Banyak kerosakan harta awam dilaporkan, tiang lampu tumbang, pohon tumbang, dan atap rumah melayang. Gangguan bekalan elektrik yang terputus melibatkan hampir sebahagian kawasan di Labuan sekitar jam 9 malam kembali sepenuhnya sejam kemudian.
Penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijangka tiba pada jam 9.15 malam juga mengalami kelewatan apabila terpaksa bertukar haluan ke Kota Kinabalu akibat tidak dapat mendarat di Labuan, dan akhirnya tiba di Labuan pada sekitar jam 1 pagi tadi.
1 ulasan:
Macam kurang tepat ketibaan semula kapal terbang dari KL ke Labuan kerana saya difahamkan oleh kawan-kawan yang berada dalam kapal terbang setelah menghala KK, kapal terbang mendarat di Labuan dalam jam kira-kira jam 11 malam, bukan jam 1 pagi? Pengalaman mereka hampir dua jam menurut mereka "amat menakutkan dan akan menjadi ingatan yang tidak dapat dilupakan"...
Catat Ulasan