12 November 2008

Nasib Pemuda UMNO Labuan

Hari ini merupakan penentu bagi sayap Pemuda UMNO Labuan, menantikan keputusan mesyuarat pengurusan UMNO Pusat sama ada perlu bermesyuarat semula atau tidak. Hampir kesemua warga kerja yang terlibat dalam mesyuarat Pemuda UMNO 1 November lepas dilihat tidak senang duduk, menunggu keputusan dari UMNO Pusat.

Kronologi Mesyuarat Pemuda UMNO 2008.

1. Mesyuarat diadakan sehari awal daripada Mesyuarat Bahagian, bimbang ianya akan mengambil masa yang lama untuk selesai memandangkan kesemua jawatan dalam sayap itu dipertandingkan.
2. Mesyuarat menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara kumpulan Mohd. Rafi Ali Hasan dan kumpulan Hj Tony Noolan Datuk Isli. Mohd. Rafi dilihat pro kepada kumpulan YB Datuk Yussof Mahal, sementara Hj Tony dikatakan mendapat sokongan padu dari Ketua Bahagian, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
3. Pengiraan undi yang selesai hampir lewat malam itu menyaksikan kumpulan Hj Tony hampir memenangi kesemua jawatan dalam Pemuda, kecuali satu kerusi G2 dan satu kerusi AJK, yang dimenangi oleh Ismaildin Hj Yaacob, orang yang dikatakan berada dalam kumpulan Mohd. Rafi.
4. Kumpulan Mohd. Rafi membuat bantahan mengenai keputusan undi Ketua Pemuda, kerana terdapat lebihan kertas undi pada undian. Perwakilan yang hadir adalah seramai 97 orang, manakala jumlah undi untuk Ketua Pemuda adalah sebanyak 98 undi (Mohd. Rafi mendapat 32 undi, Hj Tony memperolehi 66 undi). Bantahan Mohd. Rafi bagaimanapun ditolak oleh pemantau mesyuarat ketika itu, kerana ianya dianggap masalah teknikan yang kecil dan tidak mempengaruhi keputusan pengundian, walaupun dibuang satu kertas undi.
5. Mohd. Rafi selepas itu dikatakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, dan mengumpul tandatangan dari beberapa ahli Pemuda untuk menyokong usul beliau supaya mesyuarat Pemuda UMNO diadakan semula.
6. Pejabat Setiausaha Agung UMNO menghantar surat makluman kepada UMNO Bahagian pada 5 November, mengarahkan supaya mesyuarat Pemuda UMNO mesti diadakan semula sebelum 9 November. Surat itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung sendiri ada menyatakan bahawa beliau ada memaklumkan dan berbincang perkara ini dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
7. Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, beserta dengan Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berjumpa dengan Timbalan Presiden UMNO keesokan harinya untuk membuat penjelasan dan meminta campurtangan beliau dalam hal ini.
8. Pada malam 7 November, Dato` Suhaili ketika transit di Labuan dalam perjalanan dari KL ke KK, mengadakan perjumpaan sekejap dengan Pemuda UMNO, juga turut dihadiri oleh Ketua Wanita, Ketua Puteri, beberapa AJK Bahagian dan ketua-ketua kampung di Lapangan Terbang Labuan.
9. Dalam perjumpaan yang berlangsung selama setengah jam tersebut, Dato` Suhaili menerangkan bahawa surat dari Pejabat Setiausaha Agung itu boleh diabaikan kerana keputusan untuk bermesyuarat semula telah dibatalkan oleh Timbalan Presiden UMNO, dan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat pengurusan, Rabu ini untuk dibincangkan. Hj Tony Noolan juga ada menghantar senarai tandatangan dari 60 perwakilan Pemuda yang membantah keputusan untuk bermesyuarat semula, untuk diajukan ke UMNO Pusat.
10. Dato` Suhaili juga ada mengatakan bahawa TImbalan Presiden UMNO menafikan ada berbincang perkara ini dengan Setiausaha Agung UMNO, sebelum ini.
11. Hari ini (Rabu) merupakan hari penentu buat Pemuda UMNO sama ada perlu bermesyuarat semula atau tidak.

Pemuda UMNO Labuan juga dikatakan ada mengadakan Majlis Makan Malam  bertempat di SaraHotel semalam. 

Update : 13/11/08 Labuan Kini difahamkan oleh UMNO Bahagian Labuan bahawa mesyuarat pengurusan yang sepatutnya diadakan kelmarin ditunda ke 17 November. Perkara ini juga disahkan oleh seorang ahli Pemuda yang ketika ini berada di Kuala Lumpur.

12 ulasan:

bungaraya berkata...

Sekarang sudah 13.11.2009. Apa dah jadi? Sudah ada keputusankah?

labuankini berkata...

Labuan Kini difahamkan oleh UMNO Bahagian Labuan bahawa mesyuarat pengurusan yang sepatutnya diadakan kelmarin ditunda ke 17 November. Perkara ini juga disahkan oleh seorang ahli Pemuda yang ketika ini berada di Kuala Lumpur.

Tanpa Nama berkata...

Isu nasib Pemuda Labuan perlu dijawab oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan Hj. Tony. Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan pendirian beliau selaku ketua pemuda Labuan terhadap isu ini. Jangan sampai isu ini menjadi punca kekalahan beliau sekiranya pusat mengarahkan Pemuda Labuan bermesyuarat semula. Pemuda perlu sedar isu ini menjadi perhatian dan tumpuan perwakilan Pemuda di cawangan-cawangan.

kumatkumit berkata...

Nasib pemuda sebenarnya terletak di tangan para perwakilan..so janganlah pandai pandai nak bagi komen yang boleh mengeruhkan keadaan..pemuda labuan sebenarnya sudah matang untuk berpolitik, bukan hanya sekadar huha..huha..seperti yang sering di labelkan kepada pergerakan pemuda masa lalu..pemuda sekarang perlukan perubahan yang drastik bagi dalam semua perkara..kepimpinan pemuda sekarang tidak lagi mahu di remote controlkan oleh seseorang...pemuda sekarang mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan drastik tersebut...maka dengan itu..fikir-fikirkan lah..lu pikir la sendiri nabil!!!

a.d.a.m. berkata...

"kumatkamit"
sy bersetuju dgn anda. Namun, sikap sesetgh pihak adakalanya menjadikan that issue be complicated.
Dalam hal ini, seharusnya ahli berfikir secara matang. Sesetgh pihak mngkn mahukan nya atas kepentingan peribadi.Dari sudut yang lain,ianya akan menjadikan UMNO seolah-olah tidak lagi bermaruah!!
berubahlah Melayuku!!!

Tanpa Nama berkata...

saya juga bersetuju, pemuda sekarang sudah pandai berpolitik perwakilan yang dilantik dari cawangan-cawangan lah yang menentukan siapa yang patut berada diperingkat bahagian. pemuda sudah matang.

namun bagi saya perjuangan pemuda juga haruslah sealiran dengan umno bahagian. perlu diingat pemuda bukannya satu parti yang lain, ianya hanya salah satu sayap dalam umno bahagian. kalau pemuda tersilap langkah, bahagian juga yang kena.

bagi saya tidak ada isu remote control disini. kerana memang sudah lumrah perjalanan pemuda mestilah seiring dengan bahagian, begitu juga dengan sayap2 parti yang lain, wanita dan puteri. kemana halatuju bahagian, kesitulah semua sayap2 parti yang lain pergi. bukankah janggal dilihat kalau bahagian menuju ke kanan, pemuda ke kiri, wanita duduk diam2, dan puteri reverse? umno labuan harus senada, bergerak seiringan, barulah umno labuan kukuh! kuat!

apa akan jadi kalau bahagian dipimpin oleh team a, dan pemuda dipimpin oleh team b? bagaimana halatuju umno labuan? dijamin umno labuan tidak akan kukuh seperti sekarang. yang kesian wanita dan sayap umno yang baru hendak belajar, puteri, turut sama jatuh akibat ketidakserasian antara pemuda dan bahagian.

ini yang perlu kita elakkan.

a.d.a.m. berkata...

"Tanpa Nama"
apapun, kematangan itu harus dilihat dari sudut yang luas. bukan semua perwakilan punyai pemikiran yang selari dengan pucuk pimpinan. jika kita lihat tranformasi yang dilakukan, seharusnya kita sedar yang "kebebasan" yang diberikan bukan untuk ahli UMNO mend=gadu domba, berpecah belah dsb ttp ianya harus bergerak sebagai satu entiti yang kuat dan teguh..

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"damai abadi"
bagi aku ni lar politik sekarang...selagi nda ko manang selagi atutah ndakan puas hati..inda majal nda lurih,nya kita ni!!!hehehe...
anyway, perwakilan harus bijak sapa yg durang mau jadi pemimpin...

Tanpa Nama berkata...

Wahai sahabat-sahabat ku !! Nada kita seiring.. Pemuda, Putri dan Wanita perlu berdiri seiring dengan kepimpinan UMNO Bahagian. Perkara ini perlu dinyatakan dan diserapkan kepada semua perwakilan dan ahli pemuda di cawangan2. Namun kelompok gagak sudah terdengar istilah " Menang BERSIKUT " Ketua Pemuda Labuan yang menjadi perbualan di cawangan2. Oleh itu, perlu Ketua Pemuda Labuan menyatakan dengan jelas hala tuju perjuangan visi & misi Pemuda Labuan di bawah Kepimpinan Beliau. Pemuda adalah pelapis kepimpinan UMNO Bahagian. HIDUP PEMUDA !!!!

Al-Rashid Zulkefli berkata...

"gagak"
maksudnya???
please be specific...

kumatkumit berkata...

aku setuju banar tu gagak...jangan sampai kacang lupakan kulit...bila sudah menang batang hidung pun nda nampak..ada jua sdh ku dangar bunyi bunyi perwakilan yang bercakap..tapi yang pasti pergerakan pemuda mestilah berani membuat perubahan..kalau nda mcm dulu jua tu karang..pikir pikirkan lah...

a.d.a.m. berkata...

"kumatlumit n gagak"
apa yg ingin aku katakan bhw tranformasi umno nampak macam tidak selari lagi dgn kepimpinan parti,agaknya itu yg menyebabkan wujud pertembungan kuasa yg sgt hebat...(wlupun tak hebat sgt)
aku bkn mahu berbangga,UMNO adalah perjuangan keluargaku(my father's side).
my late grandfather prnh bersama-sama dato onn menubuhkan umno,di perkarangan istana sultan johor. diakhir hayat beliau, my late grandfather mahukan cucunya pertahankan umno,membawanya jauh dari korupsi,gila kuasa !!! tanpa ada kepentingan peribadi..!!!
namun, feedback yg prnh aku berikan disini mencetuskan evolusi pro-kuasa..maafkan aku,aku perlu jadi liberal sikit..hehehe...
finally, aku temui jua sesuatu yg dimahukan yakni kematangan berfikir. orang melayu harus perlu sedar nasib kita kian hari bagai telur di hujung tanduk!!! sedarlah!!! tinggalkanlah kepentingan kuasa,politik,dan pangkat...jgn bila da menang "tutup pintu"!!! apalah nasib melayuku....