"LABUAN: Peruntukan RM3 bilion telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Labuan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata jika diluluskan ia adalah hadiah khas bagi Labuan sempena ulang tahun ke-26 di dalam Wilayah Persekutuan."
Berikut adalah petikan dari Berita Harian Online versi Muktahir kelmarin. Berita ini kemudiannya mengisi dada-dada akhbar Sabah baik dimuka hadapan maupun mukasurat kedua pada hari ini.
Bukannya cuba untuk berfikiran skeptikal, tapi apabila Menteri Wilayah menggunakan perkataan 'jika diluluskan', saya sudah tidak menaruh harapan besar. Labuan sudah seringkali diberi janji manis seperti ini. Ketika era Tun Mahathir kita sudah memohon untuk dibina jambatan menghubungkan pulau mutiara ini dengan tanah besar. Lawatan Tun Abdullah ke Labuan membuka sedikit harapan apabila beliau berjanji untuk memasukkan pembinaan jambatan ini dalam Rancangan Malaysia Ke - 9 sebagai projek ad-hoc.
Terkini, Menteri Wilayah pula pada tahun lepas mengumumkan yang jambatan Labuan hanya akan dipertimbangkan selepas kaji selidik dibuat dan mendapati ianya berdaya maju. Seolah-olah kita seperti kembali semula kegarisan permulaan mengenai isu jambatan ini.
Kalau pemimpin-pemimpin di Labuan bersikap tunggu dan lihat, atau mengharapkan 100% kepada Menteri Wilayah untuk mengejar RM3b ke Kementerian Kewangan, saya percaya kita tidak akan dapat peruntukan RM3b ini, kalau dapat RM30 juta pun sudah dikira bertuah.
Tidak salah untuk kita bersikap optimis, tapi biarlah berpijak dibumi yang nyata.
Kategori
01 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Banyak masalah yg perlu di selesaikan pada masa ini seperti masalah bekalan air, harga barang yg terlalu mahal di bandingkan dgn tanah besar Sabah, isu jambatan yg mengubungkan Labuan dgn Sabah dan isu pelabuhan bebas cukai Labuan.
Sebagai anak Labuan, saya biasa mendengar Labuan di kenali hanya sebagai tempat hiburan dan tempat bersukaria. Duit yg dijanjikan jika mendapat kelulusan kabinet ini adalah sesuatu yg tak pasti lagi dan apakah yg kita boleh buat sekarang untuk menyelesaikan masalah yg memberi impak terus kepada penduduk Labuan?
Catat Ulasan