27 Jun 2009

Pertandingan Golf 25 Tahun Asian Supply Base

Pagi tadi berlangsung satu Pertandingan Golf anjuran Asian Supply Sdn Bhd sempena ulangtahun syarikat itu yang ke 25 Tahun.

Perjalan pertandingan golf pagi tadi dilihat meriah, dan berjalan lancar. Antara jemputan-jemputan kehormat yang dilihat hadir termasuklah YB Datuk Yussof Mahal, Pengerusi ASB, Datuk Uzair Yahya, Ahli Lembaga Pengarah, pelanggan-pelanggan ASB, Presiden Kelab Golf Labuan, En. Arthur Kong, Kapten Kelab, En. Ranjeet Singh dan beberapa jemputan lain.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dato` Harris Tan dilihat berada di Kelab Golf Labuan sepanjang perlawanan, walaupun beliau tidak bermain golf bersama. Upacara penyampaian hadiah dibuat bertempat di Tiara Hotel, disekalikan dengan makan malam, pada 7.00 malam tadi.

Pertandingan sama juga akan dibuat esok, dan dibuka untuk penyertaan orang ramai.

25 Jun 2009

Lagi Mengenai Isu Bola

LabuanKini difahamkan satu lagi perlawanan separuh akhir yang sepatutnya akan diadakan telah dibatalkan. Ini berikutan pihak penganjur telah membuat keputusan kesemua empat pasukan yang layak pada separuh akhir dianggap 'juara bersama' dan perlawan separuh akhir dan perlawanan akhir tidak akan diadakan.

Keputusan tersebut telah dibuat setelah mengambil kira kejadian Selasa lepas apabila berlakunya pergaduhan membabitkan pemain, penonton, pengadil dan pengurus pasukan, sehingga membawa ke campurtangan pihak polis. Keputusan pembatalan perlawanan tersebut terpaksa diambil kerana ianya membabitkan keselamatan orang awam, khuatir pergaduhan yang sama akan berulang lagi.

Sebelum ini, beberapa pergaduhan juga direkodkan sepanjang kejohanan bola sepak Piala Komuniti anjuran Pejabat Ahli Parlimen Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan.

24 Jun 2009

Isu Bola - Gaduh Lagi!

Semalam LabuanKini dihubungi lagi mengenai isu pergaduhan membabitkan perlawanan bolasepak di Stadium Labuan. Kali ini ianya membabitkan pasukan Sg. Labu dan Bebuloh. Punca dikatakan bermula dari provokasi antara penyokong kedua-dua belah pihak. Pergaduhan tersebut yang membabitkan pemain, dan penyokong bermula kira-kira 15 minit selepas separuh masa kedua bermula. Campurtangan pihak polis juga dilihat tidak begitu berkesan untuk mententeramkan keadaan. Ramai yang berada di Stadium Labuan semalan mendengar bunyi tembakan, yang mulanya dianggap tembakan amaran dari pihak polis, namun pihak polis menafikannya.

Sebelum ini, pergaduhan yang hampir serupa juga berlaku ketika pasukan Sg. Labu bertembung dengan Sg. Lada, yang juga membabitkan pemain dan penonton. Pasukan Bebuloh juga merekodkan pergaduhan ketika berlawan dengan pasukan PBS, namun ianya hanya membabitkan penyokong antara kedua-dua belah pihak sahaja. setakat ini sudah lebih empat laporan polis dibuat, tidak termasuk laporan polis yang membabitkan kejadian semalam

LabuanKini difahamkan pertandingan bola tersebut adalah untuk merebut Piala Komuniti anjuran Pejabat Parlimen Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan.

22 Jun 2009

Laman Web Terbaru YB Datuk Yussof Mahal


LabuanKini mendapat maklumat yang YB Datuk Yussof Mahal kini mempunyai satu lagi laman web yang boleh dikunjungi. Laman web tersebut boleh dilawati di;

http://www.yussofmahal.com

Laman web yang dinamakan P166 kini dilihat lebih teratur dan kemas berbanding laman blog beliau sebelum ini, sungguhpun menggunakan penyedia laman blog yang sama; Blogspot.com. Laman web beliau yang terbaru ini juga tidak hanya tertumpu kepada isu Labuan sahaja, malah merangkumi isu nasional, semasa dan beberapa isu yang berkaitan Barisan Nasional.

YB Datuk Yussof dilihat lebih terbuka melalui laman web terbarunya, yang mula beroperasi pada penghujung April lalu dengan pendekatan-pendekatan terbaru. Kini beliau sudah mula membuat pautan ke laman-laman web sayap parti (UMNO) yang sebelum ini tidak ada pada laman blog lama beliau.

LabuanKini sentiasa menyokong usaha ahli Parlimen kita, YB Datuk Yussof Mahal dalam usaha mendekati warga labuan melalui dunia siber.

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan, Bahagian Labuan - Tenang?

Tidak banyak yang hendak ditulis sepanjang bulan Jun ini, walaupun Labuan dilihat agak 'sibuk' dari mata kasar. Tidak ada kontrovesi, cerita baru, perkembangan terkini ataupun cerita-cerita menarik.

Mengenai mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Labuan, hanya segelintir cawangan sahaja yang masih belum bermesyuarat. Melalui pemerhatian LabuanKini, tidak ada yang extraordinary mengenai mesyuarat kali ini, kerana ketiadaan pemilihan, cuma untuk membentangkan laporan tahunan dan beberapa isu berbangkit. Cawangan Batu Manikar yang sebelum ini tidak bermesyuarat kerana isu bergaduh juga selamat mengadakan mesyuarat tanpa sebarang masalah.

Sayap parti juga tidak menghadapi sebarang masalah mengadakan mesyuarat, cuma perjalanan mesyuarat Pemuda UMNO dilihat agak berserabut sedikit dimana dijangkakan akan ada pemilihan untuk wakil G2.

LabuanKini difahamkan Ketua Pemuda tidak berbincang dengan ketua-ketua Pemuda cawangan terlebih dahulu mengenai senarai G2 yang akan dicadangkan dan hanya memberi arahan disaat akhir sebelum mesyuarat cawangan bermula. Sehingga kini, sudah ada 4 calon yang layak untuk bertanding kerusi G2.

Puteri UMNO seperti biasa mengadakan mesyuarat di cawangan-cawangan secara teratur, tanpa sebarang masalah.

10 Jun 2009

Guru - Jasamu Tetap Dikenang

Petikan dari New Sabah Times, 10 Jun 2009

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal berkata, guru yang pernah menabur bakti sama ada yang sudah bersara mahupun yang masih lagi bertugas tidak seharusnya di-lupakan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikenang oleh setiap insan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan jasa guru yang mendidik mereka.

Katanya, sambutan Hari Guru yang di-sambut di seluruh negara merupakan salah tanda penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua guru yang sentiasa iklas menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan dedikasi.

“Keikhlasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap guru sehingga mampu melahirkan anak bangsa yang berguna merupakan satu tanggungjawab yang tinggi nilainya yang seharusnya tidak boleh dilupakan oleh setiap individu yang pernah diajar oleh guru di sekolah,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Hadir sama di majlis itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Labuan, Mohd. Zaki Mohammad Yussof dan Pengerusi Pengan-jur, Haji Ali Haji Deros.

Yussof berkata, tema Hari Guru 2009 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ amat ber-tepatan sekali dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan semua aspek pendidikan dari segi infrastruktur, organasasi dan pengajaran serta pembelajaran di sekolah.

Pada majlis itu, mantan Guru Besar SK Patau-Patau, Haji Ahad Haji Ahmad dipilih sebagai Tokoh Guru 2009, manakala lima lagi bekas guru yang baru saja bersara turut menerima Anugerah Jasamu Di Kenang yang terdiri daripada Samsiah Ibrahim (SK Ranca-Ranca), Nuridah Damit (SK Keru-pang), Teo Boon Hiew (SJK Chi Wen), Datin Dayang Pungut Abdul Jalil (SK Layang-Layangan), Shung Sang Majid (SK Lubuk Temiang) dan Sokenah Osman Laso (SK Layang-Layangan).

Dalam pada itu, seramai 42 anak guru yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM serta guru-guru yang berkhidmat lebih 20 tahun turut me-nerima anugerah.

05 Jun 2009

Blog Pemuda UMNO Labuan - Patau-Patau 1 Mengorak Langkah


Pemuda UMNO Cawangan Patau-Patau 1 mengorak selangkah kedepan dengan menerbitkan laman blognya sendiri. LabuanKini mula menyedarinya ketika melawat laman blog Puteri UMNO Labuan.

Laman blog tersebut boleh dilawati melalui alamat berikut;

http://pemudaumno-pp1.blogspot.com

LabuanKini mengucapkan tahniah kepada Pemuda UMNO Patau-Patau 1, kerana menjadi cawangan pertama dalam Pemuda UMNO Labuan yang menerbitkan laman blog sendiri.

Sebelum ini LabuanKini pernah dimaklumkan mengenai hasrat Pemuda UMNO Labuan untuk membuka laman blog sendiri, mengikuti jejak Puteri UMNO Labuan, namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan mengenainya