08 Julai 2009

PL Rangka Strategi Pembangunan Jangka Panjang - Dato Ahmad Phesal


Perbadanan Labuan sedang merangka pelan jangka panjang untuk memajukan pulau Labuan, dan menjadikkannya sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Menurut Pengerusi Perbadanan yang baru dilantik, Dato Ahmad Phesal Talib, pelan ini serupa seperti pelan Kementerian Wilayah Persekutuan, yang menitikberatkan modal insan, persekitaran, ekonomi dan pembangunan infrastruktur.

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutan menyatakan, tidak dapat dinafikan peruntukan untuk Labuan amat besar, oleh itu Perbadanan Labuan akan memastikan setiap projek-projek akan menguntungkan semua pihak. Beberapa isu lain juga disentuh beliau, seperti harga barangan di Labuan yang terlalu tinggi, kekurangan 'warehouse' untuk para pelabur dan identiti Pulau Labuan ini sendiri.

Kenyataan tersebut dibuat selepas beliau selesai mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua kampung, peniaga-peniaga dan ketua-ketua jabatan di Labuan.

3 ulasan:

peminatLK berkata...

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,
KEPADA PIHAK LABUANKINI, DIHARAP DAPAT MEMBUAT LIPUTAN BERKENAAN PERTANDINGAN DESA CEMERLANG. PENILAIAN AKAN BERMULA PADA 25HB JULAI, DAN DIMULAKAN DI KAMPUNG SUNGAI BEDAUN. MINTA PIHAK LABUANKINI DAPATKAN JADUAL PENUH PENILAIAN DARIPADA PIHAK PL, DENGAN CARA INI, PEMBACA BLOG INI AKAN MENGETAHUI MAKLUMAT 17 KAMPUNG YANG BERTANDING.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

labuankini berkata...

Terima kasih atas cadangan diberi, LabuanKini akan membuat laporan mengenainya apabila dapat maklumat terkini.

peminatLK berkata...

TAHNIAH KEPADA JKKK SG.BEDAUN KERANA TELAH DAPAT MENJAWAB SOALAN2 PANEL PENILAI DESA CEMERLANG PADA 25 JULAI LEPAS, KAMPUNG MANA SELEPAS INI, KITA TUNGGU MINGGU DEPAN..