09 Mei 2009

Dari Gugur Ke Gantung - Arahan Ku Nan Tidak Dipakai?

UMNO Bahagian Labuan menerima satu lagi surat dari Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, membabitkan kes pengguguran jawatan Dato Suhaili.

Dato Suhaili yang sebelum ini digugurkan dari jawatan Ketua Bahagian oleh Tengku Adnan kini berubah status menjadi 'digantung untuk sementara' sehingga kes beliau selesai dibicarakan. Dato Suhaili dijangka akan dibicarakan pada Februari 2010, sungguhpun kedua-dua pihak pendakwa dan tertuduh meminta dibicarakan awal. Sebelum ini dalam minggu yang sama juga, UMNO Labuan ada menerima sepucuk surat dari SUA UMNO menyatakan Datuk Yunus Kurus diminta memangku jawatan Ketua Bahagian sehingga Mesyuarat Agung UMNO akan datang.

Ini bukan kali pertama Tengku Adnan membuat arahan bersendirian membabitkan UMNO Labuan tanpa merujuk Majlis Tertinggi UMNO terlebih dahulu. Tahun lepas Tengku Adnan cuba membatalkan beberapa mesyuarat Cawangan UMNO di Labuan namun diabaikan oleh UMNO Bahagian atas arahan Timbalan Presiden ketika itu, Dato Seri Najib Tun Razak.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PEROMPAK BAGI NASIHAT KAT PEROMPAK
ELOKLA......

Tanpa Nama berkata...

secara jujur nya saya amat setuju DS digugurkan dari jawatan tu..Who know ada orang lain boleh menjawat jawatan tu dgn lebih baik..Labuan perlukan perubahan....

Tanpa Nama berkata...

umno labuan perlu bertindak segera bagi menghalang pemimpin2 reject dari mengganggu mesyuarat cawangan2 umno dilabuan ini... dorang ni sudah namanya reject tu, reject la... ni masih lagi cuba memancing ketua2 cawangan labuan supaya mereka boleh masuk semula ke umno.

nda pandai malu.

buat ds, tahniah, sesungguhnya orang yang teraniaya ni doanya dimakbulkan. setinggi mana pun kuasa tengku adnan @ teuku adnan tu, kalau salah tetap salah. pm dan tpm bukan senang hendak diperbodoh-bodohkan...

syabas buat tansri muhyiddin yassin kerana berjaya menyekat segala salahguna kuasa di umno pusat.

syabas dan tahniah sekali lagi.

Saudara Baru berkata...

Secara jujur saya amat TIDAK setuju dengan Tanpa Nama (2). Jangan guna-pakai "Who Know" sebab anda perlu tahu pasti siapa yang patut jadi pemimpin. Jangan dengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

Buatlah penilaian yang wajar jangan main "rasa-rasa, jangka-jangka" saja. Kalau setakat mahu perubahan saja, itu kurang bijak, kita harus tahu perubahan macamana yang kita PERLUKAN. Kalau berubah kepada yang lebih buruk, baik tah jangan.....

aku berkata...

kita semua pun tahu labuankini,wilayahkini,malaysiakini semua laman blog pembangkang..jd nda heran la kalo semua laporanya cenderung kepada memburukan kerajaan.

sekarang kerajaan cuba bersikap telus dgn mengheret org2 yg bnyk melakukan kesalahan ke mahkamah,gugurkan dari jawatan yg ada.tp blog2 pembangkang ni putar pula cerita,menjatuhkan hukuman kpd org yg bersalah dianggap tindakan melulu & tidak adil.kita org labuan pun percaya saja,ketua2 kg melumpat2 marahkan kerajaan.

kita sebagai warga labuan yg bijak mesti pandai la menilai.jgn mahu dibuduh-buduhi oleh org KL ni.(nowdays semua org dari semenanjung mengaku org KL,walaupun yg dari ulu2 kelantan atau felda2).kita ada maruah,jangan main angguk ja.

fikir2kan lah...

kau berkata...

komen ini ditujukan khas buat saudara 'aku' diatas.

kau ni memang kes masuk2 ja tarus merujuh nda tentu pasal. cuba cari mana satu penulisan blog wilayahkini, labuankini yang pro pembangkang dan menyalahkan kerajaan? nada satu pun. yang dikomplen cuma beberapa individu dalam kerajaan/parti atau ahli parlimen yang terang2an salahguna kuasa, menipu, dan syok sendiri.

kalau ada yang pro pembangkang mungkin cuma diruangan komen, bukan dari penulis blog. nasihatku, cuba2tah fahami dulu dari a ke z, baru buat komen, nda la nampak buduh, palui, macam nda kana ajar indung.

Saudara Baru berkata...

Buat saudara "aku",

Bahaya kau ani.. Kau seolah-olah mencerminkan yang kau penyokong kerajaan, tapi ulasan mu menunjukkan fahaman kedaerahan yang lapuk. Setahu ku kerajaan memupuk integrasi nasional... jadi siapa yang inda menyokong kerajaan ni?...

Tanpa Nama berkata...

Untuk nickname 'AKU'
Kau yg paloi macam kaldai..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha,x kesah la pro pembangkang atau kerajaan.labuankini tetap hot dgn gosip2 hangat tuk menarik minat pembaca.cheers!!

Tanpa Nama berkata...

hantam tah kamu.. nanti ku undi PKR baru kamu tahu.....he he he...

Tanpa Nama berkata...

antah eh,cam nda banar ba agensi2 kerajaan ani.dulu time suhaili jd YB nda heran la,rupanya skarang sudah tukar YB pun masi sama jg.alhamdulillah parlimen sekarang lebih prihatin terhadap rakyat,tp kalo agensi2 kerajaan sama ja mcm dulu,tetap juga kerajaan yg buruk tu..

Tanpa Nama berkata...

camna jua,kebanyakn pengarah jabatan2 kerajaan ni suda ikut tune suhaili.lagi2 perbadanan tu,paling nda banar tu.

pegusaha muda berkata...

sokong ku tu.mentang2 lesen berniaga perbadanan yg pegang,suka atinya sj tarik lesen org.nada ka tmpt kita boleh buat aduan?

Tanpa Nama berkata...

ala,dulu ja tu time suhaily di atas tu.skarang dia sudah jatuh,ok la sudah nanti ni.cuma perlu bersihkn virus2 yg sudah bejangkit dlm tu sj.

Sungai Dali berkata...

Salam. Wahai pemberi komen yg masih TAKSUB, insyaAllah kediaku doakan agar hati kamu2 ani terbuka utk kebenaran dan kebaikkan. Semoga kehidupan kita rakyat Labuan tidak terpengaruh dengan wabak virus taksub yg jauh lebih merbahaya daripada virus Influenza A H1N1. Amin. Wahai para pembaca dan rakyat Labuan sekalian, marilah kita bersama mengambil hikmah daripada keputusan Kepimpinan Barisan Nasional utk tidak bertanding di DUN Penanti. Ini membuktikan yg kerajaan tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang dan fokus kerajaan ialah utk meningkatkan taraf hidup rakyat dan bersama mengharungi krisis ekonomi global. Buat SAUDARA BARU dan KAU, enough politiking please... Jgnlah diteruskan memberi komen berbaur politk kedai kopi sahaja. Ingin saya cadangkan disini agar labuankini ditukar sahaja menjadi SUHAILIKINI, mungkin lebih sesuai... Wassalam.

Saudara Baru berkata...

Saudara Sungai Dali,

Komen politik di alam siber jauh lebih baik dan selamat dari amalan politiking di alam nyata. Lagipun apa yang kau muskhil dengan komen ku... Kana batang hidung kali?...

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

hahahahah,lebih baik & selamat ka?di alam siber ni la org bebas menyebar fitnah & propaganda.kebebasan bersuara disalah ertikan menjadi kebebasan meyebar fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan anda telah disimpan dan akan boleh dilihat selepas kelulusan pemilik blog.

aikk???

aku berkata...

hahahah,lebih selamat ka?disinilah tmpt utk org bebas menyebar fitnah,bebas memutar belit fakta.adakah ini yg dimaksudkan dgn selamat?selamat dari takut kena saman ada la..
ai,berlebih2 pula marahnya si 'kau' ni.rilek bro,terkena batang hidung indungnya kali.heheh...