23 April 2009

Blog Majlis Belia labuan - Yang Mana Satu?

Ketika mengemaskini senarai blog-blog yang diikuti, pihak LabuanKini mendapati blog Majlis Belia Labuan, yang sebelum ini dipromosikan di LabuanKini tidak lagi dapat diakses.

Cubaan LabuanKini mencari jika ada laman-laman blog Majlis Belia Labuan yang lain mendapati ada tiga blog yang menggunakan nama Majlis Belia Labuan. Ketiga-tiga alamat tersebut adalah;

labuanyouth.blogspot.com
mbwpl.blogspot.com
majlisbelialabuan.blogspot.com

Mengikut pemerhatian LabuanKini, labuanyouth tidak dapat diakses, melainkan dijemput, majlisbelialabuan kali terakhir dikemaskini pada 2008 dan mbwpl dikemaskini pada Februari 2009.

Untuk tujuan Promosi, ada baiknya Majlis Belia Labuan menghubungi LabuanKini menyatakan yang mana satukah laman blog rasmi MBL, supaya senang pihak LabuanKini membuat pautan.

1 ulasan:

Timbalan Presiden MBL berkata...

Salam. Terima kasih Labuan kini diatas keprihatinan ttg hal berkaitan belia. Untuk makluman Labuan kini Majlis Labuan memang mempunyai lebih dari satu blog, ini berlaku oleh kerana beberapa perkara apabila MBL teruk dikritik dalam blog Minda Belia baru2 ni.Oleh kerana itulah wujudnya 3 blog yang dibuat oleh exco MBL untuk menangkis kritikan dari mereka yang selalu memberi kritikan kepada MBL. dan untuk makluman, pihak MBL sekarang ini cuma mengguna pakai blog mbwpl.blogspot.com dan bolg2 yang lain akan ditutup dalam masa terdekat ni. Saya selaku wakil MBL mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Labuan kini atas KEPERDULIAN akan perkara ini. Cuma kita berharap , agar pihak Labuan Kini lebih kerap mengutarakan program-program yang berkaitan belia di dalam blog Labuan kini. dan pihak Labuan kini bolehlah menghubungi Pejabat Majlis Belia Labuan atau Setiausaha Agung MBL sendiri. Terima kasih.