01 Januari 2009

Berita Baik Dari PTPTN

Pembayaran pinjaman PTPTN minimum tidak lama lagi

01/01/2009 7:24pm

LABUAN 1 Jan. — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada para peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit.

Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj satu peratus yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding empat peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, para peminjam itu perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendaptkan maklumat berhubung perkara itu.

“Kelonggaran diberikan selepas kami mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49 peratus,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri taklimat oleh pegawai di Jabatan Pelajaran Labuan di sini.

Menurutnya, PTPTN memperuntukkan RM3.4 bilion setiap tahun untuk pinjaman pendidikan.
Beliau seterusnya menggesa para ibu bapa membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi anak-anak mereka yang sedang belajar di kolej serta yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi memudahkan mereka mendapat kelulusan untuk pinjaman PTPTN. - Bernama

-

Keterangan dari Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, Pengerusi PTPTN ketika berada di Labuan. Dipetik dari Bernama melalui Utusan Online, 1 Januari 2009. Ini merupakan berita baik kepada penuntut-penuntut (dan bekas penuntut yang masih berhutang) di IPTA/IPTS dari Labuan yang melanjutkan pelajaran melalui skim pinjaman PTPTN.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...x der maknanya....caj perkhidmatan 1% hanya dikenakan pada peminjam yang tiada tunggakkan dam membayar pinjaman mengikut prosedur yg dittpkan.bg yg mempunyai tunggakkan & x mengikut prosedur.caj perkhidmatan masih sama seperti dahulu (3%)...hampeh jer...tipah tertipu...kemain lagi war2kan caj perkhidmatan ditrnkan kpd 1%.hampeh jer...bersyarat lah plak...

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman, perlaksanaan caj 1% bermula pada 1 Jun 2008 sebagaimana kenyataan akhbar Y.B. Menteri Pengajian Tinggi dalam akhbar-akhbar utama pada 06 OGOS 2008. Pihak pengurusan PTPTN sedang menyediakan kaedah dan peraturan pelaksanaannya dan akan diedarkan untuk makluman dalam tempoh terdekat. Maklumat mengenai perkara ini boleh didapati di laman web www.ptptn.gov.my Kaedah dan peraturan tersebut juga akan dipaparkan di Laman Web PTPTN untuk panduan umum.

Caj 1% melibatkan semua peminjam. Surat perjanjian yang baru akan dihantar kepada peminjam awal Januari 2009, tempoh diberikan selama 30 hari untuk kembalikan kepada PTPTN. selepas pelarasan siap sepenuhnya, kos 1% akan berjalan seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai tunggakan pinjaman sebelum ini. "Semua permohonan (untuk satu peratus) akan ditapis terlebih dulu dengan melihat kepada jumlah pembayaran mereka.

Mereka yang membayar mengikut kadar ditetapkan, layak menerima pengurangan caj. Bagi yang gagal membayar mengikut jadual, mereka tetap dikenakan caj perkhidmatan lama dan hanya boleh menikmati caj baru selepas selesai membayar tunggakan pinjaman ptptn bagi tahun 2008. pelarasan kos untuk semua peminjam dijangka siap sepenuhya pada Januari 2009.

Terima kasih kerana berurusan dengan PTPTN. Sila maklumkan kepada kami jika ada perubahan alamat dan no telefon.