07 April 2009

Snippet

Sedikit update mengenai perkembangan politik negara, yang secara tidak langsung akan mempengaruhi dunia politik Labuan.

- Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasminya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Isnin lepas, selepas menerima watikah perlantikan dan mengangkat sumpah dihadapan Yang DiPertuan Agong, 3 April lepas.

- PM masih belum mengumumkan sebarang rombakan kabinet, atau melantik kabinet baru, namun dianggap kabinet Datuk Seri Najib dijangka lebih kecil berbanding sekarang. Kabinet sekarang mempunyai 27 Kementerian, dan 29 Menteri. Kabinet yang baru dijangka hanya mengadakan 24 - 25 Kementerian sahaja. Jika saiz kementerian dikecilkan, ianya berkemungkinan akan membabitkan pemansuhan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pengajian Tinggi, KWP diwujudkan semula oleh mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengambil alih jawatan PM, dan KPT adalah pecahan daripada Kementerian Pendidikan yang ditukarkan semula menjadi Kementerian Pelajaran.

- Selepas menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dicabar pula dengan 3 pilihanraya kecil, membabitkan Batang Air, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. PM dilihat sibuk dan sukar untuk diganggu, memandangkan jawatan yang baru dipegangnya dan pilihanraya kecil yang dihadapi.

- Ini juga membawa kepada penangguhan perlantikan Pengerusi Perbadanan Labuan yang baru, memandangkan kontrak Pengerusi PL sekarang ini telah tamat pada 31 Mac lepas. Spekulasi mengenai siapa yang akan dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Labuan menjadi perbualan kedai kopi sekitar pulau Labuan. Ada yang menjangkakan YB Datuk Yussof Mahal akan dilantik menjadi Pengerusi PL yang baru, ada yang menjangkakan kontrak Dato Suhaili akan disambung semula dan ada pula menjangkakan muka baru dari semenanjung akan diberi jawatan tersebut.

- Menurut sumber-sumber yang LabuanKini terima, calon untuk Pengerusi Perbadanan Labuan sudah dikenalpasti oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, dan perlantikan beliau sudah direstui sejak awal lagi, ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Kini hanya menunggu surat lantikan dan kelulusan dari Perdana Menteri yang baru. Bagaimanapun, siapa yang dicalonkan masih kurang jelas.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dahsyat! Blogger LK terus menyuapkan sajian yg mengaburi mata para pelayar terutamanya Golongan Gen-Y. Bukankah lebih elok jika Labuan Kini berterus terang yg LK favour dan berlutut berharap agar DS terus disambungkan kontraknya? Kalau tidak manakan pernyataan berikut ditulis... "Menurut sumber-sumber yang LabuanKini terima, calon untuk Pengerusi Perbadanan Labuan sudah dikenalpasti oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, dan perlantikan beliau sudah direstui sejak awal lagi, ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Kini hanya menunggu surat lantikan dan kelulusan dari Perdana Menteri yang baru." Tapi sayang, harapan tinggal harapan. Cetek sungguh kualiti penulisan para blogger LK.-Ungkayah

AHMED SUHAILY berkata...

aku nda kesah siapa saja jd pengerusi.yg penting jgn saja DS atau angau2nya.peace..

AHMED SUHAILY berkata...

aku nda kesah siapa saja jd pengerusi.yg penting jgn saja DS atau angau2nya..peace.

Owner Projek Pasar Labuan berkata...

akupun nda kisah sapa2 ja jadi pengerusi pl, janji bukan si usop. kalau subkon pun ditalannya, bila ia jadi pengerusi, abis semua projek d pl atu ditalannya

Tanpa Nama berkata...

Harap SB Labuan selidiki blogger Owner Projek Pasar Labuan diatas. Kita tahu yg dia ini benar2 penyebar fitnah dan boleh disabitkan dengan Akta Hasutan. Tidak rugi kita kehilangan blogger macam ini. Komen main hantam saja! Takidum.