02 November 2009

Mesyuarat Tergempar UMNO Labuan - CEO Perbadanan Labuan Diarah Pindah?

LabuanKini menerima maklumat satu mesyuarat tergempar telah diadakan di kediaman Ketua Bahagian UMNO Labuan pada 30 Oktober lepas.

Turut dilihat hadir antaranya, Timbalan Ketua Bahagian yang juga Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Yunus Kurus,Naib Ketua Bahagian, Tn. Hj. Bashir Alias, Ketua Wanita, Ketua Puteri, AJK-AJK Bahagian dan ketua-ketua Kampung.

Antara agenda yang dibincangkan ialah mengenai hasrat UMNO Wilayah Persekutuan agar Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban dipindah keluar dari Labuan dengan serta-merta. Perkara berikut timbul berikutan aduan Ketua Pemuda UMNO Labuan, En. Rafi Ali Hassan kepada kementerian mengenai Datuk Basiran.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yunus Kurus yang turut hadir ketika 13 UMNO Bahagian di WP juga tidak berbuat apa-apa untuk mempertahankan perkara ini. Ini dianggap memalukan kerana seolah-olah UMNO Labuan tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa Dato Suhaili.

"Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan sepatutnya memberikan input ketika mesyuarat 13 Bahagian diadakan, kerana ianya membabitkan isu yang terjadi di Labuan. Penjelasan mengenai aduan tersebut patut dibuat, kerana aduan mengenai Datuk Basiran ke kementerian itu lahir daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian projek Perbadanan Labuan, membabitkan segelintir kontraktor-kontraktor di Labuan, saya percaya orang yang membuat aduan itu pun dapat juga projek, malah lebih daripada satu syarikat, ulasan seorang AJK UMNO Bahagian ketika ditanya LabuanKini.

Difahamkan UMNO Bahagian Labuan sudah membuat tindakan susulan mengenai perkara ini, termasuk membawanya keperhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2 ulasan:

Soputan berkata...

Emmm...politik itu kan kotor..tidak ada sabun pencuci yang boleh membersihkannya...lagi pun Labuan ni memang panas...mungkin banyak perkara lagi yang tidak kita jangka akan berlaku pada masa hadapan...

afandi hassan berkata...

ketulusan dalam pentadbiran Perbadanan lebih utama dibandingkan dengan projek2 kepada ahli2 UMNO yang selalu terngaga menadah PROJEK. sedarlaa sampai bila labuan akan menjadi syurga kepada KRONI dan rasuah..