10 Jun 2009

Guru - Jasamu Tetap Dikenang

Petikan dari New Sabah Times, 10 Jun 2009

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal berkata, guru yang pernah menabur bakti sama ada yang sudah bersara mahupun yang masih lagi bertugas tidak seharusnya di-lupakan begitu sahaja, sebaliknya perlu dikenang oleh setiap insan sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan jasa guru yang mendidik mereka.

Katanya, sambutan Hari Guru yang di-sambut di seluruh negara merupakan salah tanda penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua guru yang sentiasa iklas menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan dedikasi.

“Keikhlasan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap guru sehingga mampu melahirkan anak bangsa yang berguna merupakan satu tanggungjawab yang tinggi nilainya yang seharusnya tidak boleh dilupakan oleh setiap individu yang pernah diajar oleh guru di sekolah,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Guru peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Hadir sama di majlis itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Labuan, Mohd. Zaki Mohammad Yussof dan Pengerusi Pengan-jur, Haji Ali Haji Deros.

Yussof berkata, tema Hari Guru 2009 ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ amat ber-tepatan sekali dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan semua aspek pendidikan dari segi infrastruktur, organasasi dan pengajaran serta pembelajaran di sekolah.

Pada majlis itu, mantan Guru Besar SK Patau-Patau, Haji Ahad Haji Ahmad dipilih sebagai Tokoh Guru 2009, manakala lima lagi bekas guru yang baru saja bersara turut menerima Anugerah Jasamu Di Kenang yang terdiri daripada Samsiah Ibrahim (SK Ranca-Ranca), Nuridah Damit (SK Keru-pang), Teo Boon Hiew (SJK Chi Wen), Datin Dayang Pungut Abdul Jalil (SK Layang-Layangan), Shung Sang Majid (SK Lubuk Temiang) dan Sokenah Osman Laso (SK Layang-Layangan).

Dalam pada itu, seramai 42 anak guru yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM serta guru-guru yang berkhidmat lebih 20 tahun turut me-nerima anugerah.

Tiada ulasan: