Kategori
31 Januari 2009
25 Tahun Labuan Sebagai Wilayah Persekutuan
30 Januari 2009
Hari Wilayah
29 Januari 2009
The Year of Ox!
Labuan masih lagi meriah dengan sambutan tahun baru Cina. Di bandar Labuan masih lagi kedengaran bunyi paluan gendang dan tarian singa. Masih ada lagi kedai-kedai yang dimiliki oleh warga berbangsa Cina masih tutup, belum mula berniaga. Jemputan rumah terbuka juga tidak kurang banyaknya.
25 Januari 2009
Isu Pasar Babi - Bila Akan Selesai
Campurtangan MCA Labuan dalam hal ini juga tidak menampakkan sebarang kesan positif terhadap situasi semasa. MCA mula bertindak campurtangan secara terbuka apabila Perbadanan Labuan bertindak merobohkan meja di pasar lama.
Ahli Parlimen Labuan juga ada membuat kenyataan didada akhbar untuk cuba membincangkan perkara ini dengan Perbadanan Labuan, namun masih tidak ada apa-apa perkembangan mengenainya.
Perbadanan Labuan suda beberapa kali cuba untuk berlembut dengan peniaga-peniaga daging babi, dengan melengahkan arahan berpindah dari 1 Disember 2008 ke 1 Januari 2009, dan yang terbaru 28 Januari.
Pada 19 Januari lepas, para peniaga daging bertindak melampau dengan menjual daging babi ditempat terbuka. Ini mengundang perasaan kurang senang kepada sebahagian penduduk Labuan, terutama yang beragama Islam, berpendapat bahawa peniaga-peniaga tersebut tidak peka tengang isu-isu sensitif yang membabitkan penduduk melayu dan Islam.
24 Januari 2009
Berita Baik Untuk Kontraktor Kelas F
RM2.7 juta projek infrastruktur untuk Labuan
LABUAN 23 Jan. - Kira-kira RM2.7 juta projek pembangunan infrastruktur akan diberikan kepada 28 kontraktor di pulau bebas cukai itu sebagai sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu kontraktor tempatan agar dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang suram kini.
Projek-projek tersebut hanya untuk kontraktor Kelas F yang diserahkan melalui Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah pakej rangsangan bernilai RM 7 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Projek berkenaan akan diberikan melalui proses pengundian berkomputer menyaksikan sebanyak 162 kontraktor tempatan mengambil bahagian. - Bernama
20 Januari 2009
Jutawan Segera Tak Kesampaian
Polis Marin tumpas seludup rokok, arak RM 2juta
MENUMBOK 19 Jan. - Polis Marin di sini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dan rokok yang dianggarkan bernilai RM2 juta di Kuala Sungai Kampung Tananak dekat sini malam semalam.
Dalam operasi pada pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis yang melakukan penyamaran menahan sembilan buah bot yang terkandas ketika air surut di kuala sungai itu.
Ketua Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Abdul Manaf Othman berkata, sebaik sahaja ditahan, pasukan itu menemui sejumlah 1,100 unit minuman keras dan 36,700 bungkus rokok pelbagai jenama di dalam bot berkenaan.
Katanya, operasi diketuai Asisten Supritendan Fauzi Ibrahim bersama 30 anggota itu turut menahan dua lelaki rakyat tempatan berusia 18 dan 20 tahun.
"Kedua-dua suspek ditahan ketika berada dalam bot berkenaan. Bagaimanapun, beberapa ahli sindiket itu sempat melarikan diri.
"Polis kemudian merampas sembilan buah bot itu dan 29 enjin sangkut yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan tersebut," katanya ketika ditemui di Jeti Menumbok, semalam.
Menurut Abdul Manaf, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci mengenai sindiket penyeludupan itu termasuk mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan penyeludupan barang larangan berkenaan.
Tambahnya, jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM2 juta, bagaimanapun ia tidak termasuk cukai Kastam Diraja Malaysia.
Kata beliau, kesemua rampasan itu dibawa ke Jeti Menumbok untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, rampasan minuman keras dan rokok itu merupakan yang terbesar awal tahun ini sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
19 Januari 2009
Isu Hospital - Selamatkah Warga Labuan?
13 Januari 2009
DP TiongHua lawat Pengerusi PL
DEWAN PERNIAGAAN TIONGHUA LABUAN BUAT KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP SUHAILI
LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC) telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Haji Suhaili Abdul Rahman yang diadakan di pejabatnya di bangunan Wisma Perbadanan Labuan, pada Isnin.
Rombongan seramai tujuh orang itu di ketuai oleh Pengerusinya, Chin Chee Kee. Turut sama ialah timbalannya Roger Chua Tuan Song.
Chin Chee Kee yang ditemui selepas majlis itu berkata, kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan yang baru dilantik bagi sesi 2009/2010, selain itu menyatakan hasrat untuk terus bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga agensi kerajaan yang lain.
Antara mereka yang dipilih untuk sesi 2009/2010 ialah Presiden, Chin Chee Kee, Timbalan Presiden, Roger Chua, tiga Naib Presiden terdiri Seck Mun Foo, Wong Kii Yii, Chin Kon Tai, Setiausaha, Kok Voon Fong dan Bendahari, Robin Liaw.
GAMBAR: KUNJUNGAN HORMAT…. Chin (kanan) bersama rombongan ketika mengunjugi Suhaili (dua dari kanan) berjanji untuk membantu membangunkan Labuan.
Nasib Nelayan Labuan
144 NELAYAN TEMPATAN TERIMA ELAUN SARA HIDUP RM200 SEBULAN
LABUAN: Seramai 144 daripada 525 nelayan tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini menikmati elaun sara hidup sebanyak RM200.00 sebulan sejak Jun tahun lalu.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Labuan, Mohd. Khir Mohd. Sham berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM28,800 sebulan.
Bagaimanapun katanya, jumlah itu dijangka meningkat pada Febuari ini apabila seramai 175 nelayan lagi diluluskan lesen mereka, manakala 206 nelayan lagi sedang menunggu kelulusan.
“Selain itu, seramai 262 nelayan turut menerima bayaran insentif sejak September lalu sebanyak RM0.10 sen bagi setiap kilo ikan yang di daratkan mengikut zon yang ditetapkan” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Hari Bertemu Pelanggan LKIM yang diadakan di Taman Pertanian Kilan dekat sini, pagi kelmarin.
Sementara itu katanya, seramai 178 nelayan layak menerima subsidi minyak kad e-petrol dan 88 yang lain menerima sudsidi kad e-diesel.
Menyentuh mengenai program Hari Bertemu Pelanggan, Mohd Khir berkata ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada nelayan mengenai isu-isu berkaitan dengan tugas dan tanggung jawab LKIM.
“ Selain itu kita juga memberikan penjelasan mengenai isu-isu subsidi minyak, elaun sara hidup dan insentif yang layak diterima oleh para nelayan yang berdaftar atau berlesen” katanya.
Katanya program yang julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh beberapa agensi yang berkait rapat dengan aktiviti nelayan seperti Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Malaysia Deepwater Production Contraktor Sdn. Bhd. (MDPPCSB).
10 Januari 2009
Bintang RTM 2009
09 Januari 2009
Misi "Labuan" ke Kuala Terengganu.
01 Januari 2009
Berita Baik Dari PTPTN
01/01/2009 7:24pm
LABUAN 1 Jan. — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada para peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit.
Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.
Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, para peminjam itu perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendaptkan maklumat berhubung perkara itu.
“Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49 peratus,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan di sini.
Menurutnya, PTPTN memperuntukkan RM3.4 bilion setiap tahun untuk pinjaman pendidikan.
Beliau seterusnya menggesa para ibu bapa membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi anak-anak mereka yang sedang belajar di kolej serta yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi memudahkan mereka mendapat kelulusan untuk pinjaman PTPTN. - Bernama
-
Keterangan dari Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, Pengerusi PTPTN ketika berada di Labuan. Dipetik dari Bernama melalui Utusan Online, 1 Januari 2009. Ini merupakan berita baik kepada penuntut-penuntut (dan bekas penuntut yang masih berhutang) di IPTA/IPTS dari Labuan yang melanjutkan pelajaran melalui skim pinjaman PTPTN.