30 September 2009

Majlis Rumah Terbuka AidilFitri Ahli Parlimen Labuan

Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussof Mahal akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 3 Oktober ini. Majlis tersebut akan dibuat di Dewan Masyarakat Labuan dan akan bermula pada jam 8 malam. Semua warga Labuan dijemput hadir.

BIBBF 09 - Labuan Masih Berminat?

Labuan sepatutnya menjadi tuan rumah untuk sambutan Borneo International Big Bikers Festivals (BIBBF) tahun ini. Namun sehingga hari ini masih belum ada tanda-tanda yang ianya akan direalisasikan dalam tempoh terdekat ini. Acara tahunan ini sepatutnya disambut seawal bulan Mei setiap tahun.

Mengikut perancangan asal, Persatuan Motorsikal Berkuasa Besar Labuan, LA Riders akan menjadi tuan rumah untuk acara kali ini. Namun ada ura-ura mengatakan jika LA Riders tidak berkemampuan untuk menguruskannya, kelab baru, Black Eagle Riders sanggup untuk mengambilalih untuk merealisasikan Labuan menjadi tuan rumah untuk acara tahunan BIBBF 09 untuk pertama kali menjadi kenyataan.

LabuanKini difahamkan H.O.G Brunei Chapter akan berada di Labuan pada 2 Oktober hingga 4 Oktober ini. Beberapa ahli H.O.G dari Kota Kinabalu juga dijangka tiba di Labuan pada 3 Oktober ini.

28 September 2009

Ribut 'Serpihan' - Warga Labuan Terjejas

Angin kencang serta hujan lebat semalam sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti warga Labuan, terutama ketika dimusim perayaan ini, dimana masih ramai warga Labuan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Banyak kerosakan harta awam dilaporkan, tiang lampu tumbang, pohon tumbang, dan atap rumah melayang. Gangguan bekalan elektrik yang terputus melibatkan hampir sebahagian kawasan di Labuan sekitar jam 9 malam kembali sepenuhnya sejam kemudian.

Penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijangka tiba pada jam 9.15 malam juga mengalami kelewatan apabila terpaksa bertukar haluan ke Kota Kinabalu akibat tidak dapat mendarat di Labuan, dan akhirnya tiba di Labuan pada sekitar jam 1 pagi tadi.

IPU Labuan Kembali Ke Tahap Sederhana

Indeks Pencemaran Udara di Labuan jam 7 pagi tadi mencatatkan tahap sederhana (54). Bacaan IPU pada jam 11 pagi juga tidak banyak berubah (57).

Hujan lebat dan angin kencang malam semalam yang dijangka akan meredakan sedikit sebanyak pencemaran udara di Labuan juga tidak tepat, malah mengeruhkan lagi keadaan.

21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


LabuanKini ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Kepada Semua Umat Islam Seluruh Malaysia
Terutama Pengunjung Setia Blog Labuan Kini.

19 September 2009

Majlis Berbuka Puasa UMNO Bahagian Labuan


Seperti tahun-tahun sebelumnya, UMNO Bahagian Labuan tahun ini juga membuat sambutan Majlis Berbuka Puasa pada 18 September (28 Ramadhan) bertempat di Restoran Fisherman's Wharf. UMNO Labuan juga sempat memberikan sumbangan berbentuk 'duit raya', beras dan minuman kepada warga yang memerlukan dari 27 kampung.

Antara yang turut menyumbang pada majlis kali ini antaranya, Hj. Bashir Alias, Dato' Suhaili, Dato' Harris Tan, Pn. Rahimah Lamat, Pn. Hjh. Aini, En. Rafi Ali Hassan dan ramai lagi yang tidak sempat disebutkan.

Turut hadir memeriahkan suasana antaranya ketua-ketua kampung, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita. En. Rafi tidak hadir pada majlis ini tapi ada memberikan sumbangan. Pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Yunus Kurus juga tidak hadir atas masalah kesihatan.

16 September 2009

Selamat Hari Malaysia


Labuan Kini Ingin Mengucapkan

Selamat Hari Malaysia

Kepada Seluruh Warga Malaysia
Terutama Warga Labuan & Pengunjung Blog
LabuanKini.Net

13 September 2009

Suling Air Laut Selesai Masalah Air Labuan?

Petikan daripada New Sabah Times, 10 September 2009.

Labuan’s water shortage: UMS wants to assist

10th September, 2009

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah (UMS) wants to help resolve the water shortage here and will soon conduct a research on sea water filtering system.

Vice-chancellor Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon said a team of researchers comprising a lecturer and engineering students would carry out the research.

“We want to use this research as our pilot project to turn sea water into clean water,” he said when attending the breaking of fast withUMS students here this week.

He said the university would provide the funding for the research.

According to Dr Kamaruzaman, the system is being used by some countries and as such, it could also be used here.

Meanwhile, he said the UMS campus here has been experiencing water shortage since June.

Labuan water department director Haji Sulaiman Kamisan said although the island received supply from the water treatment plant in Gadong, Beaufort, it is not enough to meet the demand of the 87,000 residents.

05 September 2009

Masalah Bekalan Air Labuan Selesai 2010?

Petikan dari Berita Harian Online, 5 September 2009


LABUAN: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini dijangka dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut bernilai RM365 juta dari Beaufort, Sabah siap sepenuhnya menjelang akhir 2010.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata buat masa ini bekalan air di pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang diperlukan setiap hari.

"Permintaan air lebih kurang 56 juta liter tetapi hanya 42 juta liter yang boleh dibekalkan kepada pengguna dan bekalan air itu turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas, menjadikan hanya 32 juta liter saja untuk penduduk," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 penduduk di Kampung Sungai Bedaun di sini, hari ini.

Beliau berkata, jumlah bekalan air itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna dan beliau akan menulis surat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican mengenai isu ini.


"Mungkin Petronas boleh mencari air yang mereka perlukan untuk kilang mereka dari sumber yang lain di tanah besar Sabah," katanya. - Bernama


04 September 2009

Menteri, SUK Tiba Di Labuan

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tiba di Labuan pagi tadi. Ketibaan beliau disambut Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yussof Mahal dan beberapa ketua kampung di Lapangan Terbang Labuan. Kehadiran beliau adalah atas urusan rasmi, membabitkan beberapa mesyuarat Perbadanan Labuan.

Semalam, Setiausaha Kementerian yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato Ahmad Phesal Talib juga tiba di Labuan.

YAB Menteri juga dijangka akan menghadiri majlis berbuka puasa bertempat di Kampung Sungai Bedaun.