demokrasi
ada lah adil dan saksama bagi rakyat yang mahukan perubahan dan pembangunan labuan yang efisen bukannya ikut telunjuk pemimpin yang gila kuasa mcm ds

Tanpa Nama berkata...

siapa yang gila kuasa ni? belum sampai 1 tahun jadi yb, dah angan angan nak bolot semua jawatan, lobi jawatan pengerusi perbadanan tak dapat, cuba plak rebut jawatan ketua bahagian umno, ni kalau tak dapat jugak, aku jamin 110% sah dia masuk pkr.

Tanpa Nama berkata...

andangnya camatu liau kalau bapolitik ani..kalau nda payah jua kan idup tu...ds pun biani camatu jua ..ani giliran dy lah bah..jaan tah kau kan ingar-ingar, babuyah saja mulut, bisia jua yang kaya

Tanpa Nama berkata...

bnr ka ds gila kuasa? mun ds dikatakan gila kuasa, dy atu gila apa?...@$&#)*%....setahu ku dy yg kn melawan rebut jawatan ketua bhgn atu......pastu dlm kempen kumpulan dy ujanya ia yg akan lantik ketua-ketua kg d labuan ani padahal kuasa melantik di bwh kuasa Pengerusi PL, ds punya kuasa bah tu....sapa tah yg gila kuasa di sini?

Tanpa Nama berkata...

POLITIK!!..
PEMIMPIN HANYA PANDAI BERJANJI UNTUK MENAMBAT HATI RAKYAT, TAPI JANJI TINGGAL JANJI.TIDAK KIRA SIAPA PUN PEMIMPIN. ITULAH YANG DINAMAKAN POLITIK.BELUM ADA LAGI AHLI POLITIK YANG DAPAT MEMUASKAN HATI RAKYAT LABUAN...

Tanpa Nama berkata...

bukan senang nak memuaskan hari rakyat ni. tak pernah kita nampak satu pun wakil rakyat yang bertanding mendapat 100% undi pada pilihanraya (menang tanpa bertanding tak kira).

bak kata pepatah inggeris; the worst thing you can do is to please everybody... which is absolutely impossible.

sekarang ni bukan nak menentukan siapa yang berkuasa siapa tak, siapa salah siapa betul, atau siapa menang atau siapa kalah. sekarang ni kita nak tengok siapa berpengaruh dan siapa tidak.

semua orang tau yang naikkan dy tu ds. dia dapat datukship pun ds yang tolong. dia dapat projek pun ds yang tolong. dia jamned satu badan pasal takde duit pun satu masa dulu ds yang tolong. dia jadi yb pun ds yang tolong rekomenkan. menteri langsung tak suka dy ni, tengok pun dia menyampah. kalau bukan sebab ada satu hamba allah tu tak mau jadi calon bn pada mac lepas, sumpah dy ni tak jadi yb, nasib baik hamba allah tu tak terima, walaupun watikah lantikan dah ada depan mata dia. tinggal dia terima je.

pas tu boleh plak dy kata hamba allah ni sabotaj dia masa pru12 lepas... isk.. isk.. isk...

hoi dy, kalau dia amik je tawaran masa tu, ko tak naik jadi yb laa... aku berani kerat telinga kambing jiran aku