Tujuh pekerja asing salah guna pas kerja ditahan | |
24th February, 2010LABUAN: Jabatan Imigresen Labuan menahan tujuh pekerja asing warga Filipina yang bekerja di bahagian barisan hadapan tanpa pas kerja yang dibenarkan ditahan dalam satu gerakan operasi ‘Frontliner’ pada Sabtu dan Ahad lalu. Pengarah Imigresen Labuan, Sarbini Hussin berkata, empat daripadanya tidak memiliki sebarang dokumen, dua tidak mematuhi syarat pas kerja dan seorang didapati memiliki dokumen palsu. “Kesemua mereka ditahan sementara untuk siasatan lanjut di balai polis Labuan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin. Menurut Sarbini lagi, operasi ‘Frontliner’ yang dilancarkan di seluruh negara bermula 15 Febuari lalu membabitkan 28 anggota pelbagai pangkat termasuk anggota penguatkuasa Imigresen diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Imigresen Labuan, Hasni Yaacob. Katanya, sebanyak 366 premis perniagaan termasuk gerai makan di sekitar bandar Labuan melibatkan seramai 2,166 pekerja diperiksa dalam operasi dua hari itu. “Dalam pemeriksaan itu kita juga mendapati beberapa majikan dan pekerja asing melakukan beberapa kesalahan kecil yang turut diberi teguran dan amaran,” katanya. Sarbini berkata, operasi itu akan terus dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan pekerja asing serta majikan yang mengaji pekerja asing sentiasa mematuhi peraturan imigresen yang telah ditetapkan. |
Kategori
25 Februari 2010
Lagi Mengenai Pekerja Asing Di Labuan
Petikan dari New Sabah Times, 25 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan