09 Mei 2009

Isu Projek / Bertumbuk / Kes Polis - Projek Ditamatkan?


Gambar hakmilik Sabahkini.net

Rakan LabuanKini di KL ada memberikan laporan mengenai perjumpaan beliau dengan pemilik Syarikat UtaraKita Sdn Bhd, pengendali projek Kerja-Kerja Tanah Tapak Komersial Bumiputera, Kompleks Letak Kereta Bertingkat & Esplanade Di Teluk Victoria, Wilayah Persekutuan, Labuan bernilai RM8.2 juta.

LabuanKini dimaklumkan bahawa projek tersebut kini telah ditamatkan dengan rasminya oleh Perbadanan Labuan, kerana tidak mematuhi beberapa syarat dalam kontrak antaranya progress kerja lewat dari jadual, lebih tuntutan dan sebagainya.

Perkara mengenai penamatan kontrak ini dinyatakan terus kepada pemilik syarikat, En. Hanizam di KL. Beliau yang sebelum ini dijemput oleh Perbadanan Labuan untuk berbincang mengenai perkembangan projek mendakwa dipukul oleh rakan kongsinya, Yusani Datuk Yussof ketika di Labuan.

"Saya tidak tahu yang syarikat saya memperoleh projek di Labuan, saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen di Perbadanan Labuan, ataupun membuat sebarang resolusi membenarkan sesiapa bertindak mewakili saya di Labuan. Setelah projek ini tenat, baru saya dihubungi oleh Perbadanan Labuan. Syarikat ini sumber pencarian saya, kalau ianya disenarai hitam oleh kerajaan, bagaimana saya hendak mencari makan?" dakwa beliau.

Beliau kini sedang mengumpul dokumen untuk menyaman rakan kongsinya di Labuan. "Saman mengenai saya dipukul juga sedang dalam proses, laporan perubatan juga sudah ada, laporan polis juga sudah dibuat di Labuan dan kini dalam proses perbincangan dengan peguam saya." kata beliau lagi.

Untuk rekod, beliau mempunyai saham majoriti dalam syarikat Utarakita Sdn Bhd sebanyak 70% manakala rakan kongsinya, Yusani Datuk Yussof memiliki 30%.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman.. Kasi ajar sama itu samseng Kg Dusun.

Tanpa Nama berkata...

Orang tak akan bertumbuk tanpa pasal-pasal.

Saudara Baru berkata...

Kawan.... Tanpa Nama (2)

Perbuatan salah tetap salah. Jangan berdolak-dalik. Apa pun alasannya, mana boleh main ganyang saja. Bikin malu lah Bro... You anak YB, berpendidikan, imej pula macam betul saja...

Ingat... Matlamat tidak menghalalkan cara..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Saudara2,
Kenapa Labuan Kini ini asyik melaporkan tentang perkara remeh2, seperti bertumbuk, projek orang2 tertentu sahaja.. Biar betul LK ani, why don't buka minda dan buat laporan yang berfaedah dan memberi manfaat pada penduduk labuan.

Banyak lagi aktiviti2 lain yang berlaku di labuan ni. Misalnya Aktiviti Belia, YB, Kampung2 dan agensi2 kerajaan.

Sudahlah, janganlah dan muhasabah lah, jangan buat laporan/liputan yang hanya untuk memburukkan orang tertentu sahaja. Membangunlah wahai pelapor2 LK ini. Tak takut dosakah, dosa dah banyak jangan ditambah2. Nanti badan tak tertanggung hidup diri dan keluarga merana. Insaflah kawan, kalau tak mau tambah dosa, berhentilah membuat laporan, DS dah tak ada lagi nak diangkat dan bayar gaji kamu.. Jagalag keluarga sendiri sebelum jaga tepi kain orang... masyaallah..

Tanpa Nama berkata...

w'salam.

ini bukannya pasal jaga tepi kain orang. ini soal keselamatan pulau, maruah penduduk pulau dan keberkesanan kepimpinan masa kini.

sebelum memimpin rakyat, kita kena buktikan yang kita boleh pimpin keluarga, anak-anak terdahulu. baru boleh pimpin rakyat labuan. kalau anak pun tak dapat dipimpin, macamana nak pimpin 70 ribu warga labuan?

ini soal maruah, sedikit sebanyak nama warga labuan suda tercalar. orang suda anggap warga labuan sekarang ni penipu, menipu projek, berlagak samseng dan sebagainya. kita tidak meminta gaji dari sesiapa, baik ds, dy.

kita sayangkan labuan, kita mahu labuan dipandang tinggi seperti era ds, sekarang kita main jauh kebawah... rock bottom.

utak unta berkata...

hehe... ani bukannya surat kabar liau, kan membuat liputan pasal lawatan kampung, belia main bola atau yb beli kereta baru.

ani laman blog... sudah namanya blog, apa saja yang dapat menarik minat org membaca, semua ditulis.nda kisah la pasal anak yb betumbuk ka, kucing beranakkan unta ka, burung menari ka...

kita baca untuk suka2, komen ikut suka2, suka ati orang la mo tulis apa2

idop labuan kini!

Tanpa Nama berkata...

w'salam..

Betul tu saudara..ini bukannya NST online atau Beritaharian online..ini blog..siapa saja boleh beri komen..ini bukan pasal projek orangkah atau mau mengutuk orang..tapi ini melibatkan duit pembayar cukai seperti kita..projek terbengkalai atau tergendala akan membantutkan pertumbuhan ekonomi pulau kita ini..sekiranya projek disiapkan mengikut masa..bangunan akan dibina dan disiapkan mengikut masa..dan orang labuan pun berpeluang berniaga diruang kedai yang dibina..jadi sekarang jika projek tidak siap,siap yang rugi?Pihak yang berkuasa mungkin kerugian masa tapi penduduk labuan kerugian dari segi ekonomi...fikirkanlah saudara sebelum memberi komen...itu baru projek anak..belum projek bapanya..pasar baru...macam tidak ada perubahan saja..bolehkah siap ontime??dulu Projek menambak di Kota Kinabalu International Airport pun gagal..itu pun kena terminate oleh Tan Sri Ting....itulah masalahnya..bukan menuduh tapi kenyataan...fikir fikirkan lah warga labuan..

Saudara Baru berkata...

Setuju banar ku dengan komen Utak Unta dan dua Tanpa Nama sebelum dan selepasnya atu. (Lain kali yang Tanpa Nama atu tulis nama baik eh.. Baru syok merujuk biskita.)

Aku cuma mau tambah sikit saja, Nya liau atu "DS dah tak ada lagi..." Liau sadang kau, baru dimalam jua ku teliat kedia...Kenapa mendoakan yang inda baik kau liau? Macam ni lah (kurapak Malaya ku dulu) DS dah sah digantung SEMENTARA saudara. Sama seperti seorang kapten pasukan bolasepak yang kena kad merah..Keluar padang dan gantung satu permainan. Sementara digantung satu perlawanan orang lain lah dulu jadi kapten. Selepas tu dia akan main semula dan akan terus jadi kapten..itu macamlah kawan....

Bagi komen ikut fakta jangan lopong.

aku berkata...

kita semua pun tahu labuankini,wilayahkini,malaysiakini semua laman blog pembangkang..jd nda heran la kalo semua laporanya cenderung kepada memburukan kerajaan.

sekarang kerajaan cuba bersikap telus dgn mengheret org2 yg bnyk melakukan kesalahan ke mahkamah,gugurkan dari jawatan yg ada.tp blog2 pembangkang ni putar pula cerita,menjatuhkan hukuman kpd org yg bersalah dianggap tindakan melulu & tidak adil.kita org labuan pun percaya saja,ketua2 kg melumpat2 marahkan kerajaan.

kita sebagai warga labuan yg bijak mesti pandai la menilai.jgn mahu dibuduh-buduhi oleh org KL ni.(nowdays semua org dari semenanjung mengaku org KL,walaupun yg dari ulu2 kelantan atau felda2).kita ada maruah,jangan main angguk ja.

fikir2kan lah...

kau berkata...

komen ini ditujukan khas buat saudara 'aku' diatas.

kau ni memang kes masuk2 ja tarus merujuh nda tentu pasal. cuba cari mana satu penulisan blog wilayahkini, labuankini yang pro pembangkang dan menyalahkan kerajaan? nada satu pun. yang dikomplen cuma beberapa individu dalam kerajaan/parti atau ahli parlimen yang terang2an salahguna kuasa, menipu, dan syok sendiri.

kalau ada yang pro pembangkang mungkin cuma diruangan komen, bukan dari penulis blog. nasihatku, cuba2tah fahami dulu dari a ke z, baru buat komen, nda la nampak buduh, palui, macam nda kana ajar indung.

Tanpa Nama berkata...

Bang, gambar lama tu bang.

Tanpa Nama berkata...

Hahahah,ni baru namanya pekongsi tidur(sleeping partner).tau nk duit masuk je tiap2 bulan kan,dari mana duit dtg xnk amik kesah.bila duit dah stop,baru nk galabah wat kacau.
ni sama mcm kes member aku.partner wat hal,dia gi pukul.tp member aku bukan org politik,so everything is strictly business.xda kes polis,xda crita2 hangat dlm blog.yg ada cuma 1 individu yg mata lebam & kereta honda accord yg kena pukul ngan kayu golf.hahah.

Tanpa Nama berkata...

anak punya susu,bapa pula kena bagi nama.
biar lah anak punya hal.nda lama kalau ada kucing mati di tempat projek tu pun masuk labuankini juga.

nun jauh disana berkata...

kalau bapanya nda ikut campur, nda jua kana kaitkan tu liau. ani bapanya jua ikut2an menelepon memaki urg semenanjung atu, lapas atu mua bapanya jua yang labih2 dibalai pulis. projek atu projek bapanya jua lagi. yang melobi ke kl untuk projek atu bapanya jua.

nda bulih jua kes ani disabut2 kalau nda disabut bapanya sekali. amacam? ada paham?

Tanpa Nama berkata...

uih,dahsyat si nun jauh ni.dia siap boleh dgr bapanya menelipun marah2,siap boleh tau bapanya pegi melobi dimana lg(betul ka inda nda tau la kan).org rapat bapanya kali dia ni.hahah,kalau org suda mau fitnah,semua penipuan cuba dijadikan fakta..lg kalau share betul 70% org smenanjung 30%anaknya,part mana pula yg mengatakan ni projek bapanya.

Tanpa Nama berkata...

rilek la bro,jgn kita terpengaruh sgt dgn apa yg ditulis dlm labuankini ni.tajuk crita pun terlampau banyak tanda soal??projek tamat??tidak boleh digunapakai??jgn pula kita anggap pertanyaan labuankini ni sbg fakta.
dulu banyak flyers & blog2 sebar fitnah tentang projek pasar,sampai semua crita org di kedai kopi anggap projek tu terbengkalai.skarang naik jugak bangunan tu.tarikh tamat pun lama lagi tahun dpn.

Tanpa Nama berkata...

antah eh,projek lain sudah tamat tempoh nda pulang org sibuk becerita.sama jua under perbadanan.

Sungai Dali berkata...

Salam. Alhamdulillah, baru jua 2 hari lepas kediaku balik dari mengerjakan Umrah. InyaAllah, kalauada kesempatan moga2 Allah SWT. menyeru namaku utk mnjadi tetamuNYA lagi kelak. MasyaAllah, kesian jua org Labuan disaungi dengan fitnah. Sekali lagi LK bertindak menyiarkan artikel yg berniat tidak lain tidak bukan untuk melagakan pemikiran rakyat Labuan. Tapi syukurlah, tidak kurang ramainya pemberi komen yg menunjukkan betapa JELAKnya mereka terhadap penulisan LK. Buat SAUDARA BARU dan UTAK UNTA, sedar atau tidak kalian memberi komen dengan terlalu membabi buta. Baiklah, mari kediaku kongsikan sedikit perihal tentang org yg kamu buruk2kan ani. Sepanjang pengmatanku, anak YB ani selau kediaku lihat kelibatnya di Masjid An-Nur pada waktu solah Dzuhur dan Asar. Kala2,ada juaku terlihat ia solah di Masjid Patau2 Dua. Tanya pulang kariah masjid disana mun inda percaya?!? Ini makanya aku amat sangsi tentang laporan LK ini apatahlagi mempercayai artikel ini bulat2. Istighfar byk2 saudaraku sekalian. Semoga hati kalian tebuka menerima kebenaran dan kebaikkan. Amin. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

iatah kalau suda kemaruk, fanatik. banang basah pun diliat karing.

kalau kes bertumbuk ani dipertikaikan, pigi sendiri kebalai polis ba cek laporan dari kedua-dua pihak.

kalau nda pecaya kes ani diberhentikan, pigi sendiri ke perbadanan labuan cek, kalau nda puas ati aga ke putrajaya cek di kementerian wilayah.

nda puat ati, tanya sendiri sama si yus atu, ndapun tanya bapanya ka.

urang nda berani menulis jamu kalau nada usul periksa, nada fakta. lainlah kalau setakat menulis diruangan komen, macam kediaku ani. apalagi kalau menulis komen pakai tanpa nama, macam kediaku.

aku mo tanya jua si sungai dali ani, dimana salahnya komen saudara baru sana utak unta atu? mana yang dikatakan membabi buta ani? komen durang atu general ba, nada unsur fitnah.

ketani tunggu saja la... ani masih dalam siasatan polis ba, kita tunggu saja tindakan selanjutnya.. apa cerita. kana saman ka, nda kana saman ka, kita liat saja.

komen ani nda dapat ketani ilak. apalagi nda kana tapis. aku cadangkan sama labuan kini supaya menapis komen2 di blog ani. atau buka kepada blogger berdaftar saja. jadi kalau ada komen berunsur fitnah, boleh dicari siapa penulisnya.

atu saja cara supaya labuankini ani inda buruk dimata orang yang berpuak2 ani. amacam ? ada setuju?

ada nama berkata...

untuk tanpa nama diatas sungai dali,

projek lain yg tamat tempoh atu projek bilis lai.. yang membuat projek atu pun kontraktor bilis. mana kan kana masukkan dalam blog.

ani yang kana cerita ani brojek basar, kontraktornya pun orang basar2, anak vip lagitu... kan mensensasikan suasana, misti menulis pasal yg basar-basar ganya, yang bilis-bilis atu kan diapa? ciput tu lai.

Tanpa Nama berkata...

mAKWE ORG pun dulu di rampasnya si Yusani ni..MCM TAKDA POMPUAN LAIN LAGI KAT dlam dunia ni.