Saya difahamkan parti pembangkang DAP malam tadi menjemput beberapa penggerak media di Labuan dalam satu majlis makan malam. Antara pemimpin yang hadir pada malam tadi termasuklah Pemimpin DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu, dan bekas calon bebas PRU-12, Lau Seng Kiat.
DAP dijangka akan melawat kedai-kedai sekitar bandar Labuan untuk beramah mesra dengan warga Labuan dalam usaha untuk mengembangkan sayap di Labuan. Perkembangan terkini ini mengundang kemungkinan yang DAP akan mengambil alih tugas PAS di Labuan untuk menentang BN dalam PRU-13 akan datang.
Ini bukan kali pertama DAP datang ke Labuan. Sebelum ini DAP Sabah jugah pernah menjemput wartawan ke Restoran Choice untuk membuat kenyataan media mengenai 'kehadiran' mereka di Labuan.
1 ulasan:
Kita memang dah sedia maklum bahawa DAP telah mula berjinak-jinak dengan penggundi di Labuan. Bekas calun Bebas Labuan dalam pru ke12 lalu, sekarang ini adalah Pengerusi Proteam committee DAP Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.
Adalah diharapkan masyarakat melayu Labuan menyedari akan perkembangan ini. Jangan sampai Labuan seumpama PP suatu ketika nanti. Pengundi Labuan 80% adalah masyarakat bumiputera. Jangan sampai itupun kita tak mampu dan mengalami kekalahan ditangan DAP,
sebuah parti perkauman yang sangat rakial dan extrime.
Catat Ulasan