Kementerian Kesihatan sepatutnya membuat pertimbangan, kita sudah hampir menyambut jubli perak, 25 tahun Labuan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pembangunan Petronas Methanol membawa juga masuk pelbagai tenaga kerja ke Labuan, sekaligus menambah penduduk yang menetap di Labuan. Kita sudah patut ada doktor pakar dan peralatan perubatan yang mencukupi. Ketika Hospital Nukleus Labuan dibina, ingatkan situasi perubatan di Labuan juga bertambah baik, tapi rupanya masih lagi di tampuk lama.
Lebih menyakitkan lagi bila ianya mengakibatkan kes kematian dan doktor dan para pegawai perubatan di hospital-hospital Labuan hanya mampu memberikan alasan "kita kekurangan peralatan", "kita tiada pakar" dan alasan yang paling tidak dapat diterima; "kalau diterbangkan ke KK, mungkin boleh selamat".
Amat kerap kes-kes sebegini dikhabarkan dari mulut kemulut, namun tiada siapa yang betul-betul tampil membuat aduan. LabuanKini berasa tidak patut untuk disebut kes-kes ini dengan lebih terperinci (melainkan diminta) dilaman ini kerana ianya membabitkan sensitiviti dan perasaan waris dan keluarga mangsa.
Mudah-mudahan YB kita dapat membawa perkara ini ke Dewan Parlimen untuk dibahaskan.
3 ulasan:
Salam LabuanKini,
Tahniah, kerana prihatin kepada komen yang di beri.
Memang, jika kita ikuti/mendengar cerita; isu ini tida lagi asing dalam kalangan pesakit mahupun ahli keluarga terlibat.
Saya percaya, ada keraguan terhadap apa yang diucapkan oleh sesetengah specialist di Hospital Labuan. Jaminan "selamat" bukan sesuatu yang kita harapkan sebenarnya. Tapi, isu ini lebih kepada pembangunan kepada keperluan infrastruktur/peralatan moden Hospital Labuan sendiri. Pelik tak pelik, setiap wad ada antara kakitangan profesionalnya bergelar "pakar"(pakar mata, pakar kanak-kanak, pakar kesihatan ibu mengandung dsb) namun isu kekurangan pakar terus menjadi persoalan.
Kita akui, kekurangan peralatan canggih yang melibatkan profesionalisme kesihatan adalah antara isu yang pernah dibahaskan di Dewan Parlimen. Namun, masih tiada lagi penambahbaikan/berita baru kepada "kekurangannya".
Tidak perlu kita salahkan kerajaan kerana kekurangan ini kerana kita pasti kerajaan sentiasa mengambil perhatian kepada "isu-isu" yang kadangkala mempersoalkan "kredibiliti/kebolehan" mengurus mereka.
Apapun, perkhidmatan pelanggan Hospital Labuan harus diberikan pujian kerana kecekapan ke atas khidmat yang disediakan. Juga kesediaan mereka untuk terus berkhidmat biarpun kekurangan peralatan/pakar terus menjadi isu yang membelenggu semua hospital-hospital yang dimiliki kerajaan. Tahniah LabuanKini dan Hospital Labuan!!!
Selamat pagi.
Masalah ini sudah lama rakyat Labuan (yang rata-ratanya penyokong BN) hadapi. Suara-suara pembelaan ada kita dengar, tapi pi mai-pi mai tang tu juga.
Tidak juga saya menafikan keikhlasan,kemurahan hati TUDM dan BOMBA dengan penerbangan atau pelayaran IKHSANnya, tapi sampai bilakah kita harus menaruh keIKHSANan dua badan ini!
Saya pernah menerima penerbangan ikhsan TUDM, naik pasawat caribou ke KK sebab cedera parah tahun 1972 iaitu zaman Cottage Hospital dulu tapi sekarang dah pun Nukleus!
Terima kasih TUDM, bakti murnimu di luar sempadan tugas tetapku sanjung.
Saya ingin mencadangkan agar pihak hospital Labuan dapat menyediakan 'sea-ambulance' (kalau flying-ambulance lagi baik) 1 atau 2 buah dan menempatkan kereta ambulance di Dispensari Menumbok khas untuk pesakit Labuan yang perlu dihantar ke QEH KK.
Salam hormat dari saya,
Takidum bin Sinis
Tahniah LabuanKini diatas keperihatinan saudara mengutarakan isu ini. Memang ternyata bahawa isu ini telah di bangkitkan. Saya oernah membangkitkan isu ini di Majlis Perundingan Belia Negeri pada tahun lepas. Namun masih belum ada tindakan susulan yang diambil. Amat mengecewakan apabila sebuah Majlis yang keanggotaannya terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan Kelas A dan Pihak Berkuasa Tempatan sendiri, namun respon yang diberikan kurang memberangsangkan.
Catat Ulasan