14 November 2008

Blog Suara YB Datuk Yussof


Selepas Labuan Kini menyiarkan artikel mengenai Blog Suara YB Datuk Haji Yussof Mahal, Labuan Kini mendapat pelbagai reaksi dari beberapa pengunjung blog berkenaan melalui emel. Ada yang beranggapan blog tersebut kurang aktif, tidak di kemaskini dan ada pula yang merungut kerana komen yang mereka hantar tidak dipaparkan, atau diluluskan untuk paparan.

Labuan Kini tidak dapat menyentuh mengenai cara seseorang blogger itu mengendalikan komen-komen yang dihantar kerana ianya adalah bergantung kepada blogger itu sendiri dan berkemungkinan komen-komen disekat untuk mengelakkan "perang komen" atau menapis komen-komen yang tidak membina atau tidak berkenaan dengan isi kandungan blog tersebut. Laman blog Wilayahkini juga sudah mula menapis komen-komen, untuk mengelakkan "perang komen" dan komen-komen yang tidak membina.

Namun Labuan Kini ada berita baik untuk semua pengunjung blog Suara. Tinjauan Labuan Kini mendapati pengendali laman blog berkenaan suda mula peka dan menegaskan yang laman blog tersebut akan dikemaskini diisi dengan aktiviti-aktiviti yang membabitkan YB kita, YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal.

Berikut adalah ulasan dari pengendali laman blog berkenaan;

Thank you and tahniah for posting comments. The BLOG will definitely be updated constantly for people in general to know the development and activities caried out by the MP and his officers. Of course, the beginning may have some slowdown in putting in the information.

There had been plans earlier to turn this BLOG as a platform for the people not only in Labuan but the whole Malaysia to give positive input to be shared among Malaysian in particular.

To be more specific, we are putting in activities as well as MP's motion tabled in Parliament soon.

To this, we need to be more cautious in selecting materials. 

We are confident that, we sould be able to turn this BLOG in such a way (with profesionalism to be taken into account.)

The Labuan Parliament Office strongly hopes the sincere supports from people at all level towards the creation of this BLOG.

For those who have posted comments, Congratulation and thank you for your ideas and supports.
 

Labuan Kini akan sentiasa memberi sokongan kepada pengendali blog Suara, baik secara langsung atau tidak.

7 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

saya juga menyokong mana-mana usaha yang mampu membawa kepada pembaharuan!!!

Tanpa Nama berkata...

Macam temberang lah pengurus Blog YB ni... Dia jawab dalam bahasa penjajah, lepas tu dia cakap Blog YB ni bukan untuk orang Labuan sahaja tetapi menyeluruh...Tapi masalahnya tidak "UPDATE", buat malu Pejabat Ahli Parlimen Labuan sahaja.. Mungkin ini lah sikap orang Melayu di Labuan hanya tahu menonggak ke langit hingga lupa rumput di bumi.....

a.d.a.m. berkata...

"gagak"
saudara,dalam meluahkan satu2 isu kita seharusnya tidak terlalu agresif.Lihat kpd sahabat saya,meet uncle shah; beliau meluahkan kekesalannya krn ulasan agresif dalam satu isu dalam labuankini.
saya tidak menyokong mm2 pihak.sebagai blogger, kita hadir sebagai check n balance.apapun,terserah kpd kebijaksanaan masing2.saya pasti,saudara bijak untuk mengupas isu ini...
salam perkenalan

kumatkumit berkata...

"bicara gagak"
>Jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar<..baik jua tu daripada nda ada..mun nda ada langsung..komen mu tu nda jua dapat di baca..bersyukur tah deh..

a.d.a.m. berkata...

"kumatkumit"
hehehe...bicara melayu terletak kuatnya peribahasa yg dimilikinya..
terima kasih krn menggunakan peribahasa melayu!!!
namun,perlu diingat kita(blogger) hadir sebagai check n balance bkn mengapi-api mahupun mengadu-domba...

bungaraya berkata...

Selain dari hanya bercerita seladar hal-hal yang bersangkutan dengan aktibiti YB mengenai Labuan, saya juga mencadangkan sekali-sekala YB juga bercerita mengenai perjuangan bangsa dan betapa perlunya rakyat melayu di Labuan ini disedarkan bahawa jika hanya tak dapat permit Bas amupun Lesen kedai runcit tak usah flatform perjuangan hendak diketepikan. Begitu rendah mertabat perjuangan kita. noooh.

dragondarling berkata...

Tahniah saya ucapkan atas pembangunan blog YB DYM sebagai satu wardah komunikasi alternatif
bagi menyampaikan maklumat, pandangan, dan idea-idea selaras dengan perkembangan teknologi maklumat kini.

So, warga Labuan tidaklah perlu semata-mata bersesak-sesak ke Pejabat Ahli Parlimen hanya untuk
mengadu perkara-perkara yang boleh disampaikan melalui blog ini.

Oleh itu, suka saya mencadangkan beberapa perkara untuk perhatian YB DYM. Antaranya:

1. Turun padang bagi melihat masalah orang kampung dan mencari jalan penyelesaiannya. Bukan apa, lebih baik melihat sendiri daripada mendengar masalah melalui orang lain. Kadang-kadang, ada maklumat yang sepatutnya disampaikan tetapi tidak sampai. So, harap dapat jadualkan pertemuan / lawatan ke kampung-kampung sekitar Labuan.

2. Perlu punya support team yang kuat untuk memantapkan hubungan YB DYM dengan warga Labuan. Perlu orang yang berpengalaman mengurus seorang Ahli Parlimen yang mantap PR nya serta berkebolehan menjadi setiausaha kerja untuk pentadbir YB DYM. Orang ini juga perlu bijak mengatur strategi untuk mengetegahkan bakat kepimpinan YB DYM melalui sikap keprihatinan dan cara penyelesaian masalah rakyat.

4. Di samping itu, kukuhkan hubungan dengan DMAD & HYM yang memang kita ketahui berpengalaman dalam politik. Mereka ini masih ramai pengikut kuat di belakang.

5. Kumpulkan semua ahli profesinal dan ahli akademik kelahiran Labuan yang berjaya di luar Labuan. Mereka ini sudah tentu datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan profesion. So, YB DYM boleh kumpulkan mereka dan buat satu retreat untuk memikirkan hala tuju labuan, nasib dan cabaran serta cadangan memajukan labuan ke tahap yang lebih tinggi dari pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi, pendidikan, agama, sosial,kebajikan dll.

bersambung di lain hari...