LabuanKini sempat bertanya beberapa orang yang berbaris cuba untuk mendapatkan tiket feri kenderaan di kaunter tiket Labuan Feri, antara sebab ramai yang cuba untuk keluar dari Labuan adalah untuk mengunjungi sanak saudara di tanah besar Sabah, tambahan pula Jumaat ini cuti umum. Satu faktor lagi yang menyumbang kearah perkembangan ini ialah Pesta Sabah yang kebetulan juga disambut pada 2 hingga 11 Mei di Kota Kinabalu.
LabuanKini juga sebelum ini ada dimaklumkan bahawa bajet untuk sambutan Pesta Sukan Air tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. ianya cuma nampak besar kerana digabungkan dengan sambutan Jubli Perak Labuan menjadi Wilayah Persekutuan.
Sambutan Pesta Sukan Air dan Jubli Perak kali ini akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
5 ulasan:
Setuju.. gagak pun ada juga buat tinjuan rambang semalam, memang agak dingin macam tidak ada pesta akan berlaku hujung minggu ini...
Dengar khabarnya gerai MTPL pun tidak habis ditempah..
Melihat kepada keadaan ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berkerjasama dan berganding bahu untuk memeriahkan Pesta Sukan Air Tahun ini... Krew Labuan Kini ada ambil bahagian ka dalam mana-mana acara? Tema Gagak turun buat pemaren Majalah Gergitan...Temui Kami di Cana.. He He He...
Pengerusi sambutan jelas sekali membuat kerjanya seperti melepas batuk ditangga sahaja. Kadang Pegawai Kerajaan pun bengap juga. Makan gaji buta la ni.
Sepatutnya ko orang anak jati Labuan yang seharusnya mempromosikan aktiviti yang ada di sini. Bukan asyik berebut siapa yang akan jadi pengerusi PL. Macam mana Labuan mahu bersaing dengan Langkawi yang sudah dikenali dunia.
Keadaan kegawatan ekonomi global mungkin menyumbang ke arah kesederhanaan yang perlu di lakukan...perbelanjaan berhemat..rakyat didahulukan,prestasi ditingkatkan...syukurlah ada jua persembahan yg akan dibuat...Bungaraya!!semua org berusaha untuk memeriahkan suasana..apa sumbangan Bungaraya ke arah itu??kalau sekadar mengutuk org baiklah bertaubat..sehingga pukul 12.30 malam tadi org tengah berkerja di pentas utama untuk menjayakan perayaan ini..ada juga pegawai kerajaan di sana tu..kesian nya..Bungaraya pulak yang buta...hee hee
Auw dih. Mun parasaanmu dingin, mana tah saja.
Catat Ulasan