Saya menerima maklumat yang pagi tadi penuntut-penuntut Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) mengadakan piket. Kira-kira 1000 penuntut UMS-KAL mengambil bahagian dalam piket pagi tadi yang diawasi oleh pihak polis.
Sebelum mengadakan piket, pihak MPP telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan HEP, meminta agar Menteri Pengajian Tinggi datang melawat kampus tersebut dan melihat kesengsaraan mereka tanpa bekalan air bersih.
Masalah bekalan air di Labuan sudah berlarutan sejak tahun lepas, dan bertambah buruk akibat cuaca kemarau akhir-akhir ini. Masalah bekalan air Labuan dijangka akan berakhir Disember ini apabila projek saluran paip dasar laut dari Beaufort siap sepenuhnya.
Kategori
03 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Saya dengar pukul 10.00 pagi ini YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal mahu membuat press statement mengenai hal ini. Jika betul, ini adalah satu tindakan positif seorang Wakil Rakyat. Dan kita berharap tindakan susulan dari KTAK sangat baik untuk memperbaiki keadaan anak-anak kita di Pusat pengajian Tinggi tersebut. Atau kakitangan KTAK itu penyokong Parti Pembangkang!!!!
Catat Ulasan