Satu perjumpaan diantara Pemuda UMNO, beberapa pemimpin dari Bahagian, Puteri, Wanita dan Ketua Bahagian UMNO, Dato Suhaili di Lapangan Terbang Labuan malam tadi. Perjumpaan tersebut bermula kira-kira jam 9.50 malam dan selesai setengah jam kemudian.
Antara tujuan utama perjumpaan tersebut adalah untuk UMNO Labuan, terutama sayap Pemuda mendengar sendiri status Mesyuarat Pemuda yang berlangsung pada 1 November yang lepas. "Lebih baik Pemuda mendengar sendiri dari Dato` Suhaili terus secara langsung, daripada dipesankan melalui pihak ketiga", kata salah seorang yang hadir pada pertemuan tersebut.
Mengikut apa yang diterangkan oleh Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili, arahan untuk bermesyuarat semula oleh Pejabat Setiausaha Agung UMNO tidak digunapakai dan boleh diabaikan. Ini kerana setelah Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan Rafique ketika membincangkan kejadian-kejadian yang berlaku pada beberapa UMNO Bahagian di Wilayah dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini, YAB TPM akan membuat keputusan kes-kes yang berlaku di Wilayah (3 kes kesemuanya, Bahagian Seputeh, Puteri Bukit Bintang dan Pemuda Labuan) pada mesyuarat pengurusan UMNO, rabu ini. "Kita akan tahu keputusan mengenai Pemuda Labuan seawal petang rabu, ataupun paling lambat hari khamis", kata Dato` Suhaili. "Surat dari Setiausaha Agung ada menyatakan beliau telah berbincang dengan Datuk Seri Najib, tapi Datuk Seri Najib menafikan ada berbincang dengan Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai perkara ini", katanya lagi.
Antara yang hadir pada pertemuan tersebut termasuklah Ketua Pemuda, Hj Tony Noolan, Timb. Ketua Pemuda, Hj Abd. Amir, Ketua Puteri, Pn Rahimah Lamat, Ketua Wanita, Pn Hjh Aini Safar, Setiausaha Bahagian, Rozman Datuk Isli, Pengerusi Tetap, Latiff Hamdan, Timbalan Pengerusi Tetap, Arif Buang, pengasas UMNO Labuan, Datuk Isli Siput dan ketua-ketua kampung.
Ketua Pemuda UMNO yang baru dipilih, Hj Tony Noolan juga dikatakan telah mengumpulkan tandatangan daripada 62 perwakilan Pemuda membantah arahan untuk bermesyuarat semula dan diserahkan kepada Dato` Suhaili untuk diajukan kepada ibupejabat, malam tadi.
9 ulasan:
Kenapa Tengku Adnan tidak memikirkan bahawa banyak masa dan wang ringgit yang akan terbuang akibat arahannnya untuk membuat semula mesyuarat pemuda? Hanya kesilapan teknikal yang kecil yang sebenarnya langsung tidak mengubah keputusan pemilihan dalam mesyuarat tersebut.
Daripada 97 orang perwakilan yang hadir 66 perwakilan telah mengundi Undi Hj Isli sebagai Ketua Pemuda dan 32 orang perwakilan sahaja yang mengundi Sdr Rafi. Ertinya perbezaan undi adalah sebanyak 34 undi. Jikapun berlaku kelbihan undi 5 atau 7 atau 10, kesilapan teknik ini masih belum mengubah kemenangan Udin Hj Isli. Selaku Setuiausaha Agung UMNO pusat, Tengku Adnan mestilah bijaksana dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kedua belah pihak yang bertanding.
Saya mempertikaikan keikhlasan Tengku Adnan dalam hal ini.
Hati siapa yang hendak dipuaskan? Perlukah kita puaskan hati semua orang ? Atau maruah anak muda kita yang perlu diutamakan?
Buat Hj. Tony inilah masanya Ketua Pemuda Labuan bersuara bagi pihak penyokong dan perwakilan. Jangan beri ruang untuk anak muda kita di hasut dan diseliwangkan akidah politiknya.
uinah ini bila ni?....mungkin time ni aku di MC DONALD ni makan2 lepas isyak..adesss..atu bisa
gud luck pemuda labuan!!!
Kesilapan kecil itulah yang akan menyebabkan kesilapan yang sangat besar di masa akan datang...salah tatap salah brader..bila sdh labih undi atu..labih jua...ada baca perlembagaan ka..tolong semak
ada, ada ku mbaca buku perlembagaan umno. tapi nada pulang menyantuh pasal labih satu undi dalam perlembagaan. kesimpulannya, kau ada bacakah perlembagaan? masalah labih undi tu masalah teknikal, nada kana santuh tu dalam perlembagaan
Masalah teknikal nda timbul..masalahnya siapa yang menimbulkan masalah teknikal tersebut...pikir pikir kan lah..kalah menang memang adat pertandingan..kalah atau menang biarlah secara telus...ada hantu ngundi kali ahh...
"makluman untuk warga blogger"
Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawasanya mesyuarat pergerakan pemuda UMNO bahagian labuan akan dijalankan semula pada bila-bila masa..inilah masanya para perwakilan menentukan masa depan pergerakan pemuda di masa akan datang..pada para perwakilan buatlah pilihan secara bijaksana..masa depan pemuda terletak ditangan anda...dan kepada yang bertanding diucapkan selamat bertanding dan yang bakal menang kelak...tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin..."Good Luck Warga Pemuda"...Eratkan Perpaduan.. Elakkan Perpecahan...hidupkan kembali sinar UMNO...wassallam
ya, inilah masanya kita menambah bilangan majoriti yang sedia ada! tunjukkan pada ibupejabat, terutama setiausaha agung bahawa kita tidak perlu ikut telunjuk beliau. kita boleh bergerak sendiri, sealiran dengan bahagian kita! labuan untuk warga labuan.
Catat Ulasan