Pergerakan Pemuda Umno Labuan diarah bermesyuarat semula | |
19th November, 2008 LABUAN: Kemenangan Ketua Pemuda Umno Bahagian Labuan, Haji Tony Noolan Datuk Haji Isli bersama jawatankuasa barunya hanya bertahan selama 17 hari, apabila mesyuarat pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu dibatalkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Umno yang bermesyuarat pada Isnin. Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Datuk Haji Isli ketika dihubungi petang kelmarin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan mesyuarat pemilihan Pergerakan Pemuda yang diadakan sebelum ini sebagai tidak sah dan diarah untuk bermesyuarat semula. Menurut Rozman, beliau dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu oleh Ketua Umno Bahagian Umno Labuan, Dato’ Haji Suhaili Abdul Rahman melalui panggilan telefon. Datuk Haji Suhaili kini berada di Amerika Syarikat atas urusan rasmi. “Datuk Suhaili telah dihubungi oleh Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, mengenai pembatalan itu dan mengarahkan supaya Pergerakan Pemuda Umno Labuan bersedia untuk mengadakan mesyuarat semula dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya. Rozman berkata, beliau telah di-maklumkan secara sepintas lalu, bahawa semua perjalanan mesyuarat kali ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Perhubungan Umno Wilayah dan dipantau oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia. “Bagaimanapun kita masih lagi menunggu surat rasmi daripada ibu pejabat Umno pusat mengenai perkara itu,” katanya. Terdahulu sebelum itu, Pejabat Umno Bahagian pada 5 November lalu telah menerima surat arahan mesyuarat semula yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia supaya pergerakan itu bermesyuarat semula pada 9 November lalu, bagaimanapun ia ditangguhkan selepas arahan itu dibawa ke peringkat Jawatankuasa Pengurusan Umno oleh Umno Bahagian Labuan. Sementara itu, New Sabah Times di sini telah difahamkan pembatalan mesyuarat itu ada kaitan dengan bantahan yang dibuat oleh calon Ketua Pemuda yang tewas, Mohd Rafi Ali Hassan yang mendakwa berlaku ‘pengundi hantu’ pada sesi pemilihan yang diadakan pada 1 November lalu. Mohd. Rafi dari kem Datuk Haji Yussof mendakwa kemenangan Ketua Pemuda Umno yang baru, Tony Noolan adalah tidak sah kerana mendapati jumlah kertas undi yang dikira melebihi satu undi daripada jumlah kehadiran perwakilan. Pada sesi pengundian itu, calon Tony Noolan Datuk Haji Isli memperolehi 66 undi, manakala Mohd. Rafi mendapat 32 undi yang menjadikan jumlah kertas undi yang dikira sebanyak 98 berbanding perwakilan yang layak mengundi hanya 97 orang. Sementara itu, Haji Tony Noolan yang dihubungi kelmarin, akur dengan keputusan yang dibuat oleh ibu pejabat Umno itu. “Saya serah kepada perwakilan untuk menentukan sekali lagi nasib perjuangan saya… Saya tidak dihantui oleh perasaan takut… menang dan kalah adat dalam pertandingan,” katanya. Dalam waktu yang sama beliau berharap agar pemilihan kali ini dapat dijalankan dengan baik tanpa berlakunya sebarang perbuatan yang tidak diingini sehingga boleh me-rosakkan kemenangan seseorang. Sementara itu, beberapa pemerhati politik mula membuat andaian, mes-yuarat yang akan diadakan semula ini tidak akan merubah nasib Haji Tony, malah ada yang memperakui Haji Tony mungkin akan meraih undi yang lebih besar. Menurut mereka, Haji Tony yang bersekutu dengan Suhaili yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian selain menyapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan boleh meletakkan harapan yang lebih tinggi kepada Tonny untuk mengekalkan kemenangannya. Bagaimanapun ada juga yang me-ramal sekiranya Mohd. Rafi dan kumpulannya memenangi jawatan yang dipertandingkan termasuk G10, ia mampu mengubah semula senario politik Umno yang dipimpin oleh Suhaili. |
Kategori
20 November 2008
Pemuda - Bila Nak Jadi?
Petikan dari New Sabah Times, 20 November. Ulasan dari Labuan Kini dibawah
1. Mohd. Rafi sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa peti undi mungkin ditukar ketika wakilnya keluar membuang undi.
2. Hj Tony Noolan sebelum ini ada mengumpul 60 tandatangan dari perwakilan untuk menolak usul untuk bermesyuarat semula. Jika kesemua 60 perwakilan ini tidak berpaling tadah disaat akhir, Hj Tony dijangka akan mempertahankan kemenangannya dengan undi yang lebih besar.
3. Hj Abdullah Amir menewaskan pencabarnya hanya dengan 5 undi sahaja untuk jawtan Naib Ketua Pemuda. Untuk Rekod, Hj Amir adalah orang nombor 2 Hj Tony Noolan.
4. Untuk Makluman, kesemua bahagian-bahagian bermasalah yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan UMNO di Putrajaya, hanya Pemuda Labuan sahaja yang diarah untuk bermesyuarat semula. Bahagian Batu dan Seputeh disahkan statusnya dan tidak perlu bermesyuarat semula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
pengundi hantu mn plak dlm mesyuarat umno???
sedih plak tgk org melayu bertelagah angkara kuasa....entah bila nk berubah.....
diminta selepas ini orang2 hj udin kenalah berpakat dengan betul2 supaya tidak ada lagi pertindihan dalam pencalonan, sehingga kita kalah satu kerusi ajk dan satu g2. kali ni kita bagi dorang kilar.. nada menyangkut satu kerusi pun
leks lus... jgn over confident beb!!
bila mau buat mesyuarat???
harap labuankini terus membuat susulan berita ini.
Bila mau mesyuarat?...dapat pigi kah tu..siok jua rasa..saja kan melihat....kita teka siapa menang...???
kudangar 29 aribulan... ada tu betulis di poll atu. kan pigi kurasa bulih tapi duduk diluar dewan saja laa... 1 aribulan ariatu pun aku pigi pun menunggu diluar ganya. cuma siuk laa suasana. lebih kurang sama macam menunggu keputusan pilihanraya mac lapas.
Catat Ulasan