LabuanKini ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Kepada Semua Umat Islam Seluruh Malaysia
Terutama Pengunjung Setia Blog Labuan Kini.
Lembut bicara anak watan- Melambangkan kesopanan- Kedamaian memaut kasih- Labuan tertumpahnya cintaku- Lambaian pohonmu- Lambaian mesramu- Tamparan ombak ke pantai- Tamparan kasih mu itu- Labuan yang indah- Yang jauh dimata- Namamu tetap dihati- Tetap ku sanjung dan kupuja.
3 ulasan:
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada founder labuan kini..ditahun yang bahagia ini bersama-sama lah kita untuk tingkatkan lagi tahap keimanan dan semangat perpaduan sesama kita..sempena bulan syawal yang mulia ini saya sebagai anak jati labuan ingin memberi cadangan kepada founder blog ini supaya lebih banyakkan lagi artikel-artikel yang boleh menarik minat genarasi muda untuk membaca blog saudara..bagi saya issue politik sudah tidak relevant untuk golongon muda mudi sekarang..kalau boleh tonjol kan artikel yang bersifat technologi, pengetahuan am, sejarah peradaban bangsa, dan ilmiah dan sebagainya yang bersesuaian dengan generasi muda sekarang..sekiranaya cadangan saya ini menguris perasaan saudara dan pembaca blog diluar sana..saya minta maaf sekali lagi..majulah bangsa untuk negara..
Terima kasih atas cadangan bernas yang diberikan, LabuanKini sentiasa cuba untuk menarik minat golongan muda untuk mengikuti laman blog Labuan Kini, disamping tidak mengabaikan pengikut yang sedia ada. Segala sumbangan berbentuk artikel dan gambar amat dialu-alukan jika ianya relevan dan mempunyai daya tarikan untuk menarik pengunjung ke laman blog ini. Untuk menghantar komen, cadangan dan sumbangan bolehlah menghantar email terus ke LabuanKini melalui labuankini@gmail.com
Saya akan memberikan sokongan 100% kepada blog ini dan akan saya maklumkan kepada warga SMK Lajau untuk melayari blog yang cukup bermanfaat ini, khususnya untuk warga Labuan atau pemastautin Labuan...Yang penting blog ini sentiasa "updated"
Pengetua SMK Lajau
Catat Ulasan