Kelmarin, Labuan Kini ada diberitahu bahawa Tn Hj Bashir Hj Alias (Naib Ketua UMNO Labuan) ada membuat laporan polis dibalai polis Labuan, berhubung penyiaran klip video beliau yang disiarkan oleh seseorang dilaman YouTube. Dalam laporan tersebut, Tn Hj Bashir meminta pihak polis membuat siasatan keatas pengirim klip video tersebut, beranggapan ianya satu percubaan untuk menjatuhkan beliau. Labuan Kini tidak menghebahkan perkara ini kelmarin kerana ianya terlalu awal untuk digembar gemburkan, dan siasatan polis masih dijalankan.
Hari ini Labuan Kini menerima satu lagi khabar yang kononnya Mohd. Rafi ada menelefon Ketua Puteri Labuan, Pn Rahimah mengugut untuk mengemukakan saman terhadap blog Puteri UMNO Labuan. Mohd. Rafi menyatakan kononnya ada artikel atau komen-komen pembaca dilaman blog tersebut yang cuba untuk menjatuhkan martabat atau menyentuh hak-hak peribadi beliau. Ini dikatakan sedikit sebanyak mengganggu kedudukan beliau selaku salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO Labuan.
Untuk rekod, sayap Pemuda UMNO Labuan diarahkan untuk bermesyuarat semula, dan dijangka akan mengadakannya pada 29 November ini.
Labuan Kini sebelum ini ada menegaskan bahawa tidak terlibat dengan sebarang, penyiaran klip video, artikel, atau gambar-gambar yang disiarkan diluar laman blog Labuan Kini. Sebarang komen, atau akaun dilaman lain yang menggunakan nama Labuan Kini bukanlah kepunyaan Labuan Kini. Labuan Kini hanya sekali sekala, ada menghantar komen pada artikel yang disiarkan di laman blog sahabat, iaitu WILAYAHKINI.
18 ulasan:
Salam kepada semua..
Puteri Labuan tidak pernah menulis dan menyiarkan sebarang cerita atau artikel yang menyentuh hal peribadi saudara Rafi. Apabila dilayari blog puteri di www.puterilabuan.blogspot.com yang telah dibuka sejak 18 OGOS 2008, para pembaca dan pelayar blog bolehlah melihat sendiri, sekiranya ada artikel yang dimaksudkan sila maklumkan kepada moderator blog Puteri Labuan.
Terima Kasih.
kerana youtube badan binasa!!!
hehehe...harap kita semua ambil perhatian disini...telah terlalu lama orang melayu punyai sikap mengadu-domba, batu api dan sebagainya sehingga memecah-belahkan kekuatan melayu itu sendiri!!!
sedarlah melayuku!!!
salah blog kaliah kedia?
Yang di Youtube tu.. gagak tidak rasa apapun biasa-biasa saja.. tapi gagak setuju la dengan tindakan Tangah Hj Basir tu..Mun kan berpolitik tu, berpolitik tah saja, tapi jangan luan kan lebih-lebih.. sampai maruah anak Labuan kan di jaja satu Dunia.. Bermaruah jua kitani bah..
Puteri Labuan.. kami spesis gagak ani tahi Blog jua. Blog Puteri Labuan beretika inda menyentuh secara langsung individu di muka bumi ani kecuali kaum Puteri Labuan sahaja. sampaikan kamu speses gagak pun galat kan join.
Gagak rasa yang banyak menyentuh isu calon ani, ulasan dalam artikel Labuan Kini tajuk Pemuda-Dah Sah Jadi..sampaikan kami kelempok gagak boikot Labuan Kini satu hari (semalam) pasal malu bah dengan cara pengulas yang luan kebudak-budakan & cetik ilmu atu.. Kitani kan berkongsi pengetahuan besidia kan beucap-ucapan tah pulang..
www.bicaragagak.blogspot.com
Labuankini inda menyentuh pun peribadi seseorang atau mencuba merosakkan peribadi seseorang melalui penulisannya. Cuma orang yang membagi komen atu saja... payah kan ditahan jamu orang yang kan mengomen ani. ikut suka ati durang saja mengomen.
Aku rasa labuankini patut ikut contoh wilayahkini, mana2 komen yang dihantar di review dulu untuk kelulusan sebelum disiarkan. bukan apa laa... takut komen2 ani karang boleh menjatuhkan reputasi labuankini.
Aku memuji labuankini yang memberikan kita kebebasan untuk bersuara, tapi nampak sangat suda kebebasan atu disalahgunakan.
apa pendapat bloggers yang lain?
SAalam Perjuangan....
Selama apa yang aku nampak dalam blog puteri, tidak pernah pun aku ada jumpa Puteri Labuan memburukkan siapa2 di Labuan ini. ApA NI....Sudah lah politik Labuan jadi kucar kacir kerana orang2 yang menggunakan politik untuk menambah kekayaan , janganlah nda isu lagi kana dikurapakan....Alim saja bunyinyaaa... tapi mun pandai jua ke ahemahem....(mcm Lagu Dato.M.Daud Kilau) Kalau Sudah Gila J..I! ingat aliimlah tu... Ingat, Nabi katani pun inda pernah kan membuatkan ummatnya berpecah belah oleh kerana kan kepentingan peribadi. Simplelaah kawan, mun sudah nada sokongan tu, beruundur tah dari bpolitik. Bertanding tah saja Ketua Bahagian di Membakut sana mun berani.... ADA BERANI KA
"awg.Lak"
Macam marah bunyinya..jgn tah marah marah deh..biarkan tia betanding..sebelum ni kana main tunjuk ja bila kan jadi ketua pemuda..kali ani nada lagi main tunjuk tunjuk..belawan tia..ani yang dinamakan "DEMOKRASI"..bukan yang diatas yang menentukan tetapi orang orang dari bawah yang akan memilih sendiri siapa yang bakal menerajui pergerakan Pemuda..yang di bawah ani pun ada jua haknya untuk memilih..jadi...fikir fikir kan lah....
SALAM MALAM..... hehehehehe, mau jua kediaku kan tau arah kumatkumit ni... kedikau ani ahli kah sudah alum dalam UMNO ni, jangan tah ikut campur dalam hal ehwal UMNO. Demokrasi kepala hotakmu berjambul(minjam kata2 FILEM TIGA ABDUL)... yang dinamakan Demokrasi ani mun kediaku kan tau ialah...Demokrasi Terpimpin..Bukan pemilihan yang menyababkan papacahan. Brakal banar kau liau, adatah smuanya kan dipilih olih orang bawah, jadi ahli parlimen tu siapa yang memilih sebelum ia diundi oleh rakyat... pemimpin atasan jua yang memilih. Kedikau ani banar2 tah sukusakat orang pakistan ni... mun kediaku ani laki2, mamang kana bari udah ni 2 -3 round olih (ahaehehe)......
"T.N"
Yang diatas tu memilih orang yang banar-banar layak untuk memimpin..layak untuk jadi MP/Ketua..bila sdh nda layak tu adalah sbbnya tu..jgn tah emosi...tekana kaliah..emosi pulang...dalam pemilihan ani nda pulang yang berpecah liau..kakal pulang dapat duduk di kadai kopi minum dan makan soto sama2..org yang macam kadikau ani yang yang memberi orang berpecah belah..kawan tatap kawan pulang tapi ideologi politik yang berlainan..aku nda pulang suku sakat pakistan ni...suku sakat gohit/gostan ada pulang tu..he..he..jgn luan emosi...capat tua karang...tuuh..bekaradut udah muanya...sabar sabar kau liau...
siapa yang minum dikadai kopi sama2.....??? mamang mun kau bukan orang politik....kau tau ka sabab keluarga PAKSITANLAH melayu Labuan ani bapacah balah.....KANAPA ia inda mau batanding arah tampatnya sandiri.... CUBA BAGI KOMEN, mau jua ku mandangar... yang kau ani paradianya... walaupun aku tahu kau sakarang ani di KK sama ABANGmu yang paling kau sayang tu.....
apa la diaorang ini main ugut2 pula..
T.N..T.N..
Mengikut aku punya survey...berumah betanah disini..basar disini...skol pun di sini..nda ada pulang masalah tu...pun ku dangar nda ada pulang orang labuan ani yang pecah belah...ko nganya sorang memecah balahkan diorg ani kaliah...ataupun nda faham faham lagi pasal perbezaan idealogi..cuba check balik..idealogi...
jangan tah jadi hipokrit ani wa, memang pun Labuan ani orangnya inda bapacah, tapi yang tarlibat dalam politik wa, ada ta suka2 nelepon urang marahi kanapa buat repot adinya.....nampak sangat masuk jarat sandiri. mamang kumatkumit ani dangsanak diorang ni... apa yang "MALAS TAH KU INGAU"
T.N
"Mengaku jua kau ahh...terima kasih"..."INGAU TAH KU JUA"
tapi kan, sebatahku dilabuan ani jamu, nada urang labuan menyabut sekolah ani skol atau iskol. urang sebarang nganya yang menyabut sekolah ni bahasa urang putih binasa camiatu.
jadi kurasa kau ani bukannya 100% urang labuan pakah kumatkamit. keturunan si "jati labuan" kali eh.
apa2 pun memang aku RESPECT si "jatilabuan" !!
boleh tahan ko joe!!! memang JATI labuan sungguh.. begitu berani and mantappp!!!
jadinya.. lain kali kalau rasa benda atu salah.. janganlah buat! hormat jugak pucuk pimpinan. mati2 org2 UMNO mengutuk datuk seri anwar ibrahim berjoget lambak... sekali tgk ahli2 UMNO jugak yang MENEMPEL tahi di muka sendiri!!
belalang... belalang... aku sudah cakap jangan.. tapi ko berdisko juga... kan kah malu ja...
memba'ei kan tidurr kurapak kamu ani....ZZZZZzzzzzzzz
Alahai pemimpin2!
Catat Ulasan