24 April 2009

Mesyuarat MKT UMNO Pertama - Penentu Nasib Dato Suhaili


Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada hari ini (Jumaat). Antara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah melantik jawatankuasa lantikan, ketua perhubungan UMNO negeri, ahli majlis tertinggi dilantik dan membincangkan isu-isu yang memerlukan keputusan majlis tertinggi.

Kes Dato Suhaili yang digugurkan jawatan Ketua Bahagian UMNO Labuan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Mansur juga dijangka akan dibincangkan didalam mesyuarat tersebut. Sebelum ini Dato Suhaili dinasihatkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemukakan rayuan kepada UMNO pusat.

Dato Suhaili sebelum ini menyatakan pengguguran beliau adalah tidak sah, kerana tidak mendapat 'restu' daripada majlis tertinggi, sebaliknya tindakan pengguguran beliau adalah tindakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO secara solo, tanpa membuat rujukan ke majlis tertinggi. Beliau bagaimanapun ada membuat rayuan ke UMNO pusat seperti dinasihatkan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin.

Untuk rekod, Ketua Bahagian UMNO Kubang Kerian, Fauzi Ismail pernah digantung jawatannya kerana mempunyai kes mahkamah. Bagaimanapun beliau hanya digantung, dan bukan digugurkan daripada jawatan. Beliau dibebaskan daripada pertuduhan pada Januari 2008, yang kemudiannya memohon kepada UMNO pusat supaya penggantungan jawatannya dibatalkan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai blogger labuankini, inda pandai paham hajat viewer lain kah? Malar jua cerita pasal DS. Balik2 DS... balik2 DS... Baru tah kami tau yg labuankini tidak lain tidak bukan hanyalah media bagi menTAKSUBkan rakyat Labuan kepada Dato' Suhaili sampai akhir hayat... Patut jua indak pandai stop org Melayu di Labuan bergaduh, kena saungi / dilaga2kan oleh labuankini siang malam pagi petang 7 hari seminggu, 365 hari setahun... Takidum.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong komen anda di atas. Tapi tak apa bagi chance sekali ini. Kalau DS yang disayangi/disanjungi itu tidak juga dapat merayu, jangan tah lagi sebut namanya di sini, memalukan saja.. Laporlah perkara yang berfaedah dan berguna untuk rakyat Labuan.. Biarlah DS tu dengan masalah dia, kita pun tak boleh tolong, kalau tak bersalah dia clearlah tapi kalau betul2 salah, terimalah padahnya. Inilah resam dunia/manusia. Buat baik berpadah2 buat jahat jangan sekali.
Laporan ni pun sama, sedarlah tak semua orang minat DS mu, dan begitu juga tak semua orang suka melihat orang yg tak bersalah diheret ke mahkamah, kalau terang2 bersalah tu lain lah.

Bagilah laporan yg berinformasi dan membangun.

Tanpa Nama berkata...

Betul juga lah komen bro kita di atas ni.. cubalah labuankini try ubah sudut laporan...
Tadi saya singgah di blog bicara gagak..macam bagus pula cara penulisanya..

" Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan "
Fikir & renungkan....

Tanpa Nama berkata...

"Mesyuarat MKT UMNO Pertama-Penentu Nasib Dato Suhaili"
Berikut adalah kronologi mesyuarat MKT kelmarin menurut sumber dalaman: Seorang ahli MT Datuk Bung Mokhtar Radin mengutarakan persoalan kepada YAB Presiden Parti mengenai status Pengguguran Dato' Suhaili Abd. Rahman sebagai Ketua Bahagian UMNO Labuan. Menjawab pertanyaan ahli MT berkenaan, YAB Presiden UMNO menegaskan bahawa sesuai dengan precedent didalam Perlembagaan Parti, pengguguran tersebut adalaha sah dan keputusan ini adalah mutlak.

Tanpa Nama berkata...

alahai c TN, ada media..ada cerita..nnt baru kamu minta cerita baru, sian blogger kena ucap menyaung2..sapa menyaung sapa ni?ds mo begaduh sama siapa juga?even kana mention nama pun nada..lek ko blogger, durang ni jeles nada blog sendiri yg buli kana lawat2 pastu tiba2 ni sakit hati..keep on rockin' labuankini..