24 Mei 2009

Kebakaran Di Kampung Muslim - Publisiti Lebih?

Kebakaran yang berlaku di penempatan UNHCR Kampung Muslim berlaku 8 hari yang lalu, namun 'kepanasan' masih belum reda. Sumbangan untuk mangsa-mangsa kebakaran masih disalurkan, baik dari kerajaan, NGO maupun individu.

Publisiti berlebihan yang diberikan mengundang beberapa kata-kata sumbang dari penduduk-penduduk tempatan. Mereka berpendapat kebakaran tersebut tidak perlu diberi publisiti yang meluas, kerana ianya tidak melibatkan penduduk tempatan, malah kebanyakkan mangsa kebakaran adalah penduduk asing yang memegang dokumen IMM13, dan selebihnya adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Keadaan menjadi lebih keruh apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik turun ke Labuan melawat mangsa-mangsa kebakaran, dan yang terbaru Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Sharizat Jalil turut turun ke Labuan melawat mangsa-mangsa kebakaran, kelmarin. Timbalan Perdana Menteri juga hampir-hampir 'terpedaya' turun ke Labuan kelmarin, namun membatalkannya disaat akhir setelah diberi maklumat mengenai status mangsa-mangsa kebakaran.

'Ketika Kampung Bebuloh ditimpa bencana, Kampung Batu Manikar banjir, tanah runtuh di Lubuk Temiang, tidak ada satu menteri pun turun melawat, bila perkampungan pendatang haram terbakar, dua menteri turun melawat memberi sumbangan. Ini seolah-olah mereka lebih penting dari penduduk tempatan, sedangkan kami pengundi berdaftar yang mengundi kerajaan, Setahu saya IMM13 tiada hak mengundi. Kenapa seperti ada 'double standard'?' - antara beberapa ulasan yang LabuanKini terima.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong Labuan Kini. Hidup Labuan Kini.

Tanpa Nama berkata...

BN kan kerajaan yang perihatin...mendengar setiap denyutan nadi rakyat..tapi ani rakyat Malaysia ka?

Tanpa Nama berkata...

astagfirullah,ada ka bantuan kemanusiaan pun mau dipolitikkan.sumbangan utk mangsa tsunami di indonesia & mangsa perang di gaza sblm ni utk rakyat malaysia ka?org menghulurkan bantuan kerana ikhlas ingin membantu saudara yg dlm kesusahan.
wahai labuankini,cukup2 lah meracuni pemikiran pembaca.ndakan tiap kali atap rumah org terbang mau panggil menteri ramai2 dtg melawat.tiap kali rumah kena banjir mau menteri dtg.xda kerja lain ka menteri2 ni?
for your info,menteri wilayah dtg pun sbb ada duta dari filipina dtg utk melawat.

Saudara Baru berkata...

Tuan-tuan dan saudara-saudara sekelian,

Tuhan menjadikan sesuatu kejadian dengan hikmah dan pengajaran-pengajaran yang nyata dan tersirat. Terpulanglah kepada kita hambanya untuk mentafsir dan mengambil iktibar daripadanya.

Begitulah kejadiannya dengan kebakaran di Kampung Muslim, banyak perkara yang terserlah hasil daripada kejadian tersebut.

Untuk Tanpa Nama ke-3, rasanya Labuan Kini dan kebanyakan pemberi komen di ruangan ini bukanlah berhasrat untuk mempolitikkan isu ini, namun inilah sebahagian dari "denyutan nadi rakyat".

Kepada pihak atasan, tidak salah rasanya untuk membuat pendekatan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

Kepada seluruh rakyat Labuan, renungkanlah, lihatlah betapa besarnya kesan kehadiran orang-orang asing yang telah bertapak di tanah air kita. Mereka datang dan bertapak di sini kerana menyedari bahawa bumi Labuan ini umpama "lombong emas" yang mampu untuk menjana kekayaan atau sekurang-kurang membolehkan sesiapa saja untuk hidup dengan selesa. Saudara-saudara rakyat Labuan.... Martabatkan diri, berusahalah untuk menjadi "TUAN" di tanah air sendiri.

Kepada Golongan Belia Labuan, Bangkitlah, perkuatkan diri dengan ilmu pengetahuan, berusahalah dengan gigih. Sampai suatu ketika, Labuan akan terletak di bahu anda semua, pada ketika itu anda sepatutnya menjadi tuan di bumi Labuan ini. Jangan biarkan "Bumi dipijak milik orang"...

Renung-renungkanlah, Wassalam

PEMUDA berkata...

tidak salah ulasan yg diberikan oleh tanpa nama ke-3 itu td.sesiapa ug membaca catatan asal pun dpt merasakan unsur2 hasutan untuk memburukkan kerajaan..
berkenaan jumlah pendatang yg semakin bertambah,belia seharusnya bangkit dari tidur yg lena.jgn kita terlalu selesa dgn kemewahan yg sedia ada.rebut peluang yg ada,bukan menunggu saja utk peluang yg lebih baik.pelbagai kemudahan spt premis2 perniagaan sudah disediakn oleh kerajaan.jgn kita biarkan premis2 ini kosong..
kalau lombong emas sudah habis digali,theres nothing left for them to do here...

Tanpa Nama berkata...

Memang betul kata tanpa nama tu. Kami memang lama sudah pun sedar kehadiran pendatang tanpa izin samada penduduk di bawah NCHR. Semuanya kami tidak minat. Mereka penjenayah dan pengotor. Berak baling sana sini.

Kalau masuk tempat orang, sesuka hati mereka membina rumah. Hendak di halau, minta pampasan pula.

Satu lagi sikap mereka, mengambil harta orang sesuka hati. Pokok mangga orang pun mereka panjat tanpa kebenaran. PATAI ini tidak diperlukan di Labuan.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi saya ingin memberi pendapat mengenai integeriti yang YB laungkan itu memang baik dan saya sokong penuh. Tetapi orang-orangnya di sekeliling YB juga perlu ada sifat ehsan dan integeriti terlebih dahulu. Meraka sering mengganggap YB itu milik mereka sahaja. Bila kita cuba hendak dekat dengan YB, mereka tidak senang hati, dan mula membuat cerita yang bukan-bukan memburukkan kita. Pada halnya, kita tidaklah seperti yang dikatakan mereka itu. Ini nampaknya fitnah. Kita tahu, lama berada di dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Hamba Allah,

Tertubuhnya kerajaan bukan untuk menindas rakya tapi adalah bertujuan untuk membantu rakyat.

Memang benar,kehadiran PATI dalam w.p labuan banyak memberi impak yang besar kepada w.p labuan tetapi apakah benar setiap yang buruk dan jahat itu datang nya dari PATI?
Apa benar setiap yang bijak pandai atau yang berjaya itu rakyat malaysia?

Sedangkan kita semua tahu kebanyakan kes2 yang berlaku banyak juga yang melibatkan rakyat malaysia sendiri...

Pada masa ini bukanlah masa untuk menuding jari,kalo asyik menyalahkan PATI maknanya kita tak sedar kesilapan kita yang berperanan sebagai rakyat malaysia....

Sedarlah penduduk orang labuan,apa yang berlaku bukan untuk dijadikan bahan untuk melepaskan kemarahan tapi sesiapa pun akan ditimpan kesusahan kalo ari ni PATI yang susah bagaimana kalo mase akan datang penduduk tempatan yang susah yang pasti kite sesama manusia sama saja taraf nya bagi Allah yang membezakan hanya lah amalan yang kite buat....Faham kan wahai penduduk tempatan....

Tanpa Nama berkata...

ya berilah bantuan kepada org kampung muslim kerna merekala BN terus berkuasa di labuan ini..tanpa org2 kg.muslim tiadala kerja bagi polis nnti untuk membentras jenayah dan penyeludupan dadah..tanpa org kg.muslim maka undi BN akan merosot dengan mendadaknya nnti..tanpa org kg.muslim maka tiadala kerja jab.kebajikan,bomba,hospital dan TERUTAMANYA jab.belia sukan kerna sungguh bermurah hati mengorbankan kompleks sukan labuan yg mana ianya adalah hasil titik peluh warga labuan yg membayar cukai utk beriadah kepada org2 kg muslim untuk berteduh dan berbuat sesuka hati mereka..tanpa org kg.muslim ini jg tiadalah masa mentri2 kita diperingkat nasional yg sudi dtg ke pulau sekangkang kera ini..tanpa org kg muslim nanti susahla warga labuan kerana merekala tenaga kerja kita yang sangat jujur,rajin dan berdedikasi..terima kasihlah warga kg.muslim kerna seluruh rakyat labuan amat menghargai anda!!silalah gunakan hasil titik peluh pembayar cukai di labuan!!